Tuesday, November 28, 2006

Weekend with the ones you loved

Lama rasanya tak jalan-jalan dengan hubby dan Nurin bila hujung minggu. Kebetulan minggu MAHA 2006 baru ni, no appointments, no counters or anything to do with business, kita pun pergi la jalan-jalan CARI MAKAN!....Biasa la, tang makan-makan mesti, dah penat jalan kan, mesti perut lapar, pastu mesti la cari makan kan?? ;P


Hmm...puas la mengejut hubby, payah betul nak bangun pagi-pagi, sudahnya sampai kat MAHA dah panas terik. Memang sengaja pakaikan Nurin tracksuit dengan t-shirt, biar dia selesa.



Cik Kak ni, memang tak cari benda lain, aiskrim memang la favourite dia plus air soya. Mata sampai stim menikmati kesedapan aiskrim tu.


Hubby makan kacang pool, makanan popular dari Singapura. Aku kenal benda ni bila aku kahwin dengan hubby, sedap! Selalu gak buat sendiri kat rumah, cumanya aku selalu buat scramble egg je dan tak guna minyak sapi.... healthy sket gitu...


Mee Bandung Muar, aku bukan la penggemar makanan ni, tapi bila tenguk dia serve berasap-asap, nampak sedap la pulak.


Nurin dah letih, baju dah basah dengan peluh, rambut pun dah lencun. Masa ni dah sibuk ajak pergi tenguk kuda...iiskk....jauh tu nak pergi, kelentong la macam nak rak, nasib baik makan dek kelentong...hhmm...


Siapa sangka eh, pokok cili, terung dan daun cekur boleh disusun hias buat lanskap... Abah mesti suka bila dia tenguk ni.


Cantikkan??


Kat R&R Ayer Keroh, betul-betul depan toilet. Berhenti kejab sebelum meneruskan perjalanan ke KL dari BP masa tenguk nenek minggu lepas. Kesian hubby, aku paksa dia senyum walau pun dia keletihan sebenarnya.

With my little princess, Nurin Salma

Sunday, November 26, 2006

Bila yang dikasihi berjauhan...

Hubby cuma pergi outstation 4 hari 3 malam, rasanya macam berhari-hari lamanya. Nasib baik la siangnya banyak benda nak buat, ada temujanji, ada kursus dan kelas, bila balik rumah tu dah letih, jadi bila malam senang je tidur.

Nurin pun tak meragam cari babah, cuma tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia mesti tanya, "Babah mana?" Bila aku kata bahah pergi work, terus senyap. Memula tu dia ingat hubby pergi kerja balik lambat, jadi bila bangun hubby still tadi dia confused sekejab. The good thing is, beberapa hari sebelum hubby pergi, hubby selalu cakap dengan dia yang hubby akan pergi Penang, maybe dia dah ready, cuma maybe juga dia lupa bila tetiba cari babah dia.

Yang tak best bila hubby takde kat rumah, rasa nak balik rumah pun malas, nak balik rumah macam takde purpose. Ye la, kalau ada hubby, balik je terus ke dapur, masak atau prepare for dinner, lepak tenguk dvd sesama tak pun ada kawan nak 'bergaduh'. Bila hubby takde, senyap je rumah.

Malam hubby balik, aku tak tunggu dia sebab esoknya nak kena bangun pagi-pagi. Siangnya pun banyak kerja aku buat termasuk mengemas rumah, jadi malam tu tidur awal. Tau-tau, terasa ada orang cium kat dahi, rupa-rupanya hubby dah selamat sampai rumah. Hmm...lega rasa hubby selamat sampai, Alhamdulillah.

Kesian kat hubby, Sabtu tu tak dapat nak berehat, pagi ada interview, balik dari interview terus balik BP. Actually hari Khamis tu mak dah telefon yang nenek dapat mild stroke, since mak kata nenek ok, kitaorang plan nak balik next week. Tapi bila pagi-pagi Sabtu mak telefon suruh balik, kitaorang pun berkemas balik. Tak nak la sesuatu yang tak diingini berlaku, aku tak nak rasa menyesal seumur hidup.

