Monday, January 15, 2007

Selamat Tahun Baru!

Dah lambat rasanya nak mengucapkan selamat tahun baru masihi, dah masuk 2 minggu kita di tahun baru, banyak cerita dah basi. But anyway, masih belum terlewat untuk meyambut tahun baru hijrah this coming saturday, rite? Semoga tahun baru ni, dengan azam baru dan semangat yang berkobar-kobar bakal membakar keinginan untuk terus berusaha dan berjaya!

Lebih kurang 2 minggu aku takleh nak memblog, payah betul nak masuk blogger. Banyak cerita menarik yang berlaku sepanjang waktu itu, sambutan aidiladha, Nurin masuk sekolah dan cerita orang pregnant.

Oh ya, cakap pasal pregnant, ada sesuatu yang menarik nak dikongsi. Oppss...bukan aku yang pregnant eh...heheh...tapi Allah punya kuasakan, esok-esok kalau aku pregnant siapa tahukan? Aku rasakan, tahun 2006 tahun 'mengawan' kot? Kenapa aku cakap macam ni, sebab tahun ni 2007, bakal menyaksikan ramai kengkawan sebaya aku aku melahirkan anak, kebanyakkan anak kedua. Alhamdulillah, rezeki yang melimpah dari Allah.Hmm...nampaknya aku dah ketinggalan nih...kena cecepat kejar...heheh....

Dan segala pujian yang tidak terhingga juga pada Allah, Jon dan Mila juga bakal menimang cahaya mata pertama tahun ni. Setelah hampir 3 tahun enjoy sakan berdua ke mana-mana dan puas berusaha, buah cinta mereka akan lahir pada Ogos 2007 ni, insyaAllah.

Yang kelakar tu, bukan Mila je yang meloya, Jon pun sama uwekk sana, uwek sini...kesian pun ada juga aku tenguk, dua-dua melepek. Sepanjang minggu lepas aku betul-betul sibuk. Selepas balik kerja aku akan singgah rumah Jon, tengukkan keadaan diaorang, pagi sebelum pergi kerja pun aku singgah kejab. Keadaan Mila teruk juga, selain meloya kaki cramp dan kena elergi. Pada waktu yang sama, Jon pulak suspek denggi.

Jumaat lepas kemuncak segala-galanya, bila keadaan tak terkawal, diaorang pergi hospital. Sudahnya Mila ditahan kerana kekurangan air yang menyebabkan kencing kotor dan alergi. Nasib baik Jon tak ditahan sama, cuma kena ambil darah setiap hari untuk menguji paras platelet dalam darah. Keadaan sungguh kelam kabut, berulang alik la aku ke hospital 2 hujung minggu lepas. Mak dengan abah pun turun juga dari Johor, gembira sungguh orang tua nak dapat cucu lagi.

Alhamdulillah, hari ni keputusan ujian darah Jon semakin ok, cuma Mila je masih belum boleh keluar dari hospital. Takpe la, sekurang-kurangnya boleh berehat, cumanya tak best la berehat kat hospital.

Apa pun aku rasa lega bila semuanya terkawal, memang terkejar-kejar ke sana ke mari, dan aku bersyukur diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ni. Aku harap Jon dan Mila tabah menghadapi dugaan, ye la lama berusaha nak dapat anak, bila dah dapat dugaan lain pula yang menimpa.

5 Comments:

At Monday, January 15, 2007 2:51:00 PM , Anonymous Anonymous said...

tahniah utk jon & mila, jugak utk family ko, yg bakal mendapat ahli keluarga baru this yr.. :)

 
At Monday, January 15, 2007 2:57:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : thanks! happy sgt nak dpt anak sedara, lain rasanya dgn anak sendiri...

 
At Tuesday, January 16, 2007 10:44:00 AM , Anonymous Anonymous said...

thanks sany, milabaru 7 nak masuk 8 bulan pregnant, dah scan tapi tak nampak apa2 lagi

aku pun nak tanya pasal banjir, umah siela kat bp ok ke?

umah aku tu kalau banjir, maknanya tenggelam la bp...:) umah nenek aku ok, naik air sampai buku lali, tak ler sampai kena pindah

 
At Tuesday, January 16, 2007 10:45:00 AM , Anonymous Anonymous said...

OoPPppss.....silap daaa...7 nak masuk 8 minggu...iiskk...salah taip

 
At Wednesday, January 17, 2007 8:37:00 AM , Blogger mommamia said...

congrats utk jon & mila,n utk sefamily ko jugak noha sbb bakal menerima org baru-laaa kiranya ko tak pernah ada anak sedara lg ke?belah hubby pun baru nurin sorang ye?best la nurin ada geng pasni!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home