Tuesday, August 30, 2005

Selamat Hari Merdeka

Jalur Gemilang, korang dah kibarkan bendera??



Gambar hiasan, ihsan oleh Utusan.

Sebelum bercuti esok, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 48. Semoga negara kita, Malaysia sentiasa dirahmati Allah dengan limpahan rezeki-Nya, dilindungi Allah dari anasir-anasir jahat dan aman damai hidup berbilang kaum.

Aku tak plan apa-apa untuk cuti esok, aku nih asal cuti, kepala mesti pikir nak kemas rumah la, nak basuh baju la, nak lipat kain..etc..etc... Hubby lak ajak pegi Putrajaya nak tenguk perarakan kemerdekaan. Kononnya nak ajak Nurin dan nak Nurin tenguk macam mana kita menyambut hari kemedekaan ni.

But being me, as putri lilin...hehe...aku memang tak suka berpanas, tempat ramai orang dan sure berpeluh...eeii...sungguh tak selesa. Tapi kalau hubby insist gak, aku pegi la. (tak baik lawan cakap hubby, ikut je la).

Apa-apa pun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. (sebenarnya, kalau boleh tak nak pegi..heheh). Ntah-ntah, pukul 9 pagi esok, belum tentu bangun lagi! *wink*..*wink*

Swarovski crystal



Amacam, cantik tak? Ada yang berkenan?

Aku ada buat entry pasal Swarovski crystal bracelet ni beberapa bulan lepas. Sekarang ni, aku tolong Mak Ngah aku jual bracelet nih, bukan setakat bracelet, rantai leher dan subang pun ada.

Design, color, bentuk dan saiz batu semua korang bole tentukan, nak yang macam mana, kalau Mak Ngah aku bole buatkan, dapat la macam mana yang korang nak.

Harga lak dari RM30.00++ sampai la beratus ringgit, tapi cam contoh kat atas ni, range dari RM60.00 ke RM90.00 je. Aku rasa dah cukup murah tu, siap bole bayar berapa kali pun yang korang suka, tapi abis bayar baru la bole dapat barangnya..heheh... Kalau korang tenguk kat luar, means kat pasaraya ke, butik ke, memang mahal sikit dan maybe crystalnya pun ada fungsi-fungsi tertentu. This one, definitely untuk perhiasan semata-mata.

Ye la, ada orang tu, kenkadang nak melawa ngan barang kemas, tapi tak mampu la pulak. Jadi aku jual ni, dengan tujuan nak membantu orang yang tak mampu tuh (heheh termasuk la aku!) untuk melawa tapi dengan 'harga mampu'.

Kalau ada sape-sape berkenan, bole la email aku, noha7155@yahoo.com.sg untuk mendapat keterangan lanjut ke, nak tenguk sampel ke atau nak tempah.

Monday, August 29, 2005

Tan dan Tin

Tin

Tan


Tan dan Tin

Hari ni, aku bawak 2 ekor ikan guppy. Ikan ni sengaja aku bawak buat peneman, sebab lab yang aku duduk sekarang ni, tak ramai orang, kadang-kadang tu aku sorang je sepanjang hari. Kalau ada ikan-ikan ni, aku ada la kawan (eemm...bukan bole bercakap pun, takpe, janji ada kawan)

Aku beli ikan-ikan ni kat Eneos, One Utama, Sabtu lepas. Kat dalam Eneos tu ada pet shop, memacam ada kat situ. Ada hamster, kucing, tikus putih, arnab dan pelbagai jenis ikan..errmm...ikan pari pun ada, betul nih, tak tipu! Aku ngan Nurin siap tenguk penjaga kedai bagi makan ikan pari tuh.

Kat rumah aku dah ada seekor ikan laga, color biru, jadi aku beli 4 ekor ikan guppy, buat kawan dengan ikan laga tuh. But of course lain-lain akuarium la, kang tak pasal ikan guppy tinggal ekor je. 2 dari 4 ekor aku bawak pegi lab.

Pengalaman aku beli ikan guppy, senang je. Kalau takde mesin / pump? untuk buih-buih oksigen, make sure, jangan bela banyak-banyak ikan guppy dalam akuarium, 2 ekor, jantan dan betina, cukup la. Air lak, jangan lupa letak anti-klorin dan kawan aku dulu penah kata, letak garam sikit pun ok gak..(eerr...macam nak masak pulak ek??). Pastu, kalau korang nak tahu, ikan guppy ni mudah sangat membiak. Fyi, salah seekor yang aku beli tu, dah buncit pun perut dia...heheh...tak lama lagi banyak la anak dia.

So, ikan-ikan ni, aku bagi nama Tan untuk jantan dan Tin untuk betina. Macam mana nak bezakan jantan dan betina???..Ohh..senang je, yang ekor lawa tu, jantan ler..eemm...tak acikan..eh, takleh camtuh, kejadian Tuhan tu, kita tak tahu apa la hikmahnya ikan jantan lebih lawa dari betina kan??