Alhamdulillah, nenek ok, masih bole bercakap, makan dan minum. Cuma tangan dan kaki sebelah kiri tak boleh bergerak. Bila dah seminggu ni dan selepas beberapa siri urutan, mak kata kaki nenek dah boleh angkat dan lipat. Lega rasa hati, aku tahu semangat nenek kuat untuk sembuh dan dari kejauhan ini, aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

Buat Mar dan Xura, aku minta maaf kerana pada kesekian kalinya tak dapat menemukan korang berdua. Pagi tu, semua makanan aku dah siapkan, akhirnya orang kampung yang makan, takde rezeki, lain kali la yek.

Buat kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan nenek, thanks a lot! Hanya Tuhan je yang mampu membalasnya.

Nenek yang dikasihi, Hajjah Juriah binti Idris, semoga cepat sembuh!

Monday, November 20, 2006

I will survive....

Million thanks to Xura, Mar, Julia, Kak Ely and Kak Nazrah for your kind words, and its really help. Now I know that, bukan le aku sensorang yang selalu keseorangan, ada orang lebih hebat dari tu kan?? Ok la tu sekali sekala berjauhan, baru la bole rindu-rinduan....heheh...

Anyway, nak buat another entry yang bole tahan juga menguji tahap ke'survival'an diri ni, cumanya i need time, nanti dah ready aku citer eh??

Monday, November 13, 2006

Berjauhan

Orang kata, sekali sekala berjauhan, boleh menambah ikatan dan kemesraan, baru boleh tahu rindu ke tidak, baru boleh rasa dalamnya cinta...hhmmm...well, we will see, can i survive this time???

..................................................

Esok hubby nak pergi kursus kat Penang sampai Jumaat ni. This is very unusual, selalunya kursus pun kat KL je, pastu balik hari. So, ni la first time hubby pergi kursus jauh dari rumah.

Dulu-dulu masa mula-mula kahwin pun sebulan juga berjauhan, selepas tu baru la dapat pindah duduk sama-sama dengan hubby. Seksanya takleh nak kata, maklum la baru-baru kahwin, masih di alam bulan madu dan semua manis-manis dan indah-indah belaka, orang yang dah kahwin je boleh faham macam mana rasanya. Orang kata, masa ni la macam magnet, kalau bole nak melekaaattt jee..heheh..

Kali kedua berjauhan sebab dalam pantang. Tak kisah la, walau pun berjauhan tapi sebab duduk dengan mak dan abah takde la rasa sunyi sangat. Lagi pun, masa tu kalau duduk dekat-dekat pun bukannye boleh buat apa pun ;p , dengan bau jamu segala, selera pun tidak kot...heheh..

Kali ketiga, masa aku sakit mata, nak 10 hari gak aku duk kampung, masa ni memang sedih, dah le sakit, hubby jauh, Nurin pulak dok merengek mengigaukan babah dia. Nasib baik mak ngan abah ada, dan bila follow up treatment tu boleh buat kat KL, cecepat aku balik sini.

So, untuk kali keempat ni, aku tak tahu perasaannya macam mana. Aku tak biasa berjauhan dengan hubby, dah tu kali ni takde siapa-siapa temankan aku. Ikutkan hati nak je ikut hubby tak pun balik kampung, tapi aku dah ada appointments dan half day course kena pegi.

Walau pun adik aku cuma selang 5 pintu je dengan rumah aku, dan adik-adik hubby pun ada kat KL ni, mesti tak sama kan?

Aku harap, cepat la hari berlalu, cepat la datang Jumaat ni, hubby masih di depan mata ni pun, aku dah mula rindu!!

Monday, November 06, 2006

Aidilfitri 2006

Dah 2 minggu raya, baru la nak citer pasal raya, dah basi dah, orang semua dah citer pasal open house la pulak. Tapi tak kisah la, sebab tu juan aku citer ni, nak tinggal kenangan kat blog ni, esok lusa, anak cucu bole la tenguk...hehe..

Tahun ni beraya dengan family hubby dulu. Seperti tahun yang sudah-sudah, family hubby memang takde masak-masak malam sebelum raya tu, sebab kitaorang selalu makan je terus kat umah atuk atau nenek. Jadi pepagi hari raya dan bertolak ke Singapura untuk beraya dengan Nek Wan dan adik beradik babah (bapa mertua).

