Wednesday, February 27, 2008

Muda sentiasa .....

Alhamdulillah! Diberi kesempatan oleh-Nya, kami berdua menyambut hari lahir pada tahun ni. Sebab aku kena pergi kursus, balik tu baru la sambut bertiga dengan hubby dan Nurin. Ada banyak gambar dan ada banyak cerita, tapi ...biasa la kan ..... so, tenguk je la gambar-gambar yang ada ni.

Hadiah untuk mama.
Kek untuk mama.

Sibuk Cik Kak ni membungkus goodies, memula rajin, dapat 3 bungkus dengan dia-dia sekali bungkus!

Keknya ... tahun ni feminin sikit...heheh..

With friends and teachers.


Mini celebration, sebab weekdays kan, takde la nak masak bagai, aku buat nasi ayam untuk dinner malam ni. Teringat nak panggil Jon sekeluarga, tapi mengenangkan hari bekerja, kesian pulak kat Mila sebab dia selalu balik lambat. Tapi, Allah tu Maha Pengasih, sebelum Maghrib Jon telefon kata nak datang, Alahamdulillah, sampai juga hajat aku nak makan sama adik beradik.

Makaaannn...jangan tak makan....

Orang semua sibuk makan, budak kecik ni sensorang atas tilam...golek sana, golek sini...

Hi, nama kita Afiq :)

Marah betul Afiq bila aku sumbat tangan dia dalam seluar, tu la, suka masuk jari dalam mulut, kan dah kena...heheh...



Sunday, February 17, 2008

Isi perut handbag

Lama dah kena tagged dengan Mar, aku je tak buat-buat. Bila dah ada depan pc, gambar pulak tak upload. Kekadang tu lupa! Macam biasa, lambat macam mana pun aku akan buat juga.


Benda yang wajib dalam handbag selain purse dan handphone (takde dalam gambar sebab handphone digunakan untuk mengambil gambar ni), financial calculator, name card holder dan pouch. Selain dari tu, pen dan pensel pun ada juga, maklum la senang nak guna bila tiba masanya. Handbag selalu bertukar sebab ikut occasions, jadi takyah la citer. Nampak macam simple je, tapi cuba korang tenguk apa dalam pouch tu.

So, barang-barang yang biasanya ada dalam pouch seorang 'perempuan' walau pun tak semua, aku simpan sikat, lipstik, moisteriser, cermin dan wajib sekali dalam pouch tu, perfume, maklum la kerja ke sana ke mari, kekadang tu bawak ke malam. Bak kata Mar, perfume tu boleh la cover bau-bauan yang tidak sepatutnya.

Ada juga kunci rumah, sepit kuku, kad keahlian perpustakaan UPM, buku-buku bank dan juga obstetric calendar. Saje simpan kalendar ni, aku dapat dari Syeda, agak-agak bila period dah lambat, boleh la check bila agaknya due bersalin, padahal mengandungnya tak confirm lagi...huhuhu....

Selain dari gambar yang ada ni, dalam poket-poket kecik kat handbag tu, aku letak vicks, paper clips, gula-gula hacks, chewing gum dan tisu. Kadang-kadang isi handbag juga akan bertambah atau berubah bergantung kepada keadaan dan besar/kecik handbag yang aku guna. Yang pasti, handbag aku memang berat, macam isi batu bata!

Bubur putih, bubur merah

Dulu-dulu, bila lulus periksa (selalunya periksa yang besar-besar la, macam upsr ke, pmr ke) atau ada sesuatu yang baik berlaku, nenek aku akan buat bubur putih bubur merah. Bubur ni selalu disediakan dalam masyarakat jawa sebagai simbolik atau tanda kesyukuran dan pada aku melambangkan peristiwa-peristiwa dalam kehidupan seharian.

Pertama kali aku buat bubur ni, 2 minggu lepas sempena majlis kesyukuran untuk Irfan. Majlis ni lebih kepada perjumpaan adik beradik maklum ada yang duduk JB dan ada yang di sini.

Bubur putih bubur merah terdiri dari 2 bahagian, merah rasanya manis dan putih rasanya tawar dan masin sedikit. Selalunya dibuat menggunakan beras pulut, tapi ada juga yang buat guna beras nasi.

Membelah mulut atau bertahnik dilakukan oleh babah menggunakan madu dan buah kurma.



Irfan tanpa feeding tiubnya, isn't he adorable? aku paling suka bibirnya yang mungil tu, geram! Berat Irfan dah makin bertambah dan dia makin comel. Aku dah mandikan dia 2 kali dan dah pernah bagi dia susu. Tukar pampers pun pernah, tapi rasa kekok sikit, maybe sebab dah lama tak buat dan anak orang, jadi macam takut je kalau sakit ke apa. So far, kalau seminggu tak jumpa, rasa dah rindu. Jadi bila berkesempatan di hujung minggu, mesti nak tenguk dia.

.................................................................................................

