Saturday, February 10, 2007

Something to share

Selepas menonton cerita Fun With Dick and Jane lakonan Jim Carrey dan Tea Leoni, aku terus tanya hubby, ada ke orang yang hidup macam ni dan Na’uzubillah, minta dijauhkan Tuhan dari berlaku kepada kami dan sesiapa pun di antara kita, aminn…

Cerita yang mengisahkan pasangan muda yang memiliki kehidupan yang bahagia dengan seorang anak, mempunyai rumah dan kereta yang mewah. Setelah 15 tahun bekerja keras, Dick telah dinaikkan pangkat malangnya selepas sehari, syarikatnya telah diisytiharkan bankrupt! Yang menyedihkan, bila dapat tahu je si Dick ni dinaikkan pangkat, Jane telah diminta berhenti kerja kerana Dick merasakan dia mampu menanggung sara hidup keluarga, Jane pula dah order contractor buat swimming pool dan pasang grass carpet lat laman rumah dan juga beberapa komitmen lain. Selepas beberapa bulan, mereka melalui kehidupan yang sukar yang memaksa mereka untuk hidup meminjam dan sampai satu tahap mereka terpaksa merompak!

Korang tahu la kan, kalau Jim Carrey yang berlakon, mesti ada unsur-unsur lawak dan kelakar but still aku boleh rasa terkesan dengan lakonan kehidupan diaorang tu. Ye la, kebanyakan daripada kita, termasuk la aku bila rasa mampu sikit je, mula fikir nak beli kereta baru, renovate dapur (this I’m heard from some of my client, pening laki dia bila bini nak dapur baru..sigh) hidup bergaya dengan pakaian atau barangan standard padahal, cash money mungkin tak sebanyak mana. Alasannya mudah je, sekarang ni dah naik pangkat atau income dah lebih, belanja je la (selalunya swipe credit card la) hujung bulan dapat gaji, bayar! So, hutang dah keliling pinggang, hidup dah mula rasa tak tenteram.

Walau macam mana pun, apa yang aku cerita ni, mungkin segelintir sahaja yang berlaku dalam masyarakat kita dan masih ramai lagi yang mampu menguruskan kewangan mereka dengan baik. Seperti kata hubby, jangan tambah masalah dalam hidup dengan masalah yang kita create sendiri dan yang paling penting, hidup dan berbelanja la semampu dan seadanya. Kalau rasa-rasa nak bermewah, boleh tak salah yang pasti mengikut kemampuan dan terus berusaha meningkat taraf kehidupan.

Cakap pasal kereta baru, memang sangat mengujakan. Banyak kali juga aku bincang-bincang dengan hubby, kononnya nak tukar kereta baru memandangkan harga kereta sekarang pun dah turun. Tapi hubby selalu kata.." nak buat apa??..." katanya cukup la kalau ada kereta tu, asalkan boleh bawa kita ke mana-mana kita nak pergi. Kalau beli yang mahal atau branded hanya untuk nampak bergaya atau puaskan hati, sampai bila?? Akhirnya, hujung bulan banyak nak bayar hutang, itu belum maintenance dan insurans lagi. Lebih baik la duit yang lebih tu digunakan untuk perkara-perkara yang lebih penting macam simpanan kecemasan atau tabung pendidikan anak-anak. HHmm...well said, tak boleh nak bangkang, ada point di situ.

Teringat juga aku kepada 13 May, katanya berapa orang yang ‘mampu pakai kereta’ dan ‘mampu milik kereta’ kerana katanya, semua orang memang mampu ‘milik’ kereta iaitu boleh beli kereta tak kira kecil atau besar murah atau mewah tetapi mampukah mereka ‘pakai’ kereta iaitu menggunakan kereta tersebut. Ye la kalau setakat beli kereta, pastu simpan kat rumah sebab tak mampu nak menanggung kos minyak, tol …etc…maknanya mereka hanya mampu memiliki kereta, tapi kalau boleh bayar minyak, boleh pergi ke sana ke mari tak kisah dengan tol naik atau tidak, maknanya diaorang ni boleh dikategorikan orang yang mampu ‘pakai’ kereta.