Kawan Nurin


Sebelum balik hari Jumaat minggu lepas, hubby pada labmate aku ni H**, datang amik dia bawak anak dia sekali. Anak dia nama Nur Hazreen Maisarah...phheewww...panjangkan, kitaorang panggil Hazreen je, yang kesian tu, orang kampung panggil 'Mek'. Ye la, nama panjang, lawa-lawa, panggil dengan nickname lak.
Hazreen ni, sama baya ngan Nurin, Nurin lahir bulan Februari, Hazreen lahir bulan Julai. Sejarah kelahiran Hazreen ni, kelakar gak. Mak dia dulu, mati-mati nak balik kampung which is kat Kelantan nak lahirkan Hazreen ni. Kitaorang dah bagi nasihat, bersalin je la siap-siap kat sini, takut lak terbersalin kat highway. Tapi dia insist nak balik kampung gak. Nak buat camne, ikut je la, tapi dalam ati kitaorang punya la berdoa biar lah bersalin kat sini.
Kalau tak silap aku, masa tu hari Khamis, H** bagitau aku yang bapak dia dan bapak mertua dia dah sampai, esok (Jumaat) dia akan bertolak balik ke Kelantan. Masa tu, dia ada due lagi seminggu untuk bersalin. Esoknya aku pegi keje, hubby H** called, H** dah selamat bersalin malam tuh.
Alhamdulillah, makbul doa kitaorang. Eh, jangan salahkan kitaorang doa macam tu, cuba bayangkan kalau jadi apa-apa on the way balik kampung tu, lagi haru. Silap-silap, Hubby H**, bapak dan bapak mertua dia kena jadi bidan terjun!

Friday, August 26, 2005

Tido..bestnyeerrr...


Sebelum aku kejutkan Nurin pagi tadi, tetiba rasa macam tak sampai hati pulak nak kejutkan dia. Tenguk la tu, sedap je dia tido kan? Dengan terkangkangnya, tangan lepas bebas, best jerr. Aku pun kalau tido, suka buat tangan macam tuh, tapi bab kaki tu sopan sikit la, takde la cam Nurin tuh.

Kalau tenguk baby tido, rasa bahagia sangat. Suka tenguk muka dia, muka tenang tanpa masalah kan?

Korang perasan tak baju ngan seluar dia dah senteng? Kalau nak tahu, baju tuh aku beli masa umur dia tak sampai setahun pun. Sekarang dia dah 2 tahun setengah, masih bole pakai, cuma singkat je la.

Macam mana sedap pun dia tido kena gak kejutkan, kalau tak, nanti aku ngan hubby yang lambat pegi keje. Sorry yek sayang, kita bangun dulu, pegi sekolah, malam nanti tido lagi, ok?

Rama-rama

Ini yang sesat sampai masuk dalam bilik.


Yang ni lak sesat sampai ke dapur.

Dalam minggu ni, tetiba banyak sangat rama-rama masuk dalam rumah. Bila menjelang maghrib je, tak lama, sekor-sekor masuk. 2 malam lepas, lebih dari sepuluh ekor masuk dalam rumah, dan yang kesian tuh, sekor daripadanya hancur lebur dilibas dek bilah kipas.

Bila dah banyak sangat tu, aku ngan hubby macam kat taman pulak, main kejar-kejar tangkap rama-rama. Jalan penyelesaiannya, kitaorang tutup tingkat dan nyalakan satu lampu je, sebab rama-rama ni datang bila ada banyak cahaya.

Aku ingat rumah aku je ada rama-rama nih, rupa-rupanya bila tanya labmates, rumah diaorang pun ada jugak. Yang kesian dan kelakar juga, Nurin la, tak senang duduk dibuatnya, terjerit-jerit dan berlari-lari bila rama-rama ni terbang dan hinggap dekat dia.

Happy birthday!

Dari kiri, roti canai, kuah dhal, cempedak goreng, pisang emas, sambal tumis dan mee goreng.

Ini la yang kitaorang makan untuk sarapan pagi ni. Hari ni hari jadi Esah, jadi sarapan pagi ni ditaja oleh dia. Ntah berapa keping roti canai la si Esah ni beli, sebab dia kata mengeluh gak la orang yang buat roti canai tuh. Jangan ada peluh-penyedap-rasa yang menitik kat roti canai tu, dah ler..

Buat Esah, selamat hari lahir, semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan segala impian menjadi kenyataan, aminnnn....

Wednesday, August 24, 2005

Pendekar Kecik


Taadaa...ni dia my sweet little dotter @ pendekar kecik! Kalau tak silap aku, masa ni bulan Februari tahun ni kat JB. Kitaorang balik kampung sempena cuti raya cina.

Apa ek yang kat kepala tuh, aku dah lupa, tu Cik Ana yang pakaikan, kayu pemukul dram (?) tu Tok aki yang punya. Bila suruh posing, memacam gaya pendekar kecik ni buat. Dalam dok kalut-kalut bersilat, bole plak dia berhenti jab nak posing.

Tenguk betul-betul kat seluar dia, ngam-ngam je kat buku lali, sekarang ni (Ogos), setelah 6 bulan berlalu, kaki seluar tuh dah kat paras lutut. Cepat betul budak ni meninggi, tapi nasib baik cuma expand kat paksi-Y kalau kat paksi-X, terpaksa la kitaoraang dietkan dia.

She's such a wonderful little dotter of mine, sayang sangat sampai penah terfikir, kalau dia ada adik in future, bole ke aku bagi kasih sayang yang sama macam aku bagi kat Nurin, atau bole ke aku berbahagi kasih sayang Nurin dan adik-adiknya nanti. Well, we will see....tapi sekarang ni, bila tanya "Nurin nak adik tak?" dengan marahnya dia akan jawab "Tak mau, annak (means, tak nak)"...hhmm...so, selamat la buat masa nih, nanti kalau dah ada adik, baru fikir.

Tuesday, August 23, 2005

Hubby sakit...

Hari ni, balik keje awal, hubby mc sebab sakit mata dengan demam. Hehehe...demam penat berjalan ngan penat makan-makan ujung minggu ari tu kot? Hubby ni, jarang sakit, tapi kalau dah sakit, sampai bole mc.