Mak saudara Hubby, Cik Yah telah kembali ke Rahmatullah kerana serangan jantung pada hari Rabu lepas. Arwahnya baru berusia 48 tahun dan sebelum ni tidak pernah mengalami sakit apa-apa. Aku rasa sedih sebab arwah Cik Yah seorang yang mesra dan peramah, melayan aku dan Hubby seperti anak-anaknya sendiri. Semoga Cik Yah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Al-Fatihah.

Thursday, February 07, 2008

Makan besar

Happy Chinese New Year everybody, selamat bercuti!

Kebetulan malam makan besar tu, sakit kepala la pulakkan, jadi hubby kata kita 'makan besar' kat luar je la...heheh... macam la kita yang sambut raya. Kali ni, kitaorang nak makan di Borneo Rainforest Cafe yang dimiliki oleh Datin Seri Tiara Jacquelina yang terletak betul-betul berhadapan Sunway Resoet Hotel.


Pilihan aku, Laksa Sarawak. Sedap dan pedas!

Hubby pilih Grilled Fish with lemon sauce (kalau tak silap). Oh! ada lagi satu pilihan hubby, popiah yang lupa nak upload gambarnya :)

Untuk Nurin, Drummet with French Fries. Licin makanan dia walau pun dah makan sepinggan nasi goreng kat rumah sebelum tu!


Dari segi kesedapan makanan, memang sedap. Harganya untuk tempat se'ekslusif' tu, memang sesuai la dan yang paling aku suka, suasananya. Kitaorang duduk betul-betul bersebelahan dengan air terjun...sangat nyaman dan tenang. Cuma satu je yang tak best. Mungkin sebab waktunya di mana ramai orang, tak cukup staff sebab ramai yang bercuti (mungkin) da pengurusan yang agak kelam kabut, makanan kitaorang lambat sampai, salah hidangan dan waiter yang sangat la tak cekap contohnya bagi makanan tak bagi sudu garfu dan order 3 benda datangnya satu-satu, macam blur aku tengauk waiter tu. tak habis kat situ, masa nak bayar, bil kitaorang salah nombor, bertekak la cashier dengan waiter tu. Haiisshhh...camne ni? Kesian la kat Datin Seri, rosak la nama dia dek benda yang remeh temeh macam ni.

Nampaknya bukan aku sorang je yang dapat makanan lambat, ada couple sebelah kitaorang tu, dah la awek dia sampai-amapi pun muka tengah masam mencuka, makanan lambat lagi muncung panjang sampai boleh sangkut hanger....heheh, tapi kan bila ada satu couple mat salleh tu datang...aiikk...cepat pulak makanan sampai...eerr...double standard ke?

Apa pun, korang boleh la cuba kalau nak makan kat sini. For us, this is for the first and last. Period.


.............................................

Apa nak buat dengan saki baki roti yang tak habis dimakan?

Selalunya tepi-tepi roti atau kulit roti ni takde siapa nak makan. Bagi aku senang je, buat jemput-jemput roti, gerenti boleh habis.

Bahan-bahannya :
Kulit roti yang di potong kecik-kecik
Tepung gandum
Telur sebiji yang dipukl sebelum digaul dengan semua bahan
Bawang sebiji yang dihiris-hiris
Ikan bilis atau udang kering yag di tumbuk
Carrot/kentang/kobis ikut kesukaan korang

Cara-caranya :
Gaul semua bahan, kalau boleh tepung biar kurang dari roti, agak-agak boleh salut roti je, tambah garam secukup rasa. Goreng dalam minyak panas dan banyak.

Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang, boleh cicah dengan sos cili atau sambal kicap. Tak lupa air kopi atau teh, pelengkap hidangan. Macam hubby dan Nurin yang tak suka kulit roti, kalau dah jadi jemput-jemput, sepinggan pun boleh habis!

Tuesday, February 05, 2008

Izz Irfan


Sunday, February 03, 2008

Hi ...... salam perkenalan :)













Lena sungguh Irfan dalam pelukan Mama Noha, empuk eh Irfan? hehhehe...... Akhirnya, sekian lama menanti saat ini, dapat juga aku memegang Irfan. Bila menciumnya, bau baby buat hati aku meronta-ronta untuk memiliki baby sendiri, tapi entah bila agaknya. Buat masa ni, pada Irfan dan Afiq la aku mencurahkan kasih sayang selain Nurin Salma.

Sedang aku sibuk membantu Syeda menguruskan Irfan ;

Nurin : Mama, sekarang Nurin ada 2 adik, satu Irfan satu lagi Afiq. Nurin rasa gembira.

Mama : Ok la tu, dah ada 2 adik, tak payah la adik dari mama.

Nurin : (terus monyok muka dia ) Alaaaa....Nurin nak adik sendiri.

Aku ingat dia tak faham, rupanya dia tahu. InsyaAllah Nurin, ada rezeki, Nurin pun akan dapat ada juga ya. Doakan aku kengkawan, doakan kami.