Berbalik kepada kisah Dick and Jane, Allah ada berfirman yang maksudnya, “Kemiskinan mendekatkan manusia kepada kekufuran”, so jelaskan kat sini, hingga sampai satu tahap tu, keadaan memaksa Dick and Jane yang pada permulaannya mencuri kedai-kedai biasa hinggakan sampai merompak kekayaan orang lain dan bank! Na’uzubillah!!! Jangan la kita semua sampai ke situasi begitu. Macam mana pun masalah dan cabaran melanda dalam kehidupan, pastinya ada jalan keluar dan sesungguhnya, manusia diberi Allah akal dan fikiran supaya berfikir dan bertindak mengikut landasan yang telah ditetapkannya.

5 Comments:

At Monday, February 12, 2007 10:21:00 AM , Anonymous Anonymous said...

aku tak tgk lg la cite ni,nnti la carik vcd,cam best jer-betul tu noha,konsep an hubby ko samala ng konsep laki aku;buat apa nambah utang semata2 nak nampak mewah,pakaila apa yg ada dulu mcm keta tu kan,ayat dia pun samala 'janji gerak boleh bwk kita sana sini,nak nambah utang buat apa?baik kumpul duit beli rumah' hihi-dan laki aku pun jenis tak suka nak nambah utang c.card,banyak mana dia pakai, byk tu jugak dia byk ujung bln,aku je ni hah yg nambahkan interest c.card dia sbb aku pakai supplementary card dia,tu yg aku slalu kena bebel tu!tp biase la kan kita ni org pompuan,nafsu tu 9,mcm2 la dlm kepala ni nak itu nak ini,alhamdulillah dpt suami yg pandai mengawal n mengurus kewangan,kalau dua2 pun sama jer suka menambah hutang semata nak hidup berlagak n menunjuk2 tu yg payah tu,worst bila dah tahap mencuri mcm opismate aku tu hah..tu sbb nak berlagak dan menunjuk2 hidup mewah la tu pdhal tak berkemampuan..harap2 la dia baca ni,sedar la pompuan oii(sori eh noha,gunakan blog ko buat pesanan khidmat masyarakat lak)hihi

 
At Monday, February 12, 2007 11:58:00 AM , Anonymous Anonymous said...

aku pun x tgk lg citer ni. btl tu, kalo blm ade rmh, better dulukn beli rmh sbb valuenye makin lama makin naik. lg pun, bapak aku slalu kata, jgn smpi ke mati, langsung x de beli rmh even sebijik.

cr card pulak, mmg patut byr abis sbb interest nye bkn straight line basis. rugi byr interest byk2.

kdg2 ikut jugak impian or interest seseorg tu. kalo semua yg basis dh cukup, boleh lah yg xtra money tu spend menda2 lain. cam pi vacation ke ape2 ke. btw, financial management tu penting. kalo duit byk pun, tp x blh manage, end of mth, papa jugak! :)

 
At Monday, February 12, 2007 12:13:00 PM , Anonymous Anonymous said...

eh, nk tmbh skit, makcik aku prnh ckp, nk simpan harta utk anak pun biar b'pada2, jgn t'lbh2, nnt anak2 x reti nk b'dikari. kita dh keja susah2, kita pun patut menikmati hasil titik peluh kita. anak2 tu, pandai2 lah dia carik harta dia bila dia keja nnt. yg penting t'jwb sbg ibu bapa mesti disempurnakn dulu.

lain pulak ng citer sorg klien aku ni. apek ni mmg dh tua jugak. asyik bukak kilang je. mmg kaya giler. lps tu htg ng bank pun byk, juta2. dia kata dia x kisah psl htg, janji dia dpt duir skrg. 1 juta dpt untung dr hutang blh enjoy. kalo dia mati htg company, biar anak dia yg pandai2 uruskan. janji dia senang skrg. hmm... smpi ati apek ni, bkn tinggalkan harta tp tinggalkan htg!

ehh.. t'over comment plak. sori ek noha. ;)

 
At Monday, February 12, 2007 4:56:00 PM , Blogger azura said...

stujuk...
cam saya, lepas habis bayar duit sang kembara ni (dalam tahun 2009), rasanya tak nak la tukar kereta dah...maintenance plus duit minyak plus duit itu ini mau pening kepala!

 
At Monday, February 12, 2007 6:01:00 PM , Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

aku ni pulak bayar keter syer 2 org pun rasa sakit gak...hehehe, tapi memang niat x nak amik keter lain dah...beban tul bila berutang bertahun tahun ni...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home