So, nak kemas apa-apa yang patut, pastu balik arr...

HHmmm...makan nak makan malam ni ek?...(makan lagi, takleh nak pikir lain, benda tu gak bermain di pikiran....mmmm....)

Monday, August 22, 2005

Makan..makan...makan...

Hari ni, letih, malas, lapo, macam tak cukup tido...eemm...memang tak cukup pun. Hujung minggu lepas, Sabtu dan Ahad sungguh memenatkan.

Dimulakan dengan Sabtu tu, sepagi hubby takde, pi servis keta, aku kat umah biasa la, masak, main ngan Nurin, tunggu hubby balik, makan. Dalam kul 3 ptg , bertolak ke KL amik Syedah pi pasar malam jalan TAR. Walau pun kekononnya tak carik apa-apa, at the end beli gak la 2,3 benda. Sampai rumah Gurney, makan. Mak mertua aku sampai, chit-chat lebih kurang, siap-siap lak nak pi Kg Baru, kenduri tahlil arwah Nek Jah. Yaasin, tahlil gedebak gedebuk pukul 11 mlm, makan.

Esok, seperti yg dirancangkan, kitaorang bertolak dari Gurney pukul 10.30 pagi untuk ke Maran. Punya la seronok nak berjalan, to keep awake, makan. Sampai rumah pengantin, makan. On the way balik, masa kat Temerloh, mak mertua called, "Dah sampai mana? Nanti singgah la rumah Cik Wa ya, ada makan-makan nih"...again, kitaorg sampai kat Kepong pukul 6.30 ptg, makan.

Balik umah, sampai dalam pukul 10 malam, adik aku, Jon datang bawak berkat dari kampung, apa lagi, makan. Masa tu dah nearly pukul12 mlm, takpe, esok puasa. So, hari ni, aku ngan hubby pose. Rasa bersalah pada diri sendiri sebab banyak sangat makan. Itu aku tak cerita apa yg kitaorg makan...iiskk... mau terliur dibuatnya. Maybe, hari bukan saje letih sebab berjalan dan pose, letih juga sebab banyak sagat makan!

"Cenggini, camne nak kurangkan sikit lelemak kat badan tu wooiii...*sigh*..."

Friday, August 19, 2005

Jemputan


Ahad ni, banyak sangat jemputan kerja kawin, causin aku, x-labmates aku dan kawan masa kat u dulu. Sebab dah banyak sangat, aku bagi priority, kad sape sampai dulu, aku pi umah dia, since sorang kat utara, sorang kat selatan. Kalau la jarak antara satu sama lain tu cuma sejam atau on the way to each other, sure aku pegi semua. Tapi apa nak buat kan, first come, first serve la jawabnya.

Yang aku nak pegi ni, jemputan kat Maran, Pahang. Nama kawan aku ni Siti. Siti ni aku kenal masa matriks, dok serumah, blaja sekelas. Orangnya manis, putih mulus kulitnya dan yang paling utama anak ustaz, so orangnya pun baik budi bahasa gitu.

Siti yang aku kenal kelakar tapi kadang-kadang bole jadi blurr, maybe shes too naive kot, and shes a good companian too. Bila masuk degree, kitaorang dalam program yang sama dan kelas yang sama juga. Sekarang ni, dia jadi cikgu kat MRSM di selatan tanahair. Dia kat sekolah yang sama dengan kawan aku, Put, yang penah aku citer kat entry 'Kawan' (http://nohachomel.blogspot.com/2005/06/kawan.html).

Jadi harapan aku, dapat la berjumpa Siti dan sekaligus dapat jumpa Put juga kawan-kawan yang lain kalau ada. Last aku jumpa diaorang masa aku kawin, masa tu cuma senyum-senyum je la, maklum la, pengantin kena la kontrol cun. Kali ni kalau jumpa, bole la bersembang ke, tangkap gambar ke dengan diaorang.

Doakan aku selamat sampai dan tak tersalah rumah yek!

p/s : Peta ihsan dari Sany (thanks!)

Thursday, August 18, 2005


This my little princess, Nurin Salma. Masa ni kat JB, tengah cuba tudung Cik Ana dia, tudung ni masa Cik Ana kat taski. Mak mertua aku cermatnya orang. Banyak baju-baju hubby dan adik beradik masa kecik-kecik dia masih simpan sampai sekarang.

Kebanyakan baju tu, masih elok lagi, tak pun cuma kaler je la pudar sikit, kalau putih lak, dia jadi kuning. Mak mertua aku sayang nak buang atau nak bagi orang baju tu, sebab ada yang dibeli di luar negara, dia simpan elok-elok, dengan harapan, dapat la sesape pakai. Macam hubby, since dia the only son, takde sape la nak diperturunkan unless kitaorang dapat anak lelaki nanti which is...ntah tak tahu bila...heheh...tapi macam stokin, memang kitaorag amik la.

Baju-baju Nurin pulak, tak bole nak disimpan, semuanya dipakai sampai koyak rabak, senteng, lokos dan sewaktu dengannya. Ada tu baju dia 5, 6 months masih dipakai sampai hari nih. One thing, sebab Nurin ni dilahirkan tak cukup bulan dan kecik, dah tu, lambat membesar, comel kiut je, bila masuk 2 tahun ni, baru la tembam dan kental sikit.

Sekarang ni pun, aku jarang belikan baju untuk dia, ada je orang belikan. Alhamdulillah, murah betul rezeki anak aku ni.

