Tuesday, August 07, 2007

Easy in Banting

I was reading this (The Star by Sangeetha Nair) when hubby said ‘ Jom kita pergi Banting esok’ . Well, why not, since I will work on Sunday, there is only Saturday left for me to have fun with my family. As you can see, there is 10 places in the list why it is worth a visit (katanya la, so we will see ). That day, rasa mcm Amazing Race pun ada, keratan akhbar, peta, strategi semua siap. Let see what we have here,

1. Pantai Morib

2. Bukit Jugrah

3. Sidek Home

4. Royal Mausoleum

5. Rojak mee and cendol

6. Istana Bandar

7. Fresh Catch

8. Traditional crackers

9. Pantai Kelanang/Klanang

10. Textile Shopping.



Salah satu jeti pengkalan nelayan di Pantai Kelanang, masa pergi ni air surut, so takde la aktiviti menaikkan ikan. Masa ni dah tengahari, panas betul! Kalau ikut The Star, ada satu lagi pengkalan nelayan di Kampung Endah tapi kitaorang dah tak kuasa nak cari, penat!

Sebelum sampai Bukit Jugrah, kita akan melalui Makam Sultan Abdul Samad, tempat persemadian Sultan Abdul Samad Almarhum Raja Abdullah. Baginda merupakan Sultan Selangor dari 1857 hinggi 1898. Kitaorang tak masuk pun kawasan makam ni, Nurin dah tidur dalam kereta, lagi pun suasana kat makam tu...hhmmm...creepy la, walau pun masa tu tengah-tengahari buta.



Selain dari tempat-tempat menarik, ada juga nama-nama menarik kat Banting ni, salah satu contohnya, Sungai Raba, agaknya siapa mandi kat situ teraba-raba kot...heheh... selain daripada tu, perkampungan Olak Lempit dan Bukit Changgang.

Daripada 10 senarai yang ada kat The Star tu, 3 tempat kitaorang tak dapat pergi iaitu Rumah Sidek iaitu rumah Datuk Sidek Abdullah Kamar, bapa pada pemain-pemain badminton negara di Kancong Darat, Kampung Endah iaitu pengkalan nelayan dan Fazz Enterprise Kerepek House yang menyediakan hingga 75 jenis kerepek dan kuih tradisional. Kebanyakkan tempat ni, bukan di jalan besar, kena masuk kawasan kampung. Lagi satu, tak dapat nak merasa makanan laut sebab kebanyakkan kedai makanan laut hanya dibuka pada waktu malam.

Apa pun, objektif hari tu telah tercapai iaitu bercuti dan bersantai bersama-sama hubby dan Nurin.

Catitan di atas sebahagiannya diambil dari The Star @ Sunday Metro, 29 July 2007.

7 Comments:

At Wednesday, August 08, 2007 5:35:00 PM , Blogger mommamia said...

boleh thn gak banting,bila baca entry ko ni baru aku tau byk tmpt2 best kt situ-aku slalu la kan bila weekend menggagau ng hubby tak tau nak gi mana,end up asikla shopping complex, shud suggest to him to go to banting one day,out of we all punya normal activity;tmpt cantik n menarik n mknan pun best, mmg patut pegi!thanks for the info noha!

 
At Thursday, August 09, 2007 3:37:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ooo... kt sini ke ltknye pantai morib???... slalu dgr nama pantai ni, tp x tau kt mana.

x sangka kt banting ade byk tmpt blh pi.

 
At Friday, August 10, 2007 8:03:00 AM , Blogger azura said...

hehe sehari pun tak cukup nak ronda banting? kene pegi lagi skali la tu kak noha...
tapi tu la...kdg2 cuaca panas buat kita malas nak jalan2 kan..baik perap kat umah kui kui kui

 
At Friday, August 10, 2007 3:47:00 PM , Anonymous Anonymous said...

aku pong sama..
tghari panas...
perap kat umah je..

peptg sket baru jln....

 
At Monday, August 13, 2007 12:05:00 AM , Blogger noha chomel said...

mar : aku anak beranak dah tahap tak lalu nak pegi shopping complex, bosan! tu yang kitaorg cari tempat2 menarik, berudara segar dan ada tempat makan2 yg best. lagi pun masa ni nak ajar nurin supaya jadi 'mesra alam' sket. sambil jejalan tu leh la citer dgn dia...takde la dia asik nampak escalator, kfc, mcd, kedai mainan...iiskk...ingat nak pegi genting, tapi kesian nurin tak cukup besar and now im plan to go to tmn negara, sejak anak dara sampai dah ada anak dara, tak sampai2 lagi hajat aku yg satu ni :)

xura : tu la, aku pun tak sangka, byk ympt bole pegi kat banting ni, tapi jgn la ko berharap sgt, kalau dekat2 mcm aku ni ok la...kalau jauh2 dtg dari batu pahat nak ke banting, mcm tak worth it je, lain la kalau ko stay overnite, leh pegi makan seafood.

azura : hhmm...pengantin baru tak kira panas ke sejuk, perap kat rumah mmg lagi best! kan..kan?? ;P rasa nya mcm tak pegi lagi, kalau pegi pun nak try pegi malam, nak rasa seafood dia, kat sal penah cakap, kat bagan lalang seafood dia best.

julia : kadang2 dah tak larat dok umah, lagi ni masa ni la nak bawak nurin berjalan, keje aku tak kira siang mlm, pgi ptg, weekdays weekend, jadi bila ada masa, ni la nak bersama2 ngan Nurin.

 
At Tuesday, November 06, 2007 4:48:00 AM , Anonymous Anonymous said...

banting mmg best...

 
At Wednesday, August 06, 2014 10:30:00 AM , Anonymous Anonymous said...

sebenarnye banyak lagi tempat sejarah kat banting. contohnye kt jugra ade balai polis dan penjara jugra. tapi skrg dah jadi muzium insitu jugra. rumah api bukit jugra, pejabat daerah lama(tp tinggal bangunan tinggalan jela sebab nk betolkn gune kos yg tinggi). overall yg saya boleh cakap, jugra ni cam satu kawasan pemerintahan sultan selangor dlu. interestinglah.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home