Thursday, March 22, 2007

Wedding of The Year 2007

Hi everybody...pheewww.....akhirnya dapat gak aku meluangkan masa ke cybercafe nak update blog yang dah bersawang ni. Baru 2 hari balik dari JB, menguruskan majlis perkahwinan adik ipar aku, Rasyedah dan pasangannya Izhar. It was a grand wedding!! Sampai rasa teruja pulak nak kawin lagi...hik..hik...

Majlis bermula pada hari Khamis 17hb untuk akad nikah, Jumaat tu gap satu hari dan disambung dengan bersanding dipihak perempuan pada hari Sabtu dan bersanding dipihak lelaki pada hari ahad.

Actually, tugas aku dan hubby menyambut tetamu pengantin lelaki dari Singapura. Tanggungjawab berat tuh, maklumlah kitaorang membawa sekali nama baik keluarga. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan sempurna. Selain dari tu, hubby jadi supir untuk ambil dan hantar tetamu juga guide sedara mara yang datang dari KL. Aku lak, tolong Ana menyiapkan 300 cupcakes untuk majlis bersanding.

Perrgghh.... Bukan 300 cupcakes je, 300 hiasan atasnya dan icing juga. Walau pun menggalas tugas sebagai pembantu, Jumaat tu aku menolong dari pukul 11 pagi sampai 1.30 pagi! Berhenti hanya untuk makan dan solat. Kesian kat Ana, sampai bengkak-bengkak kaki dibuatnya. Adik pulak, panik sebab Isninnya nak exam. Alahaiii...sabar je la, Kakak punya majlis, semuanya sanggup berkorban.


Johor Bahru...
Pengantin bersama adik-adik, Ana dan Syika (Adik), juga anak sedara...berdebar nihh....jab lagi nak nikah.

Iklan kejab, ini pasangan pengantin 5 tahun lepas, Alhamdulillah, happy dan blessed with beautiful daughter, Nurin Salma. Majlis kali ni, jadi 'orang kuat' di belakang tabir pula.

Dah ada lesen!!! Boleh pergi honeyyymooonnnn....


Ini la pari-pari yang bakal menyerikan majlis dan mengiringi pengantin, siapa ketuanya? Tentu la Cik Nurin Salma. Happy sangat dia, asal nampak kamera je siap posing dan tersenyum.



Ketibaan pengantin segak bersongket oren, disambut dengan paluan kompang dan rebana.


Dinda di pelamin berdebar menanti kedatangan kekanda. Ayunya pari-pari duduk bersimpuh.

Senyum simpul Syeda bila cik abang dah ada kat sebelah...


Pari-pari dah lapar, dah tukar baju pun sebab tergolek jatuh terpijak baju sendiri...heheh...


Kitaorang pun bersanding gak but of course with our 'buah cinta', Nurin Salma and our beloved sister, Syeda and her husband, Izhar. Thanks to hadi (or eddie??) from candid syndrome, dia yang ambil gambar ni, cantik sangat!

Singapore......



Kejutan dari kanda buat dinda... "Kita takyah jalan eh, naik merc lambai-lambai kat semua orang"...aawww....soooo sweetttt....



Just Married!!


Pari-pari di Kota Singa, menunggu ketibaan pengantin untuk diarak.


Satu lagi pose istimewa dari pengantin dan pasangannya. Ambooiii...merahnya 'mak ngah'!


Iklan lagi! Muka dah tak larat selepas 4 hari bertungkus-lumus menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini, but it really worth it!


Dah muak makan nasi minyak and briayani, nasib baik majlis kat Singapura ada side dishes. Silap besar la menjamu sate, aku ni memang pantang, pantang nampak! Hehhehe...


Dalam keriuhan DJ dan muzik, selamba je Nurin tidur, penat sungguh jadi pari-pari, and this is the third day for the wedding! Hai Adik pun tumpang sekaki ke??


Masa ni cik kak Nurin dah boring + penat + tak larat, nak ambil gambar pun tak mahu, menangis macam nak rak! So belakang je la yang nampak. This is last picture, after that we went shopping sebelum menyeberangi tambak semula untuk pulang ke Johor.



Buat Syeda dan Izhar, kakak dan abang doa semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dirahmati Allah, dikurniakan rezeki dan anak-anak yang soleh dan solehah, aminnnn.....
Liputan majlis dan gambar juga boleh didapati disini :

















5 Comments:

At Thursday, March 22, 2007 11:12:00 AM , Anonymous Anonymous said...

tahniah utk pengantin.. cantik lah baju pengantin kaler oren tu! comelnye nurin jd pari-pari..

 
At Thursday, March 22, 2007 1:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : pengantin pompuan suka sgt warna coklat, so nak matchkan dgn tema, dia pilih baju warna oren, end sgt la meriah majlisnya...nurin seminggu sebelum majlis, sibuk dah asik bertanya bila nak jadi flower girl, so ni kes dream come true la nih...:)

julia : ko tahu ju, bagai nak rak pengantin menguruskan badan, aerobik, sauna, mesin exercise, diet, semua la,sbb butik kata, kalau tak takleh nak pakai baju pengantin, tapi now berbaloi sungguh, cantik kan?

 
At Friday, March 23, 2007 10:02:00 AM , Blogger mommamia said...

mmg meriah!aku tgk pun dah dpt gmbrkan kemeriahannya camne,3hari punya majlis fuhh!penat tp tgk gmbr mmg berbaloi la!grand!pengantin cantik,baju cantik,kek cantik,flowergirl cute,mak flower girl pun berseri2 hihi-aku siap gi blog adik ipar ko tgk gambar n gambar cup cakes tu la paling menggoda jiwa,noha pandaila korang buat sendiri kek sumer,kagum!aku rasa majlis kawin skang susah dah nak jumpa yg bersepakat gotong royong sedara mara buatkan persiapan,kebykan skang beli jer,tp tau la beli tu cantik n sedap mana sgt pun,buat sendiri lg menjamin kepuasan!in conclusion,majlis ni mmg grand!congrats to the newly wed,semoga berkekalan aminn..

 
At Friday, March 23, 2007 11:39:00 AM , Blogger Sya said...

Noha.. terasa nak kawin lagik.. he he jgn sebut ngan cik abang nanti cik abang jawab "Abang pun sama.."

he he he

 
At Saturday, March 24, 2007 10:38:00 AM , Blogger maklang said...

oh....majlis di JB and singapura ye...nampak betul kegemilangan nya...tahniah buat kedua mempelai!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home