Thursday, November 01, 2007

Baby Izz Irfan

First of all, Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segalanya, yang memberikan ujian pada hambaNya di mana segala hikmah hanya Allah jua yang mengetahui.

Sehari sebulan menjelang Syawal, yang mana kebanyakan kita dah ada kat kampung atau sibuk membuat persiapan terakhir hari raya, si kecil ini juga mahu meraikan hari raya pertamanya, kata orang, dia pun nak bayar fitrah juga.

Izz yang bermaksud kemuliaan, kekuatan dan Irfan, menghargai, bijaksana, lahir pagi Subuh Jumaat, 29 Ramadhan, 12 Oktober 2007 semasa kandungan Syeda 26 minggu dan beratnya pula hanya 1.1kg. He is a fighter and survivor, memang kecil tapi semangatnya kuat sekali.

Kepada semua yang mendoakan kesejahteraan Syeda dan baby Irfan, thank you so much! Doakan juga baby sentiasa sihat, bertambah berat badan dan boleh balik rumah cepat sebab kitaorang semua tak sabar nak 'menimangnya'. As for now, Syeda dah balik rumah sejak seminggu lepas, baby pula masih di nicu di Hospital Pakar UKM.

Gambar ni di ambil secara curi-curi, itu pun sebab dah tak tahan nak tenguk baby macam mana la rupanya.

Baby Irfan sama besar je dengan tangan mama dia. Cepat besarnya baby, nanti boleh balik rumah Mama Noha, Babah An dan Kakak Nurin tak sabar nak jumpa!


3 Comments:

At Thursday, November 01, 2007 12:09:00 PM , Anonymous Anonymous said...

sedapnye nama. nama irfan ni pun aku minat. tp dh ramai yg ambik nama ni.

nurin lah 1st bb yg x cukup bln yg aku pernah tengok. itu pun rase pelik sgt sbb kecik. tp irfan ni lg kecik. insyaallah irfan bb sekuat maksud namanya izz - kekuatan. :)

 
At Thursday, November 01, 2007 3:01:00 PM , Blogger mommamia said...

ye lah sedap nama tu esp izz,unik and ada makna yg baik-mmg kecik la baby premature,sama besar dgn tapak tgn mama dia,hopefully baby izz akan cpt besar dan kuat so boleh kuar spital,akak nurin tu dah tak sabar la tu nak mengulit babykan?;)

 
At Tuesday, November 06, 2007 1:34:00 PM , Anonymous Anonymous said...

moga baby izz...semakin sihat..
dan cepat membesar...

maknyer pon kena kuatkan hati...
DUGAAN besar ni....

INsyaAllah baby izz akan
menjadi bayi normal yang sihat..
dan bole le main dengan kakak Nurin.....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home