Happy birthday!

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Noor Maziah,
Allah selamatkan kamuuuu.....

Sorry mazia, aku ingat birthday ko semalam, tapi aku lupa nak wish. Aku berdoa ko sentiasa dimurahkan rezeki, dirahmati Allah, dipermudahkan untuk menghabiskan pengajian ko dan persahabatan ini will last forever, insyaAllah.

*hugs and kisses*

Harapan

Me, hidup kat dunia ni, selain daripada trying very hard to taat pada Allah, suami dan ibu bapa, nak la hidup dalam keadaan aman damai, tanpa hasad dengki, iri hati, fitnah-memfitnah ..etc. Tapi itu la, itu cuma harapan dan doa yang tak pernah putus-putus.

Halangan dan rintangan semuanya di luar kawalan diri ini. Kalau bole elak pun, sipi-sipi kena jugak. Aku hanya mampu berdoa, walau apa jua halangan yang datang, aku diberi kekuatan mental dan fizikal, rohani dan jasmani untuk menghadapinya. Sekiranya aku tak mampu menghadapinya, aku berdoa semoga Allah sentiasa melindungi aku dan hanya DIA yang mengetahui segala-galanya. Dan aku amat-amat percaya segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Di sini la, ada kalanya aku memerlukan kawan-kawan yang amat memahami diri ini, yang sentiasa memberi sokongan di waktu susah atau senang, kawan-kawan yang membantu aku supaya terus ‘berdiri’, bukan kawan-kawan yang ‘menjatuhkan’ aku. Kerana aku percaya, dikelilingi kawan-kawan yang baik seperti ini, menjadikan hidup lebih bermakna. Kalau ada pun yang cuba ‘menjatuhkan’ aku, semoga aku tabah dan kuat menghadapinya dan akan aku jadikan pengajaran atas apa yang berlaku.

Doaku, semoga diriku dan kawan-kawanku yang baik-baik ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Sesungguhnya, jasa-jasa kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya. Manakala orang yang mungkin cemburu, iri hati, cuba menyakiti, cuba menfitnah, cuba mem’provoke’ aku, nak cari glemer murahan, buat la sesuka hati korang. Aku tak mampu nak halang, aku berdoa agar Tuhan beri petunjuk dan hidayah pada korang. Sesungguhnya, balasan Allah amat setimpal, sekiranya bukan di sini, di dunia ini, di akhirat PASTI korang takkan terlepas, insyaAllah!

Wednesday, August 17, 2005

Sakit??

2, 3 hari kebelakangan nih, Nurin byk ta*k mata. Normally bangun tido je selalunya ada ta*k mata kan, tapi macam malam semalam, like every half an hour ada ta*k mata. Ada sekali tuh, penah dia tido, bila bangun penuh mata dia dengan bulu-bulu mata sekali diselaputi ta*k mata.

Kesian kat dia sebab nak bukak mata pun susah. Orang-orang tua kata, kalau keluar ta*k mata, badan panas, macam tak sihat la gitu. Tadi aku tanya kengkawan, diaorang kata perut Nurin mesti banyak cacing. Korang rasa betul ke? Korang ada idea tak apsal jadi camtuh?

Risau nih, nak bawak gi jumpa doktor, hubby OT lak malam nih.....mmmm.....

Monday, August 15, 2005

Perjumpaan x-housemates

Sabtu lepas, I had small gathering with my housemates masa zaman blaja kat u dulu. Gathering tu kat umah salah sorang housemate aku nih, nama dia Leen. Dolu-dolu, kitaorg menyewa sebuah rumah kedai, 8 orang serumah. Out of 8, 4 couples turn up, termasuk Leen sebagai host, 5 orang la.

Nak dijadikan citer, kereta aku masuk workshop jab, jadi kena la minta tolong kat Sany dan Siela, nasib baik la diaorg sudi amik aku ngan hubby. (Thanks Sany, budimu kan ku kenang..heheh) Kitaorg sampai umah Leen pukul 4 ptg terus makan. Makan mee kari, popiah, ice cream cheese cake, ice cream, jelly....pperrghhh…tergolek jab depan tv lepas tu.

Lepas makan, Linda ngan hubby lak sampai, diaorg sambung makan, kitaorg tenguk tv. Lepas solat Asar, tak lama tu Julia plak sampai, all the way from Melaka, Bravooo…tepuk..tepuk...best la ko Ju, sanggup datang tuh, rindu kat kitaorg ek?...heheh….

Ju datang bawak little Jasmin, 6 months old, comel, mato beso cam mama dia. Apa yg aku nampak Nurin a bit tak selesa, maybe semua attention pada Jasmin, ye la, mesti dia terasakan?. Kitaorg plak, baru ni la nak jumpa Jasmin, nak pegang, nak dukung, nak timang, pening agaknya Jasmin, berpindah dari satu tangan ke satu tangan.

Sekali-sekala jumpa memang seronok. Walau pun ada di antara kitaorang yang tinggal kat KL ni, tapi punya la susah nak jumpa. Maklum la, memasing dah ada komitmen pada kerjajaya dan rumahtangga, jadi bila ada peluang, kalau bole, mesti pegi.

