Thursday, February 07, 2008

Makan besar

Happy Chinese New Year everybody, selamat bercuti!

Kebetulan malam makan besar tu, sakit kepala la pulakkan, jadi hubby kata kita 'makan besar' kat luar je la...heheh... macam la kita yang sambut raya. Kali ni, kitaorang nak makan di Borneo Rainforest Cafe yang dimiliki oleh Datin Seri Tiara Jacquelina yang terletak betul-betul berhadapan Sunway Resoet Hotel.


Pilihan aku, Laksa Sarawak. Sedap dan pedas!

Hubby pilih Grilled Fish with lemon sauce (kalau tak silap). Oh! ada lagi satu pilihan hubby, popiah yang lupa nak upload gambarnya :)

Untuk Nurin, Drummet with French Fries. Licin makanan dia walau pun dah makan sepinggan nasi goreng kat rumah sebelum tu!


Dari segi kesedapan makanan, memang sedap. Harganya untuk tempat se'ekslusif' tu, memang sesuai la dan yang paling aku suka, suasananya. Kitaorang duduk betul-betul bersebelahan dengan air terjun...sangat nyaman dan tenang. Cuma satu je yang tak best. Mungkin sebab waktunya di mana ramai orang, tak cukup staff sebab ramai yang bercuti (mungkin) da pengurusan yang agak kelam kabut, makanan kitaorang lambat sampai, salah hidangan dan waiter yang sangat la tak cekap contohnya bagi makanan tak bagi sudu garfu dan order 3 benda datangnya satu-satu, macam blur aku tengauk waiter tu. tak habis kat situ, masa nak bayar, bil kitaorang salah nombor, bertekak la cashier dengan waiter tu. Haiisshhh...camne ni? Kesian la kat Datin Seri, rosak la nama dia dek benda yang remeh temeh macam ni.

Nampaknya bukan aku sorang je yang dapat makanan lambat, ada couple sebelah kitaorang tu, dah la awek dia sampai-amapi pun muka tengah masam mencuka, makanan lambat lagi muncung panjang sampai boleh sangkut hanger....heheh, tapi kan bila ada satu couple mat salleh tu datang...aiikk...cepat pulak makanan sampai...eerr...double standard ke?

Apa pun, korang boleh la cuba kalau nak makan kat sini. For us, this is for the first and last. Period.


.............................................

Apa nak buat dengan saki baki roti yang tak habis dimakan?

Selalunya tepi-tepi roti atau kulit roti ni takde siapa nak makan. Bagi aku senang je, buat jemput-jemput roti, gerenti boleh habis.

Bahan-bahannya :
Kulit roti yang di potong kecik-kecik
Tepung gandum
Telur sebiji yang dipukl sebelum digaul dengan semua bahan
Bawang sebiji yang dihiris-hiris
Ikan bilis atau udang kering yag di tumbuk
Carrot/kentang/kobis ikut kesukaan korang

Cara-caranya :
Gaul semua bahan, kalau boleh tepung biar kurang dari roti, agak-agak boleh salut roti je, tambah garam secukup rasa. Goreng dalam minyak panas dan banyak.

Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang, boleh cicah dengan sos cili atau sambal kicap. Tak lupa air kopi atau teh, pelengkap hidangan. Macam hubby dan Nurin yang tak suka kulit roti, kalau dah jadi jemput-jemput, sepinggan pun boleh habis!

9 Comments:

At Friday, February 08, 2008 8:56:00 AM , Anonymous Anonymous said...

t'ingat laksa s'wak mase kt kuching ari tu. :) tmpt tu mcm best. tp kalo pi kl, x sempat la nk pi tmpt2 mkn ni.

jemput2 tu pn nmpk sedap. kalo cicah sambal kicap, lagi sedap kan? heheh

 
At Sunday, February 10, 2008 5:14:00 PM , Blogger azura said...

erkk...ye ke? baru berangan nak gi sana, mkn laksa sarawak n ns goreng dabai (s'wak delicacies). nampaknya baik tak payah la... sy pun paling tak suka n pantang if food lmbt sampai n layanan tak best..

