Wednesday, September 27, 2006

Coretan di awal Ramadhan

Awal ramadhan kali ni, aku sambut kat JB dan Singapura. Bertolak hari Jumaat petang dan sampai hampir tengah malam. Sepanjang jalan Nurin tidur bila sampai rumah, mata dah terang benderang, pukul 3 pagi baru tidur balik!
Sabtu pagi ikut mak mertua membeli belah barang basah kat pasar tani, balik tu tolong Kak Supi pulak mengemas kat dapur. Petangnya pulak, mak mertua ajak pergi ambil gambar untuk hari raya katanya. Sebelum tu dia dah belikan Nurin sepasang baju raya, apa lagi melaram lah anak dara sorang tu.
Baju raya Nek Wan belikan, pakai untuk ambil gambar raya, kan main si kenit nih, keluar masuk, keluar masuk sibuk tanya orang dah siap ke belum.

Sampai kedai gambar, dia lak trauma, Dulu-dulu kitaorang pernah juga ambil gambar untuk raya di studio, menangis sakan dia, tak sangka dah besar pun masih trauma lagi, takut kut ditegur dek Uncle Heng yang macam rangka bergerak tu...heheh... Masa ni Cik Ana tengah memujuk Nurin, orang lain semua dah ready.


Well, she did a good job, thats why mama kena belanja aiskerim!!...Huhuhu.... Akhirnya berjaya juga Nurin diambil gambar, tapi macam-macam la kena janji kat dia.

.........................................................

First day puasa, pagi-pagi lagi dah bertolak ke Singapura, dah janji dengan Nek Wan nak berbuka puasa di sana. Sampai sana semua orang tengah masak, kitaorang rehat kejab, lepas Zuhur Cik Ana, ajak pergi Bugis Junction naik MRT. Sejak aku kawin, tak pernah berjalan di Singapura kecuali ke Zoo, jadi kali ni excited la sket. Kitaorang pergi berenam dan babah siap-siap bagi 'bekalan', mana la tahu ada yang berkenan di hati nanti.

Nurin paling excited, walau pun batuk tak baik lagi, bukan kisah apa. One thing yang aku terharu sangat, orang Singapura ni prihatin sungguh, 2 kali aku dioffer tempat duduk sebab bawak si kecil tu.

Hubby, Cik Ana, Cik Syeda dan Cik Syika dapat kasut raya, mama dapat br*. Apa?? Br*...heheh..yes people, punya la jauh berjalan, itu yg aku beli, bukan apa tengah sale, lagi pun harga dia jauh lebih murah dibandingkan kat Malaysia, jangan marah Triumph lagi tuh...hehehe

Sampai rumah dah dekat 6.30 ptg, orang kat rumah dah sibuk berhidang. Pergghhh....makanan dia, macam-macam ada! Nasib baik la aku terlupa nak ambil gambar, sebab sibuk sangat melayan Nurin. Ada bubur lambuk, makaroni sup, shatsuka dan roti, ayam goreng, soto, nasi margerin, ayam golek, popia, samosa, kuih talam keladi dan karipap. Huhh!!..rasa cam kat bazar ramadhan je. Lepas solat Maghrib, keluar pulak cooktail dan berry pie. hhmmm...nasib baik la sekali je dalam sebulan buka puasa kat sana, kalau tidak......

Second day puasa, dah balik rumah sendiri, tak sempat nak masak apa-apa sebab kereta rosak, hubby beli kat pasar malam je. Malamnya lepas terawih, kitaorang pergi pasar borong, beli stok makan untuk berbuka. Semalam dapat la berbuka dengan masakan di rumah. Hubby teringin makan ikan pari msak pecal, pastu aku buat sambal belacan untuk makan dengan ulam dan sawi jepun masak sos tiram. Kuih-muih pun beli je. Kalau berbuka kat rumah sendiri ni memang simple je, maklum la yang nak makannya pun berdua.

Sejak tahun lepas, kitaorang bangun sahur makan kurma dan minum air masak je. Tak larat nak masak segala, hubby lak lebih suka melayan mata. Kecuali kalau balik kampung, baru la bersahur proper sket.

Dah 4 tahun aku kahwin, tahun pertama dan kedua beli makanan kat bazar ramadhan je, sebab masa tu pregnant dan ada anak kecik. Last year, baru la nak try masak juadah berbuka, so this year pun sama, rasanya dah tak larat nak tenguk lauk pauk kat bazar ramadhan tu...muak!