Bila sekali-sekala jumpa nih, biasa la, ada yang ‘mengembang’, ada yang ‘menambah’ dan bermacam ‘me’ ‘me’ lagi lah. Yang best tuh, semua hubby satu kepala, takde la kitaorg risau sgt kalau tak terlayan hubby memasing, sebab hubby-hubby ni, bila dah jumpa, diaorg bukak la citer diaorg, kereta la, bola la..apa-apa la, janji jangan ganggu kitaorg nak chit-chat. Sape yang pegi Sabtu lepas, “Wei korang, ingat tak citer masa kat bilik tuh, aku takleh lupa sampai skang, part citer pasal kawan Linda, sure gelak punya..heheh”. Kelakar betul, nasib baik kitaorang tak tido sana, kalau la tido, agaknya sampai pagi kitaorang berbual.

Aku bersyukur sangat, that my hubby bole ‘masuk’ ngan semua hubby kawan-kawan aku dan aku juga bersyukur sebab hingga saat ini, hubungan kitaorang masih baik walau pun tak selalu jumpa. Aku harap, satu hari nanti, anak-anak kitaorang mula akan mewarisi aktiviti kitaorang ni.

To all my x-housemates, Siela, Dayang, Julia, Leen, Linda, Ana dan Yatt, aku harap kat mana pun kita, siapa pun kita, kita tetap kawan baik di waktu susah mahu pun senang. Buat Leen, terima kasih kerana menjadi host gathering kali ni, semoga selamat pergi dan balik untuk menunaikan umrah, juga harap dapat jumpa Leen in the next gathering, insyaAllah.

Friday, August 12, 2005

Apa nak buat?

Ceritanya macam nih.....

Satu hari tu, A minta kunci kat B, tapi B tak kasi, dia kata kena tanya bos dulu. Setahu A, kalau bos takde, staff dia ( A nih salah sorang dari staff dia) bole amik kunci tu (kunci tu sebenonya bilik PA dia, kebetulan PA dia cuti ari tuh). Tujuan A nak amik kunci sebab nak guna pc ngan printer kat bilik PA tu.

Tapi A nih tak puas ati, dia pun call PA bos. PA bos kata, amik la kunci tu, tak kisah pun. Kemudian dari tu, A baru dapat tahu kunci tu pada C. A pun minta la kat C, macam B kata, C pun kata macam tu gak. A jadi bengang, telefon balik PA bos. PA bos minta cakap kat C, suruh C bagi kunci tu pada A. Baru la a dapat kunci tu. A pun pegi bilik PA bos, guna pc, print apa yg nak diprint pastu keluar. Tapi dalam hati a masih tertanya-tanya, kenapa la org semua cam tak caya kat dia.

A pun mengadu kat D, dengan rasa berat hati D cerita kat A, yang semua org dah 'cop' A ni, suka guna telefon kat bilik PA bos ni tadi, suka bergayut la gitu. D kata, B yang buat citer sana sini, dengan bos pun dia cerita. A punya la terkejut, rasa marah, bengang, sedih macam-macam ada. A rasa, dia tak penah bergayut macam yang B cakap tu, guna telefon memang la pernah, itu pun sebab handset dia tertinggal, jadi dia kena la guna telefon tu sebab ada hal mustahak.

A sedih, rasa sakit hati juga dekat B, sebab kalau betul pun A buat salah, B patutnya bagitau la kat A, takyah la jual cerita sana sini, tul tak? Dan selama nih, byk juga citer yang A dengar, B memang suka cari pasal, tu pun byk D yg cerita. A cuma mampu bersabar dan berdoa, andainya kalau dia tak bersalah, semoga Tuhan tunjuk satu hari nanti.

Nak dijadikan cerita, Tuhan tu sesungguhnya Maha Adil lagi Maha Kaya. Semalam, Allah nak tunjuk kebesaran-Nya. Rupa-rupanya, D punya keje dan sebenarnya E, F, G sampai la Z dah tahu pun yang D ni rupanya memang Mami Jarum, Kepochi, busy body....semuanya dia lah. Dan selama ni, semua alphabet tu cuma mampu memerhatikan je yang A ni selalu la dikutuk dengan D padahal A cukup baik dengan D. Alphabet-alphabet tu tak nak bagitau A, sebab tak nak la pulak jadi batu api, nanti kang A kata diaorg ni, saja je nak buat A dan D bermusuhan. Tapi tu la, semuanya sudah terbongkar. Dan yang lebih buruk lagi, bukan setakat A saje yang dikutuk / diumpat / difitnah oleh si D, semua alphabet-alpahbet tu penah kena juga dengan si D ni.

Masalahnya sekarang, sejak peristiwa kunci tu, A telah memutuskan silaturrahim dengan B dengan tidak bertegur sape. Padahal rupa-rupanya B tak bersalah. A susah hati dan rasa bersalah, sebab dia dah tersalah menilai orang, akibat dengar cerita orang lain.

Ok, sekarang ni, aku nak tanya kat korang, apa yang A patut buat, maksud aku dengan B. Dengan D tu toksah kira la, itu biar Allah je yang memberikan ganjaran yang setimpal atas perbuatannya itu, sebab A percaya, Allah tu Maha Berkuasa dan Allah yang lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk semua orang. Jadi, sila la berikan pendapat korang yek..

Wednesday, August 10, 2005

'Wira' pujaan

Ini la keta yang kitaorang guna selama ni. Selepas aku kenal hubby, tak lama kemudian hubby guna keta ni, masa tu tahun 1998. Kiranya dah 7 tahun usia keta nih.

Sejak kitaorang couple, kawin dan ada anak ni, dah merata tempat keta nih bawak kitaorang. Agaknya, kalau la keta ni bole bercakap, mesti dia kata "Bila la tuan aku ni nak kuruskan badan? Dah 7 tahun aku bawak diaorg, dah nak patah pinggang aku!"..heheh...Sorry yek keta, nak wat camne, tanggung je la..