 
At Sunday, February 10, 2008 11:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : laksa r'wak kat tmpat lain pun ada kalau nak cuba, cumanya kat sini rempah dia byk dan pedas sket. jemput2 tu mmg bst, try le. aku mmg cicah sambal kicap masa makan pagi tu, tghari tu kena gastrik! skrg ni kalau aku mkn sambal kicap an dah bising...huhuhu...

zura : bila akak surf blog org lain, semua kaa best, tak tahu la akak. dlm byk2 tu paling tak best sebab dia double standard. jgn le pandang org mcm ak berduit, tak semstinya selekeh ke, selebet ke, tak mampu nak bayar. tapi sebab utama akak tak nak dtg situ lagi sebab dia serve liquor. akak rasa kalau mior tahu dia pun mesti tak suka. suka western tak? try fig and olive kat sunway pyramid :)

 
At Sunday, February 10, 2008 11:05:00 PM , Anonymous Anonymous said...

opss...silap, bukan western, mediterranean...adik akak ipar akak kata best. portion dan harga dia mg berbaloi!

 
At Monday, February 11, 2008 10:29:00 AM , Blogger azura said...

oo yeke dia serve liquor? i see...mmg la tak jejak kat sana alamatnya..disappointing la org islam bleh jual n serve liquor

 
At Monday, February 11, 2008 10:41:00 AM , Anonymous Anonymous said...

baru teruja nak mencuba..
bab liquor tuh tak sedap didengar...
last aku pi area tuh dah bnyk pub+ disco..

bising sgt...
mcm tak sesuai jer nak bawak jasmin....tp nak gak perkenalkan taman menanam bunga aku ngan atuk..
yupp time changes everyting...
dah tak sama mase zmn aku bercinta dulu....
tp crowd dia ttp sama kot....

nnt aku naik sana ko bwk ler aku pi..
restoren ARAB kat KLCC tuh....
ko upload gambo aritu terliur beb..
hhehe...

 
At Monday, February 11, 2008 11:44:00 AM , Anonymous Anonymous said...

zura : yup, siap ada buku menu khas untuk liquor, i think ada bar sekali. mmg sedih pasal bab liquor tu, sungguh tak sangka kan?

julia : selagi boleh dielak, elakkan la, lagi pun byk lagi tmpt bole pg yg tak serve liquor dan sedap2 pulak tu and i more, bukan situ je ada laksa s'wak! :)

a ah ju, masa aku jejalan kat tmpt air terjun tu, depan sunway resort tu kan ke ada gajah semua tu, siap la aku cerita hikayat zaman puba kala ketika dok berendut dulu..kehkehe... nurin punya soalan punya la byk, kenapa dia takde masa tu, apa aku buat etc....maklum semua tu termasuk la dlm sejarah kewujudan dia juga kan?

kat depan tu tak crowded sgt, maybe sebab cny kot, and fyi, sunway pyramid dah tambah wing baru ada jusco and a lot of shops...huiii....sampai terseliuh aku berjalan sabtu lepas, urat sakit...heheh

btw, restoran arab tu, al bukhara, try la kalau suka makanan arab mcm briyani dan roti2nya..

 
At Tuesday, February 12, 2008 11:28:00 AM , Anonymous Anonymous said...

A'kum Noha and gang-2 lain, lame bebano aku tak reply dlm blog nih.

Slalu baca, pastu sambung keje.

Wa..wa..waah, sedapnyer menu-menu yg ko buat dlm nih, tambah lg laksa s'wak, teringan aku makan laksa penang kat bangsar village dgn mak masa dating dulu. hehhehe..

and, orang tua-tua dulu ader gak kata,tpt tido kene gak berubah kalo anak tu selang seli laaki pompuan,laki pompuan, tak kira laa ubah tpt tido,ubah katil ker, or ubah bilik orr ubah rumah ke.

Kami doakan Nurin cepat-2 dpt adik yang ramai... :) juga Izz Irfan cepat sembuh dan dpt bermain spt baby-2 yg lain. Amin.

Noha, bila ek, kita bleh buat mkn-mkn lagi..? Sorry ek raya cina yg lepas nih, aku pun xjadi balik johor, aku demam 3 hari (rabu-jumaat).

Ok. Tempat ader sesiapa yg nak sponser? :) , kalu tahun 2009, aku dgn sendiri offer di rumah kami nanti.. ader lerr sikit pembaharuan. tunggu......

 
At Tuesday, February 12, 2008 3:07:00 PM , Blogger mommamia said...

lerr,baru ingt nak try restoren tu,dah baca komen ko psl kelembapan dan double stndard dia,tak jadik lak,mmg nyampah kalu org dtg kemudian dia dpt dulu,pulak tu kalau perut tgh lapa,mmg hangin!-jemput2 roti ni menarik la,ko ni kan noha ada je idea tau,tu yg syok blog ko ni aku boleh tau menu2 baru,thanks for the sharing,nnti aku nak cuba!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home