Perihal resepi dan masakan
‘Everyone can cook’, itu kata Gustoe (betul ke eja nama dia nih, cari kat net lembab la pulak...) dalam Ratatouille. Betul, ikut buku resepi sesiapa pun boleh masak. Pada aku, makanan bukan sahaja boleh dimasak, tetapi boleh dirasai dengan perasaan. Macam Remmy-the-rat yang menikmati makanan dengan perasaannya. Untuk merasai, seseorang perlu bukan sekadar boleh memasak, dia juga mempunyai kemahiran mengetahui apa yang kurang, apa yang perlu ditambah dalam sesuatu masakan, bukan sekadar mengikut resepi semata-mata, perlu pandai ‘adjust’ gitu. Makanan yang dimasak mengikut hati dan perasaan (passion), biasanya lebih sedap dan enak untuk dimakan. Apa pun, itu hanya pendapat aku je, sementelah aku suka memasak dan tidak kurang juga yang kata masakanku enak…ahemm…
Kali ni, aku akan bagi sekali resepi, mana la tahu korang nak try kat rumah, senang je.
Ayam golek
1 ekor ayam (lebih kurang sekilo, kalau ayam besar double je la bahan-bahannya)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato/cili
1 sudu besar serbuk kari
gula dan garam secukup rasa
Semua bahan dikisar/tumbuk, pastu lumur kat ayam, perap la dlm 1 jam. Bakar pada suhu 200 darjah selama 1 hingga 1 1/2 jam, depends la, kalau nak garing lama sikit. Nak tahu ayam dah masak atau belum, cucuk ayam dengan garfu atau pisau, kalau keluar air jernih itu tanda ayam dah masak.
Ikan cencaru sumbat
2 ekor ikan cencaru sederhana besar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5-7 biji cili api (kalau tak tahan pedas boleh guna cili besar)
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
2 batang serai
1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa
Semua bahan ditumbuk/kisar, setelah lumat perahkan limau pastu sumbat belakang cencaru. Boleh dibakar atau digoreng. Aku lebih suka goreng, tapi minyak sikit je tak payah sampai tenggelam ikan tu.
Tauhu stim bersos tiram
1 kotak tauhu lembut (selalu ada kat giant atau carrefour)
3 ulas bawang kecik
3 ulas bawang putih
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
garam secukup rasa
Tauhu distim lebih kurang 5 minit. bawang merah dan putih dihiris halus dan digoreng dengan sedikit minyak hingga naik bau. Bila bawang dan garing, masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air. Pastu curahkan pada tauhu yang telah distim tadi.
Lastly, selamat menjamu mata dan selamat mencuba!
6 Comments:
mase marhaban bank ari tu aku buat laksa johor, bis licin!
terliur tgk ayam golek tu.. hmm.. sedapnyeee..
fuhh!!cayalah noha!aku dah lama rindu kt entry ko yg penuh ng gambar2 mknan,sekali tu bila ko update,hah ambik!penuh gmbr makanan,urgh!terliurnya!aku mmg salute ko la noha,ko tau pelbagaikan resipi,aku kalu msk asikla asam pedas,sambal..tu jer pusingan dia-aku kena varietykan lg meal aku nih,aku rasa sumer resipi ko bg ni sng nak prepare n tak leceh esp ayam golek ng tauhu stim tu,aku mmg nak cuba-eh ni nak tanya,ko bakar ayam golek tu pakai oven eh?ke microwave?aku ada microwave tp tak sure la boleh grill ke tak ek,pastu ko stim tauhu tu camne?aku takde pengukus la-noha kalu ada lg resipi2 yg menarik n simple camni,share eh,aku skang ni mmg kena msk yg simple2 jer,tiba umah pun kul 7.15mlm!huhu
xura : try ler resepi ayam golek ni, mmg sedap. kalau mak aku guna rempah instant je.
mar : kekadang mar,masakan yg sama ulang2 bosan la. lagi pulak kitaorg mmg makan nasi satu hari sekali selalunya lunch, jadi bila malam kena la try memacam resepi. aku bakar guna oven sebab microwave yg ada untuk memanaskan makanan je. aku redeem oven guna kupon cosway...huh..2 tahun mengumpul kupon...hahaha...bole je nak beli, tapi dah ada kupon, guna je la kan...tu yg bila ada oven ni, panjang la akal nak masak memcm.
kalau takde pengukus, senang je, ko boleh guna periuk besar, pastu letak air dan masukkan periuk kecik dlmnya, tak pun ko guna kuali, ko letak macam kerangka besi alas periuk panas (ko tahu tak ni), pastu ko letak je la mangkuk/pinggan atas dia, pastu tutup.
resepi simple mmg byk. sebab aku dgn an suka makan ikan, kitaorg selalu simpan ikan dori kat umah, senang, takyah siang, potong dan masak, jimat tenaga. nni bila ada resepi lai aku up eh? selamat mencuba
esok i dinner rumah u ye. nak ayam golek. kot sempat buat la laksa johor sekali.
terima kasih.
lama tak jengok blog noha chomel kita nih...rupanya si nurin tu dah besar sesangat dah ye anak dara tuh...dah leh bagi dia adik dah noha..hehehhe....sedapnya makanan...noha memang terer masak..umah noha kat ner eh...leh bertandang sesekali ...huhuhuuu...
puterisatu : satu dok kat kinrara, dekat ke? dtg le umah bole makan2. takde la terer tapi takde la pulak org sakit perut bila makan...:)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home