Banyak betul jasa keta ni, salah satunya mengangkut aku ke hopital bila aku nak bersalin. Ruang dalaman yang luas, juga sesuai untuk Nurin tunggang terbalik kat seat belakang. Bonet pun luas jugak, sebab bole masuk stroller, car seat, pampers, kasut (kasut-kasut sebenarnya), beg, baldi..bla..bla..bla...

Mungkinkah satu hari nanti kami akan berpisah? Ntah la, hanya takdir yang akan menentukan segalanya. Cuma aku nak keta ni tahu, kitaorang sayang sangat dia!

Monday, August 08, 2005

Nak lawan Mawi

Ingat tak aku penah citer pasal senamrobik sempena Showcase ari tu? Aku sebenonya dah lupa pasal benda tu dan tak penah plak cuba nak tenguk kat tv, sebab rancangan tu disiarkan time aku nak pegi keje, jadi tak dapat la nak tenguk.

Tapi makcik aku nih, bila aku dah citer kat dia yang aku masuk rakaman RTM1 untuk senamrobik, rajin la plak dia bukak tv tetiap pagi, mana la tahu, bole la tenguk anak sedara dia yang comel nih masuk tv..heheh..

Nak dijadikan citer, pagi tadi seluruh Malaysia dapat tenguk aku..hehe...sesape yang bukak tv masa tu la, yang tak bukak tu, missed la korang. Aku pun tak tahu sebenonya, tapi dalam pukul 9.30 pagi aku dapat sms dari pakcik aku. Nak tahu 'bunyi'nya camne...

"Muka kau besar depan tv, lama pulak tu, ialah nak jadi personaliti. Cicik tenguk pagi ni. Boleh lah lawan MAWI...HA..HA..HA.."

Ha haha hah...terguling-guling aku aku gelak, ada la pulak aku nak lawan Mawi, tak sesuai betul! Lepas ni ada la orang yang AFUNDI aku nampaknya, tak gitu S**y?..heheh...

The Most Eligible Bachelor


Ni la labmates aku, Mr. X yang aku janji nak citer kat korang tu. Dia dengan mamat kat bawah (entry : Lelaki Melayu Terakhir) tu je la lelaki dalam lab aku. Apa-apa yang melibatkan kederat, dengan 2 orang ni la kitaorang minta tolong. Yang sedih tu, dua-dua pun kurus cekeding, macam larat tak larat je nak buat keje berat..heheh..

Mr. X ni officer kat lab aku, muda lagi orangnya baru 24 tahun dan berita baiknya dia pun masih single mingle. Aku suruh "Mencari Cinta', selamba je dia kata "Tak payah, nanti cinta yang cari saya"...elleehhh...perasan betul, mentang-mentang, keje dah bagus, keta pun dah ada, eksen dengan aku.

Kitaorang memang macam nih kat lab, nampak je macam bergaduh, tapi tak sebenonya, gurau senda gitu. Yang paling best, kitaorang mesra dan membantu antara satu sama lain, ye la dah dok satu lab, kalau gaduh camne lak nak buat keje, tul tak?

Sape-sape yang berminat tu, sila hantar borang "Mencari Cinta' dengan kadar yang segera yek, takut melepas plak nanti....*wink*

Jerebu

Ni gambo kat kawasan perumahan aku, berjerebu kan?
Korang nampak tak tiang sebatang tu, sebenonya belakang tiang tu
bole nampak Menara Telekom Malaysia (yang macam
rebung tu), tapi sekarang ni, langsung tak nampak!

Ingat tak peristiwa pencemaran udara terburuk yang pernah melanda Malaysia? Pada pertengahan bulan Julai 1997 sehingga awal tahun 1998, negara dilanda jerebu tebal berikutan kebakaran serius hutan yang luas di Kalimantan, Indonesia. Kebakaran ini berpanjangan gara-gara keadaan kemarau akibat fenomena El Nino.

Punca dan ciri-ciri jerebu

Jerebu terjadi apabila bahan-bahan partikeldari beberapa sumber seperti asap dan debu jalan dibebaskan ke atmosfera. Sebahagiannya terbentuk apabila gas pencemar udara seperti nitrogen oksida dan hidrokarbon yang dikeluarkan oleh kenderaan, bertindak dalam atmosfera di bawah pancaran suria.

Bahan partikel akan terawang-awang dalam atmosfera dan menyekat atau merendahkan daya penglihatan. Lazimnya bahan partikel menjadi besar apabila kelembapan udara meningkat, mengakibatkan daya penglihatan menjadi semakin buruk.

Jerebu juga mencemarkan mutu udara. Udara mempunyai komposisi partikel karbon sebanyak 70%, debu tanah 20% dan 10% lagi bahan yang tidak diketahui asal-usulnya.

Pengaruh jerebu pada cahaya suria dan fotosintesis

Jerebu bole mempengaruhi pancaran cahaya suria yang sampai ke bumi dengan 3 cara :
1. merendahkan keamatan cahaya
2. memendekkan tempoh pancaran suria
3. mengubah mutu cahaya

Keamatan dan mutu cahaya serta tempoh pancaran suria sangat penting kepada pertumbuhan dan perkembangan tanaman.

