Panduan ibu bapa bendung masalah anak mengamuk
Aku dapat this info dari berita harian hari ni, dan aku juga gunakan pendekatan yg sama iaitu 'buat tak tahu bila Nurin mengamuk' dan Alhamdulillah, its works for me. I think, kalau nak gunakan pendekatan ni, kena mula dari awal dan hati mmg kena 'kering', tahap takde belas kasihan punya, kalau tak, payah nak 'jalan'
Soalan :
SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang aktif dan cerdik. Masalahnya sejak kebelakangan ini dia sering mengamuk jika kemahuannya tidak dipenuhi dan ada ketikanya dia membaling apa saja yang ada dalam genggamannya, merebahkan diri ke lantai serta pernah juga dia cuba memukul saya.
|
Ibu Risau,
Kuala Lumpur.
Jawapan :
PAKAR kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Kanak-kanak peringkat itu juga akan mengamuk kerana kecewa apabila tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi dan mendengar perkataan ‘jangan’.
Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ia hendaklah dibendung sejak mula perkembangannya.
Disertakan beberapa panduan bagaimana menghadapi anak yang suka mengamuk. Harap membantu. Juga boleh layari www.rentis.blogspot.com untuk penulisan saya yang lain berkaitan kanak-kanak.
Kita boleh mengawal tabiat mengamuk dengan cara:
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam.
Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.
Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
Beberapa bulan lalu, anak lelaki kecil saya mula mengamuk apabila kehendak hatinya tidak dituruti. Saya ambil pendekatan tidak peduli. Selepas dua tiga kali, dia tidak mengamuk lagi.
Apabila buat tidak tahu dia akan berhenti mengamuk. Selepas itu dia cuba menarik perhatian dan apabila anak saya sudah berusaha, barulah saya memeluk, berbincang dan dia akan kembali tenang.
Jawapan disediakan oleh Rosnah Ahmad dan Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Prof Madya Dr Umi Kalthum Ngah, dengan kerjasama Wanita JIM (wanitajim0@yahoo.com)
5 Comments:
slalunye kalo aiman buat perangai, aku buat derk je. buat2 x kawan dia. kalo dia x dpt respon, lama2 dia rase b'salah sendiri. nnt dia akan dtg kt kita, usap pipi sambil ckp sayang, kiss kita smpi lah kita kiss dia smula. last2 dia yg akan pujuk kita pulak!
yo sista!
si kenit tu still _erajok ke dgn _ik ana yg hebat ni (tanda soal)
tak spoRting laaaa bebbb!
kehkehkehkehkeh
jasmin rajin gak buat
mengajuk dan jerit-jerit tuh...
kengkadang aku tengking dia balik..but after read ur article...
aku nak ubah approach..
testing...
terasa diri kejam lak....
yelah ko pepaham le...
badan letih.
dia buat perangai...
tp kengkadang aku bior kan je...
di melalak sesorang..
pastu dia dtg kat aku nak peluk...
pastu dia nak t***k.
baru ....
http://prieslar.info/?search=torrents+spy
http://prieslar.info/?search=wisla
http://prieslar.info/?search=Federline
http://prieslar.info/?search=mo%3Fdzierz
http://prieslar.info/?search=Roman+Krogulski
http://prieslar.info/?search=Plaszcz+technika
http://prieslar.info/?search=fryzury+lat+60
http://prieslar.info/?search=PACUlA+JOANNA
http://prieslar.info/?search=prochowiec
http://prieslar.info/?search=Rupia+indonezyjska
http://prieslar.info/?search=50+cent+new+album
http://prieslar.info/?search=download+counter+strike+1.6+no+steam+patch+versionxx+to+version13
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home