Juadah wajib kat rumah Nek Wan ni, ayam goreng, lontong, ketupat, lepat, lodeh, sambal pengantin, serunding kelapa dan sambal udang. Yang paling best sekali sambal udang, sebab setahun cuma sekali je Nek Wan buat sambal udang ni, udangnye besar-besar macam jari telunjuk dan hantu dicantumkan gitu....iiskk...nak makan banyak-banyak pun takut. Lagi satu yang menarik kat rumah Nek Wan ni, lodeh dia, ada macam-macam sayur dan dipotong besar-besar seperti nangka, pisang muda, rebung, terung, kacang dan tahu. sekali tenguk macam sayur campur masak sayur lemak. Oleh kerana mood untuk makan-makan tak la begitu teruju, takde satu pun gambo makanan yang aku ambil. Sori la ye Mar, takde gambo buat jamu mata.

Hari raya kedua, balik ke BP, jumpa nenek dan semua adik-beradik mak. Adik beradik abah ada yang aku dah jumpa sebelum raya dan sempat juga jumpa di hari raya. Cuma aku sedikit terkilan, takde pulak adik-beradik abah yang datang ke rumah. Seingat aku, dah 10 tahun duduk kat rumah yang ada sekarang ni, ada la 2 atau 3 kali raya je diaorang datang. Lepas tu tak pernah lagi. Bukan apa, kesian kat abah. Walau pun abah tu nampak cool, dalam hati siapa tahu kan. Abah selalu cakap ngan aku, kita yang muda-muda ni, rajin-rajin la melawat orang tua terutamanya bila perayaan macam ni. Jadi, itu la yang aku pegang sampai sekarang. Kalau takde soarng pun adik beradik dia atau anak-anak sedara dia yang datang rumah kitaorang, aku akan pasti, aku takkan buat macam tu pada makcik dan pakcik aku, InsyaAllah.

Nenek tak sihat, katanya keracunan makanan. Hari raya ketiga, masa pergi beraya, mak aku telefon dengan nada cemas beritahu keadaan nenek makin teruk. Tak jadi beraya, ambil mak di rumah, terus ke rumah nenek. Malam tu juga nenek dimasukkan ke hospital.

Nenek belah mak ni, nenek kesayangan aku, pernah bela aku kejab masa aku kecik-kecik dan selalu cuti sekolah pun aku akan melepak kat kampung. Kalau tidur dengan dia, mesti dia tepuk punggung aku sampai aku tidur, jadi memang rapat sangat la aku dengan dia.

Sepatutnya hari raya keempat aku dah balik KL, tapi bila mengenangkan keadaan nenek dan dengan keizinan hubby, kitaorang stayed lagi satu malam kat BP. aku sempat jaga nenek dalam 2 jam di hospital, sedih sangat keadaan, dia merepek yang bukan-bukan. Mintak hidangkan air pada tetamu la, suruh tutup reban la sebab nak Maghrib, nak ambil wuduk la dan asik tanya je bila nak bawak dia pergi solat. Bila tenguk keadaan nenek macam tu, airmata aku macam empangan pecah, tak sanggup rasanya nak menghadapi berbagai kemungkinan yang tak terjangka. Sebelum balik, aku sempat minta maaf, mengucupnya diseluruh muka dan minta nenek berjanji agar sempat sembuh. Allah Maha Kaya, dia tahu puas aku berdoa agar nenek dipanjang umur supaya boleh aku membalas segala jasa-jasanya, sebelum balik ke KL, mak kata nenek dah bole duduk dan makan. Alhamdulillah, jadi kitaorang pun meneruskan perjalanan ke KL.

Raya tahun ni, memang kelam kabut sikit, banyak benda yang berlaku sepanjang Ramadhan yang kena sambung selepas raya, jadi excited nak raya tu, tak terasa sangat. Apa pun, aku bersyukur sangat, nenek dah sembuh, selamat perjalanan pergi dan balik ke kampung, Alhamdulillah


Macam iklan gigi la pulak....


Sebab susah sangat Nurin ni nak diajak bergambar, terpaksa la Oyang Wan bergambar dengan dia senyap-senyap, macam hantu lilin gitu...heheh...


Empat generasi, Oyang Wan (Nek Wan), Nek Wan (mak mertua), babah dan Nurin.


One whole family, aku tak sangka ada sessi bergambar, masa ni baru lepas makan, tak ready pun. Nurin ada masa tu, tengah sorok kat kaki aku.


Cik Kak tu, kalau dengan Cik Ana dia, jadi je, posing macam-macam gaya!


Lagi satu gaya Nurin dan Cik Ana, amboii bukan main lagi....