Keamatan cahaya suria

Dalam serangan jerebu yang lalu, keamatan cahaya menjadi rendah kerana sekurang-kurangnya 50% daripada pancaran cahaya suria terhalang oleh jerebu. Lebih kurang 40-45% daripada jumlah cahaya yang sampai ke permukaan bumi adalah dalam bentuk radiasi aktif fotosintesis (PAR), iaitu tenaga cahaya yang diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk memproses makanan. Hanya 5% sahaja yang digunakan dalam poses tersebut dari jumlah tenaga cahaya ini. Oleh yang demikian, keadaan jerebu mengakibatkan pengurangan cahaya sebanyak 44-83% jika dibandingkan dengan keadaan tanpa jerebu atau awan tebal.

Tempoh pancaran suria

Tempoh purata pancaran suria di Malaysia dalam setahun lebih kurang 7 jam sehari. Semasa jeruebu tebal melanda Malaysia pada tahun 1997, tempoh purata pancaran suria didapati menurun dengan hebatnya daripada 5.53 jam sehari pada bulan Ogos ke 2.62 jam sehari pada bulan September dan 4.2 jam sehari pada bulan OKtober! Ini merupakan pengurangan tempoh pancaran cahaya sebanyak 63% dan 40%.

Keadaan kurang pancaran cahaya diikuti dengan pengurangan jumlah radiasi yang terpancar,a kan merendahkan lagi jumlah radiasi yang diperlukan oleh tanaman ekonomi terutamannya jenis tropika. Dengan itu, jerebu yang tebal memberikan kesan yang buruk pada tanaman.

Kesan pada suhu udara

Pancaran suria ke bumi membawa bersama-sama sedikit haba atau tenaga suria. Apabila keamatan cahaya dan tempoh pancaran suria berkurangan disebabkan sekatan dari jerebu tebal, kemungkinan besar suhu udara menjadu rendah dari suhu normal.

Bahan pencemar udara dalam jerebu

Lima bahan pencemar utama ialah bahan partikel, sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen monoksida dan ozon. Tidak banyak yang diketahui secara jelas tentang kandungan atau kepekatan pencemaran udara dan kesannya pada alam sekitar mahu pun tanaman. Yang pasti, peningkatan kepekatan gas karbon monoksida dan karbon dioksida untuk tempoh yang panjang akan meningkatkan suhu udara.

Artikel oleh :
Dr. Hawa Jaafar, MARDI.
Agromedia, Bil 6, 1999.

So, musim-musim jerebu cam ni, takyah la bersiar-siar, berjogging ke kat luar tu, kekonon nak jaga kesihatan, dapat penyakit pulak.



Lelaki Melayu Terakhir??

Mamat kat sebelah ni, labmates aku. Dulu aku penah janji ngan dia, kalau aku dah pandai upload gambo, aku nak masukkan gambo dia dalam blog nih, jadi hari ni aku tunaikan janji aku dulu.

Kitaorang kat lab ni panggil dia lelaki melayu terakhir sebab cuma ada 2 orang je spesies nih dalam lab kitaorang, sorang lagi nanti aku citer kat entry yang lain. Aku pun heran, mana pegi la spesies diaorg ni, dah pupus kot, makin terancam skang ni. Tapi korang jangan risau, kitaorg jaga mamat ni dengan baik, bagi makan cukup-cukup lagi tuh.

Untuk pengetahuan korang, mamat ni masih single mingle, umo baru 23 tahun dan budi bahasa pun bole tahan la. Jadi, ada sesape nak anto borang berkenalan? Bole la anto kat aku. Dia nih pemalu sket sebab to gambo dia nampak sebelah mata, telinga, hidung, dahi dan pipi. Tapi orangnya baik gitu....heheheh

House hunting


Penah dengar Sungai Long? First time aku dengar, cam kat ulu je bunyinya, mesti jauh. But we decided to take a look over there. Siap guna stopwatch nak tenguk berapa jauh dari tempat keje. Well, takde la jauh sangat, lebih dekat tempat tu dari umah kitaorang sekarang ni ke tempat keje, tapi kalau jem, lain la pulak ceritanya. But still takde masalah sebab byk lagi jalan bole lalu.

Pertama kali sampai kat Sungai Long tu, terkejut gak, sebab byk dah kawasan perumahan, tak rupa macam ulu pun! Cuma bagi kitaorang yang tak biasa dengar dan sampai ni, rasa cam jauh je, padahal ntah berapa kali la kitaorg lalu-lalang kat situ. Tak abis explore lagi, masih mencari, menyiasat dan me...me...me.....*smile*

Alhamdulillah!


Ni la buah hati pengarang jantung, intan payung aku! Walau pun pada mata orang dia Nurin nih tak sekiut mana, tapi pada pandangan mama dia nih, Nurin la baby yang paling kiut dalam dunia nih..(heh! melampau tul mama nih...heheh)..takde la, semua baby kiut sebenonya, cuma aku je yang terlebih seronok. Sebab? Ni la first time aku berjaya meng'upload' gambo..heheh...jakun kan?...Nak buat camne, dulu try tapi tak jadi. So, congratulations to myself!

Friday, August 05, 2005

Balik kampung

Dah pukul 5.30 nih, tapi hubby tak call lagi. Balik dari keje ni, kitaorg terus balik JB, kampung hubby, not really kampung actually, sebab rumahnya tu dah dekat dengan bandar, tapi bila balik umah mak bapak tu, balik kampung la namanya. Nanti kalau Nurin dah beso nanti, duduk jauh-jauh dan kitaorg lak dok KL, apa nak kata tu? Dah takleh nak kata balik kampungkan? Maybe, balik umah parents la kot...

Lama tak balik JB, mesti seronok. Harap-harap balik nih, bole la berehat, aku rasa letih tul la sepanjang minggu nih, dengan Showcase la, senamrobik la. Badan pun masih sengal-sengal. Tapi melampau la pulak nak rehat-rehat kan? Dah la balik umah mertua, ada ati nak goyang kaki...heheh...