Terawih last three years, ok lagi, sebab Nurin biasanya dah tidur seawal pukul 8 malam, cuma kali ni la berbeza sket. Kena melayan dia, nak solat dan mengaji. Bila dah besar ni, apa kita buat dia pun nak ikut sama.

"Mama, Nurin nak ngaji, mama ajar, ok?"


"Bismilah ni na man, ni na min.... Allah hum ma sik kana..." Laaa.... dia baca doa makan la pulak. Bila aku ajar Iqra', 2 min je bertahan, lepas tu sibuk nak buat benda lain...iiskk....

10 Comments:

At Wednesday, September 27, 2006 12:17:00 PM , Anonymous Anonymous said...

bazaar ramadhan kat sini dh x nmpk makanan, nmpk org je! x larat nk b'himpit2.

btw, cantik lah baju pink nurin tu!

 
At Wednesday, September 27, 2006 12:20:00 PM , Blogger noha chomel said...

xura : tu yang malas nak pegi bazar ramadhan, nasib baik la an tak kisah masak simple2, cuma kuih muih je beli sket

kalau baju budak kecik cantik, ko patut tgk baju utk mak budak, cantik betul!...heheh...peruntukkan je takde, ingat nak gak beli selai...

 
At Wednesday, September 27, 2006 2:28:00 PM , Blogger Jo Kontan said...

shatsuka tu mender Noha ?

 
At Wednesday, September 27, 2006 2:50:00 PM , Blogger Fara said...

comelnye nurin ... aku x sbr nk ajar lydia ngaji gak .. hehe smlm gi kedai buku beli iqra, dah habis plak .... :-)

 
At Wednesday, September 27, 2006 3:08:00 PM , Blogger noha chomel said...

en jo : shatsuka tu daging cincang yang dibaked, sedap di makan dgn roti perancis, for more info singgah sini : http://sahak21.tripod.com/resipi/2001/shat.htm
siap ada gambar lagik

fara : iqra' tu turun temurun cik syiqa punya, nurin ni byk dapat brg turun termurun

 
At Thursday, September 28, 2006 5:25:00 AM , Blogger Idham said...

:) noha..

ok tu bunyi macam pelayaran ramadhan noha dan family masih bertahan dari taufan gelora lautan godaan segala macam...

psst, kalau lepas sahur buat apa? tidur balek ka?

:)

idham

 
At Thursday, September 28, 2006 10:29:00 AM , Blogger mommamia said...

comelnya nurin pakai telekung,n aku gelak baca doa mkn nurin hihi,bagus nurin pandai baca doa,terang hati budak ni,kecik2 dah pick up dah-aku pun sama cam ko,main menu aku masak cam kuih2 ke air ke aku beli,badan larat ok la,kalu tak larat bazar ramadhan gakla jadik pilihan hihi

 
At Thursday, September 28, 2006 12:46:00 PM , Anonymous Anonymous said...

abang id : nasib la bulan puasa, taufan gelora lautan godaan boleh di tepis-tepis.. *wink*

lepas sahur tunggu subuh, lepas solat, kekadang tido la kejab barang 10-15 min, pastu bersiap la apa yg patut

mar : sebenarnya mar, dari baby lagi dah ajar doa-doa ni, baru sekarang dia menangkap, bila dah dpt tu, tak kira masa, pegang surah yasin ke, iqra' ke dia bantai gak doa yg sama. ni aku tak citer la gi pengaruh kartun pada nurin..iiskk..pening mama dia

 
At Thursday, September 28, 2006 6:16:00 PM , Blogger Cik Ana said...

eh asal cik ana die mcm cun eh dlm gmbr tu? muerhaha

eh btw kn.. ahah.. ana tgk gmbr nurin blaja ngaji tu kn.. mcm pengantin nk sign surat nikah aje!! ahaha.. dgn telekung renda2, kilat2.. pastu cara pegang pen dgn inai di jari lagi.. buku atas bantal.. kehkehkeh.. pengantin muslimah tu!!

muerhahahahahahha

 
At Monday, October 02, 2006 9:06:00 AM , Anonymous Anonymous said...

adoii cik ana, tolong la, mama nurin nak muntah ni, kang batal pose pulak....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home