Nurin dan Cik Syika.....

Friday, November 03, 2006

Gigi bongsu oh gigi bongsu...

Entry tertunda hari raya akan aku post minggu depan.

...................................................................


Sebenarnya, gigi bongsu aku ni dah mula sakit sejak 5 tahun lepas, asalnya berlubang sebab kedudukannya yang senget masa tumbuh. Doctor kata, the best way buat minor surgery untuk keluarkan gigi tu, tapi aku tampal je. Doktor ada warning jugak, kalau aku tak buang gigi bongsu tu, in future dia akan effect gigi sebelah dia pulak. Tapi sebab takut dan cost pun mahal, aku tak buat la surgery tu.

Beberapa hari sebelum puasa, aku rasa sakit kat gigi geraham, rupa-rupanya sebelah gigi bongsu tu dah berlubang! Bila aku keluarkan serpihan gigi kat lubang tu, sakit pun hilang dan aku pun leka la balik. Sampai la hari Isnin this week, aku try la mengunyah guna gigi yang lubang tu, sekali tu ntah terselit sisa makanan ke, salah gigit kunyah ke, suddenly I felt a sharp pain. Ngilu yang amat! Sejak saat tu bermula kesengsaraan menanggung sakit gigi.

Betul la kata orang, baik lagi sakit kepala dari sakit gigi ni, boleh menggigil badan di buatnya. Dalam dok sakit tu, aku just ambil ponstan, dengan harapan sakit tu reda. Memula tu memang la reda, tapi lelama tak jalan dah ubat tu.

Jadi hari Rabu aku jumpa dentist.

"Doctor, gigi saya dah sakit ni, doctor check pelan-pelan yek” aku merayu.

"Ok, don’t worry”
senyum je doctor tu bila aku cakap macam tu.

Doktor cuma check sikit je, lepas tu dia kata ...

"Oh, gigi awak dah teruk ni"

"So, what is your suggestion?"

"Kita cabut gigi bongsu, pastu kita tampal gigi yang lubang tu, but before that I kena buat rawatan akar pada gigi yang berlubaang tu"

Hmm..rawatan akar tu mahal gak, detik hati aku “Another option?”

"Atau kita cabut gigi yang lubang tu, kekalkan gigi bongsu, cumanya gigi bongsu awak pun dah tak cantik"

"The best solution?"

"Cabut dua-dua"

"Errr….bukan gigi bongsu tu, nak kena buat minor surgery ke doctor?"

"Eh, tak payah la, I boleh cabut je, insyaAllah"

"Ok then, cabut je la, tak sanggup rasanya menahan sakit ni"

"I bole cabut sekarang, tapi gusi dah ada infection, I bagi antibiotic, then lepas 4 hari baru kita cabut"

"4 hari?, dalam masa tu I still akan rasa sakit la"

"Yes, of course. Tapi kalau u nak cabut sekarang, boleh, cuma ada beberapa risiko"

Mendengar risikonya, kecut perut aku! "Ok, maknanya saya kena tunggu Sabtu la yek?"

"Actually, lepas sehari makan antibiotic pun dah bole cabut"

"Tapi saya ada appointment esok"

"Kalau macam tu jumaat pagi, boleh?"

"ok, boleh!"

So, Jumaat nanti segala penderitaan aku aku akan berakhir. Khamis semalam, aku rasa sakit gigi makin kuat. Nak makan pun dah susah. Pagi aku makan bubur, tengahari lak aku cuma makan yogurt. Oleh sebab appointment aku habis awal, aku terus called doctor, bole tak aku cabut malam tu juga dan doctor kata ok. Sebelum pergi klinik, aku temankan hubby buka puasa, aku cuma makan KFC whipped potato je. Dalam hati dah membulat tekad, aku mesti buang gigi ni, sakitnya yang aku tanggung macam nak hantuk kepala kat dinding.

Sampai klinik dah pukul 8.30 mlm, doctor masih ada patient. Doctor panggil aku dah pukul 9 mlm.

"Doctor, I nervous ni, takut pun ada juga."

Aku dah rasa seram sejuk, perut memulas dan macam nak muntah. Serious, aku memang takut jumpa dentist!! Doctor lak cuma senyum je

"Doctor, do whatever you want to, as long as I did not feel any pain.

"Ok, don’t worry, tak sakit. "


Doctor tu tergelak je. Gelihati kot tenguk aku macam budak-budak takut cabut gigi.

