Tuesday, October 02, 2007

999

Have you ever use this number?



"999, boleh saya bantu"



"Saya nak melaporkan kemalangan jalan raya"



"Siapa yang bercakap tu?"



"Noha...N.O.H.A"



" Ok cik Noha, kat mana tu?"



"Saya kat Serdang ni"



"Baiklah, saya akan sambung pada balai polis yang berdekatan, Serdang di Selangor ya?"



"Ya, terima kasih"



........



"Balai polis ....... boleh saya bantu?"



"Saya nak melaporkan kemalangan......bla...bla..."



................



.............



"Ok cik Noha, terima kasih kerana melaporkan, bantuan akan segera ........."





Hmmm....lega rasanya lepas telefon 999 tu. Kemalangan tu berlaku semalam, lebih kurang 6 petang ketika kebanyakan umat Islam sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa. As for me, aku dalam perjalanan nak balik ke rumah selepas ambil Nurin dari tadika. Kalau boleh nak cepat sampai, sempat la prepare apa yang patut. Tetiba ternampak satu kemalangan yang melibatkan 2 buah motor, salah sorang penunggangnya tengah terduduk kat tepi jalan sambil memegang kepala.



Rasanya baru je berlaku, sebab takde sebiji kereta pun berhenti, cuma ada sebuah motor yang berhenti, itu pun tenguk dari jauh. Ini kali kedua aku telefon 999 untuk melaporkan kejadian kemalangan. Kejadian sebelum ni lagi la, betul-betul berlaku depan mata, sama macam semalam, tak sempat lak nak berhenti. Bila lalu tu, otak sibuk memikir nak berhenti ke tak, tau-tau dah terlepas! So, bila telefon 999 ni, takde la rasa ralat sangat kalau tak dapat membantu.



Apa pun, aku harap takde kecederaan yang teruk pada penunggang motor tu.





...........................................





Sayu rasa hati bila dengar lagu raya yang berkemundang di corong-corong radio. Kebanyakan stesen radio dah mula memutarkan lagu-lagu raya sejak semalam. Ntah la, takde perasaan nak berhari-raya. Baju raya tak beli lagi kecuali untuk Nurin, itu pun baru sepasang baju kurung. Rumah tak berkemas, banyak sangat yang nak dibuat tak tahu nak mula dari mana. Rasa macam baru je semalam sambut puasa, baru nak berterawih, tau-tau dah nak masuk hari ke sepuluh terakhir Ramadhan. Kalau la boleh diperpanjangkan puasa .........

2 Comments:

At Thursday, October 04, 2007 9:31:00 AM , Blogger mommamia said...

aku tak pernah lg dial 999,slalu gak terserempak ng accident,tp slalunya org dah berkerumun,polis pun dah sampai,hmm..mmg boleh praktikkn call 999 ni kalau ada pape emergency dpn mata even bkn melibatkan diri sendiri,mcm kata ko la,kita tak dpt berhenti tlg, tlg dgn cara call 999 pun ok la kan-mmg sekejap je dah nak berlalu sebln puasa..harap2 pjg umur kita semua dpt menempuh lg bln ramadhan thn dpn..insyaAllah

 
At Monday, November 19, 2007 5:09:00 PM , Blogger Idham said...

aku pernah dail 999...tapi masa kecik dulu, main2...http://cat-world.50webs.com

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home