Monday, November 13, 2006

Berjauhan

Orang kata, sekali sekala berjauhan, boleh menambah ikatan dan kemesraan, baru boleh tahu rindu ke tidak, baru boleh rasa dalamnya cinta...hhmmm...well, we will see, can i survive this time???

..................................................

Esok hubby nak pergi kursus kat Penang sampai Jumaat ni. This is very unusual, selalunya kursus pun kat KL je, pastu balik hari. So, ni la first time hubby pergi kursus jauh dari rumah.

Dulu-dulu masa mula-mula kahwin pun sebulan juga berjauhan, selepas tu baru la dapat pindah duduk sama-sama dengan hubby. Seksanya takleh nak kata, maklum la baru-baru kahwin, masih di alam bulan madu dan semua manis-manis dan indah-indah belaka, orang yang dah kahwin je boleh faham macam mana rasanya. Orang kata, masa ni la macam magnet, kalau bole nak melekaaattt jee..heheh..

Kali kedua berjauhan sebab dalam pantang. Tak kisah la, walau pun berjauhan tapi sebab duduk dengan mak dan abah takde la rasa sunyi sangat. Lagi pun, masa tu kalau duduk dekat-dekat pun bukannye boleh buat apa pun ;p , dengan bau jamu segala, selera pun tidak kot...heheh..

Kali ketiga, masa aku sakit mata, nak 10 hari gak aku duk kampung, masa ni memang sedih, dah le sakit, hubby jauh, Nurin pulak dok merengek mengigaukan babah dia. Nasib baik mak ngan abah ada, dan bila follow up treatment tu boleh buat kat KL, cecepat aku balik sini.

So, untuk kali keempat ni, aku tak tahu perasaannya macam mana. Aku tak biasa berjauhan dengan hubby, dah tu kali ni takde siapa-siapa temankan aku. Ikutkan hati nak je ikut hubby tak pun balik kampung, tapi aku dah ada appointments dan half day course kena pegi.

Walau pun adik aku cuma selang 5 pintu je dengan rumah aku, dan adik-adik hubby pun ada kat KL ni, mesti tak sama kan?

Aku harap, cepat la hari berlalu, cepat la datang Jumaat ni, hubby masih di depan mata ni pun, aku dah mula rindu!!

6 Comments:

At Monday, November 13, 2006 6:58:00 PM , Blogger mommamia said...

huhu,minggu lps aku puas kena tinggal,minggu ni ko lak,mmg miss kan?lagi la kita ni berdua je ng anak,kalu ada family tu lain la skit,takpe ko busy2kan diri ng nurin, so takla terasa sgt,tp kalu anak dah tido,pastu mata takleh nak lelap masa ni mula la sayu hihi-ko take care tau tinggal sorang2 tu,kunci grill tingkap sume,kalu org ketuk2 pintu jgn simply bukak ko tanya dulu sape (sempat lg aku tinggal pesanan khidmat masyarakat kat sini hihi)

 
At Tuesday, November 14, 2006 9:22:00 AM , Anonymous Anonymous said...

aku yg dh biasa kena tinggal ni pun, even 1 mlm, rase cam b'hari2 lamanye!.. x pe noha, time ni lah nk rase rindu cam mase blm kawin dulu! nk jiwang2... ;)

 
At Thursday, November 16, 2006 1:22:00 PM , Blogger azura said...

adehh...mmg seksanya berjauhan...
saya kalau outstation or bermalam kursus kat luar kl, mesti pinjam mior punya kain pelikat busuk hihihihi

 
At Thursday, November 16, 2006 5:11:00 PM , Blogger noha chomel said...

mar : sejak an takde, balik umah kunci pintu, tak keluar2 sampai esok pagi, beli makanan atau brg nak masak siap2, malam pun tido awal. so far ok, nurin pun setakat tanya je babah dia, takde merengek ke apa..Alhamdulillah

xura : betul la xura, satu malam pun dah rindu!!!...hahahaha....tapi aku cakap kat an aku bukan rindu, cuma takde kawan nak bergaduh..dia bengang je...heheh

julia : dont worry ju, aku punya handset mmg line, susah kalau prepaid, nak call out anytime

jon mmg ada offer tido umah dia, tapi takpelah, aku lebih selesa kat umah sendiri

zura : aikk...melampau nih, tu belum kawen, kalau dah kawen, rasa la nanti macam mana. abg an ada gak tinggalkan baju yg tak basuh, just in case takut nurin demam ke..tak pun takut mama dia yang demam...huhu...

 
At Friday, November 17, 2006 11:05:00 PM , Blogger Ely said...

awwww, kan org tuh dah balik dah.

sama lah mcm i, kalau kita berjauhan, beribu2 batu sebab i kat singapore dan dia kat sini. rasa mcm mandi tak basah mkn tak kenyang, tidur pun tak lena. kalau dah dekat asik nak gaduh jer hehehe.

 
At Sunday, November 19, 2006 10:03:00 AM , Blogger Nazrah Leopolis said...

first, oi ely ..apa kau buat sini...cium sikit!

noha, biasalah kalau kita isteri-isteri manja kan..yg masam pun jadik wangi kalau dah tak tidur sama satu malam eh? kalau i balik lebih dari pukul 10 malam pun dah rindu. sabar eh...kalau sunyi2 mari yahoo dgn isteri-isteri manja lain eh? that's what i do. kan ely kan?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home