"By the way, bius yang you bagi ni bole tahan berapa jam?"

"2 hingga 4 jam"

"Hah! Kejabnya, lepas tu I mula rasa sakit la..alahhhh. Ada ubat tak nak bagi tak sakit, sebab ponstan dan tak jalan la"


"Ok, I bole bagi you painkiller yang bagus, last for 24 hours, the thing is dia mahal la, sebiji RM7, macam mana?"

"Ok, I don’t mind. Asalkan I don’t want to feel the pain"

"So, lepas I jab ni, you terus makan ubat ni ya?"

Rasa sakit cumamasa doctor jab je, itu pun bila aku kata sakit, cecepat dia minta maaf.

"You have to wait 10 to 15 mins, mean while I nak solat dulu"

Aku pun duduk la sorang-sorang tunggu doctor tu habis solat. Lepas 10 min..

"Ok Noha u boleh baring."

"Doctor, tutup mata, I tak mau tenguk apa-apa"

"Sure. "

Sebelum tu, dia test sama ada aku rasa sakit lagi ke tak, selagi rasa sakit dia akan jab lagi dengan bius. Bila dah betul-betul takde rasa sakit..

"Ok Noha, I nak cabut ye gigi you ni"

"Alah doctor, you tak payah cakap la, takut la."

"Ok..ok… I nak check je gigi you ni."
Dia pujuk aku, macam betul-betul aku ni budak kecik,

"Bismillahirrohman nirrohhim.."

Lepas kepala aku terteleng ke kanan dan ke kiri seketika..

"Alhamdulillah, satu gigi dah lepas. I pegang sikit ye kepala you ni, sebab gigi bongsu as a typical wisdom tooth memang susah sikit."

Terasa la doctor tu berhempas pulas mencabut gigi bongsu ‘kesayangan’ aku tuh. Beberapa saat kemudian, aku dengar dia minta benang, nak jahit. Aisey, berjahit pulak, bila nak settle nih, dah cabut ke belum.

"Ok, gigit kapas ni kuat-kuat sampai darah berhenti, after 30 mins baru u bole kumur"

"Eh, dah cabut ke semua?"

"Dah, tu gigi-gigi you"


Nampak la aku dua batang gigi tergolek-golek atas tray. Eh… I didn’t feel the pain la, really! Tau-tau dah siap!

"Thank you doctor, you are so good, I tak rasa sakit langsung. Lepas ni bole la recommend kat my friends ya?"

Sambil tersenyum doctor tu kata “Thank you”

Aku keluar dari bilik doctor tu sambil tersenyum, hubby pun pelik, dia tak sangka it was so easy. Dan hingga la saat aku menaip ni pun, aku masih tidak berasa sakit, Alhamdulillah!

Cumanya sebab seronok sangat tak rasa sakit, aku cakap lak tak berenti for the next 30 mins after cabut gigi tu, jadi darah lambat pulak berhenti. Takut sesuatu yang tak diingini berlaku aku sms doctor and immediately he call me to instruct me what to do. Alhamdulillah, when I woke up this morning, darah pun dah berhenti.

I highly recommend this dentist to all of you, cause I know some of you pun tentu takut nak jumpa doctor macam aku kan? Heheh ….badan je besar aku ni, tapi penakut! Last jumpa dentist nak cabut gigi pun masa sekolah rendah, so can you imagine how I feel?

Sesiapa yang nak dapatkan perkhidmatan doctor ni, bole la ke Klinik Pergigian Esmady, di Presint 8, Putrajaya. He is very nice and gentle. Dan dengan rawatan yang diberikan dan tiada kesakitan dialami, I had to pay almost RM 200. Its included consultation, cabutan untuk 2 batang gigi geraham, 4 biji painkiller, antibiotics dan ubat kumur. Itu pun dia tak kira jahitan sebab dia lupa, but it really worth it!

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat, kesengsaraan aku dah berakhir, doa aku dimakbulkan dan yang penting sekali, aku tak terlepas peristiwa bersejarah yang akan berlaku pada hari ni. Aku berdoa luka cabutan ni akan cepat sembuh, walau tak rasa sakit, aku tak berani nak makan macam biasa, for 2,3 days onwards I will stick to my diet, bubur, yogurt and whipped potato. Dan terpaksa la tenguk je orang makan kalau pergi open house….sigh….