Sunday, November 26, 2006

Bila yang dikasihi berjauhan...

Hubby cuma pergi outstation 4 hari 3 malam, rasanya macam berhari-hari lamanya. Nasib baik la siangnya banyak benda nak buat, ada temujanji, ada kursus dan kelas, bila balik rumah tu dah letih, jadi bila malam senang je tidur.

Nurin pun tak meragam cari babah, cuma tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia mesti tanya, "Babah mana?" Bila aku kata bahah pergi work, terus senyap. Memula tu dia ingat hubby pergi kerja balik lambat, jadi bila bangun hubby still tadi dia confused sekejab. The good thing is, beberapa hari sebelum hubby pergi, hubby selalu cakap dengan dia yang hubby akan pergi Penang, maybe dia dah ready, cuma maybe juga dia lupa bila tetiba cari babah dia.

Yang tak best bila hubby takde kat rumah, rasa nak balik rumah pun malas, nak balik rumah macam takde purpose. Ye la, kalau ada hubby, balik je terus ke dapur, masak atau prepare for dinner, lepak tenguk dvd sesama tak pun ada kawan nak 'bergaduh'. Bila hubby takde, senyap je rumah.

Malam hubby balik, aku tak tunggu dia sebab esoknya nak kena bangun pagi-pagi. Siangnya pun banyak kerja aku buat termasuk mengemas rumah, jadi malam tu tidur awal. Tau-tau, terasa ada orang cium kat dahi, rupa-rupanya hubby dah selamat sampai rumah. Hmm...lega rasa hubby selamat sampai, Alhamdulillah.

Kesian kat hubby, Sabtu tu tak dapat nak berehat, pagi ada interview, balik dari interview terus balik BP. Actually hari Khamis tu mak dah telefon yang nenek dapat mild stroke, since mak kata nenek ok, kitaorang plan nak balik next week. Tapi bila pagi-pagi Sabtu mak telefon suruh balik, kitaorang pun berkemas balik. Tak nak la sesuatu yang tak diingini berlaku, aku tak nak rasa menyesal seumur hidup.

Alhamdulillah, nenek ok, masih bole bercakap, makan dan minum. Cuma tangan dan kaki sebelah kiri tak boleh bergerak. Bila dah seminggu ni dan selepas beberapa siri urutan, mak kata kaki nenek dah boleh angkat dan lipat. Lega rasa hati, aku tahu semangat nenek kuat untuk sembuh dan dari kejauhan ini, aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

Buat Mar dan Xura, aku minta maaf kerana pada kesekian kalinya tak dapat menemukan korang berdua. Pagi tu, semua makanan aku dah siapkan, akhirnya orang kampung yang makan, takde rezeki, lain kali la yek.

Buat kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan nenek, thanks a lot! Hanya Tuhan je yang mampu membalasnya.

Nenek yang dikasihi, Hajjah Juriah binti Idris, semoga cepat sembuh!

4 Comments:

At Sunday, November 26, 2006 7:52:00 PM , Blogger Nazrah Leopolis said...

dah hilang rindu blom?

 
At Monday, November 27, 2006 10:24:00 AM , Blogger mommamia said...

it's ok noha,there's always tomorrow, ada 'jodoh' aku ng zura nnti hihi-lega dgr nenek dah sihatkan?nenek sihat,cik abang pun dah blk ke pangkuan,wahh happy happy!

 
At Monday, November 27, 2006 3:44:00 PM , Blogger noha chomel said...

kak nazrah : hilang dah rindu, la ni perang je hari2....'perang' mulut je...:)

mar : ye la mar, ada jodoh pastikan bertemu eh? happy? mesti laaaa....

 
At Tuesday, November 28, 2006 10:21:00 AM , Anonymous Anonymous said...

blk lah tgk nenek ko kalo ade mase. jgn dikira duit ringgit ng masa utk org2 t'syg.. duit blh cari, mase blh disempat2kn.. tp kalo kehilangan org yg t'syg, dh x de gantinye. mase ni lah kita nk b'sama, selagi diorg masih ade. jd ape2 yg berlaku kemudian, x lah menyesal nnt.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home