So korang, selamat berhujung minggu, selamat bercuti, sape yang nak berjalan tu, berhati-hati di jalan raya ek...semoga sampai tempat di tuju..(iiskk...cam iklan raya la plak...*wink*)

Wednesday, August 03, 2005

Tok Peraih

Semenjak dua menjak nih, adik ipar aku sibuk nak berbisnes, dan yang bagusnya dia beli banyak buku mengenai mengenai bisnes dan motivasi contohnya Menjejaki Jutawan Senyap dan Petunjuk Jalan Kekayaan oleh Chef Li / Dr. Rusly bin Abdullah, Jangan Tidak-tidak dan Nak Ke Tak Nak oleh Dr. HM Tuah dan Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd.

Walau pun pada mulanya aku tak minat, aku cuba-cuba gak la baca buku-buku tu dan buku pertama yang aku baca Petunjuk Jalan Kekayaan. I was touched by this book and i start thinking, "Macam mana kalau aku buat bisnes?". It sound interesting but scary too. Seronok sebab dengan bisnes bole dapat keuntungan tapi takut sebab dengan bisnes pun bole dapat kerugian.

Selepas hubby baca buku yang sama, kitaorg pun buat discussion, "Apa kata kalau kita mula buat bisnes kecik-kecik". Memula tu, pening gak, apa yang bole dibisneskan since aku pun sibuk kerja, rasa mana la sempat nak buat benda-benda lain, tapi kitaorg sungguh teruja untuk berbisnes selepas membaca buku tu.

Oleh kerana tak nak rugi banyak dan saje nak test market, aku decided nak jual kuih kat opis hubby dan jual Swarovski crystal bracelet. Alhamdulillah, setakat ni, nampak ok especially bracelet, banyak juga aku dapat tempahan, tapi untuk mengelakkan pening kepala, aku buat sikit-sikit dulu. Yang kuih tu, so far, hari-hari kuih habis dijual cuma ada satu hari tu je, 12 biji kuih tak habis, at the end kitaorg buat makan malam...huhuhu...but then, jualan untuk hari tu covered the cost walau pun tak untung.

Selain dari tu, aku juga agen Cosway, Zhulian dan Leno. Memula tu jadi agen sebab nak pakai barang tu sendiri, tapi bila ada permintaan dari kengkawan dan parents, aku rasa seronok pulak untuk bergiat aktif. Cuma Zhulian je tak brape jalan, maybe sebab barang-barang dia mahal-mahal jugak. Sekarang ni, kat opis, kat lab, semua orang akan cari aku kalau nak beli barang Cosway atau Leno, even kalau aku berjalan nak pegi lab-lab lain, ada 2,3 orang akak tu akan tegur "Hai tauke, hari ni bisnes apa?". Heheh...Masin la hendaknya mulut korang, manalah tahu satu hari nanti aku betul-betul bole jadi tauke, siapa tahu kan?

Dan kat lab aku sekarang ni, aku dah ada gelaran baru, Tok Peraih, kawan aku dari Kelantan yang bagi gelaran nih. Nak tahu sebab apa? Selain aku jual itu ini dan menjadi agen itu ini, apa barang yang ada dalam lab ni, yang dah tak berguna nak nak dibuang, mesti aku pungut dan aku jual. Heheh...rasa seronok pulak, walau pun bila jual tu dapat duit tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya bole la buat beli gula dan teh untuk minum-minum kat lab nih :)

Tuesday, August 02, 2005

Which Housewife Are You?

DHsusan
Congratulations! You are Susan Mayer, the divorcee
and single mom who will go to extraordinary
lengths for love.

Which Desperate Housewife are you?
brought to you by Quizilla

Korang suka tenguk Desperate Housewife? Aku baru je tenguk kat 8TV sejak first episode, best gak dan blom penah miss lagi. Yang best tu, ending dia mesti suspense, yang buat aku rasa tak sabo-sabo nak tunggu minggu depan, apa yang akan jadi selanjutnya. Apa pun, lepas ni korang bole cuba kuiz kat atas tu, which housewife r u?... :)

Mari bersenam

"Punch! Punch! Harrkkk!"

"Punch! Punch! Harrkkk!"

"Sekali lagi, punch! Punch! Harrkk!"

"Ok march...march...march... macam mana? Bole lagi ke?"

"BOLEH!!!!"

" Bagus, ok teruskan...senyum...senyum...."

Peluh bercucuran terasa mengalir kat belakang badan dan paha, tapi seronok punya pasal, senyuman masih mampu terukir di bibir peserta aerobik pagi nih.

Hari ni, hari terakhir Showcase dan aerobik yang bersempena showcase ni 'live' untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia pagi nih. Untuk aerobik pagi ni, kitaorang dikehendaki melakukan 'boxing' aerobik. So, apa lagi, pepagi lagi dah bertinju angin.

Rancangan yang 'live' tu cuma amik masa 5-6 minit je, tapi aerobik ni diambil 5 kali shoot untuk rakaman SPM pada hari-hari lain. Jadi sesape yang ter'missed' nak tenguk aku pagi tadi, jangan risau, korang bole tenguk kat RTM 1, 7.30 pagi pada hari-hari lain yek.....;)

Walau pun aku dah selalu aerobik, tapi pagi nih memang special. Maunya tak special, sekarang pun lutut ngan bahu aku dah sengal, silap-silap haribulan, jalan pun mengekang...*sigh*...