Tuesday, September 12, 2006

Life of makan-makan..

Aku ni kalau bab menjamu orang cukup suka, sementelah plak aku pun suka makan-makan. Bila ada rezeki lebih ni, terasa lak nak bagi orang makan. So, aku pun planned la nak buat nasi lemak menjamu kengkawan hubby kat opis.

Maklum la selama ni pun aku dok melepak kat opis hubby, guna internet, takde diaorang bising-bising, diaorang terima aku seadanya, lagi pun aku tak ke hulur hilir sana sini dalam opis tu, aku cuma tumpang sebelah meja hubby, paling-paling pun aku baca paper kat resource center.

So, this is kind of appreciation la gitu, kalau diaorang bole berlebih kurang, apa salahnya aku pun macam tu jugak, betul tak?


Pasni bole business jual nasi lemak lak, eerr ada sape2 nqak tolong jualkan??...heheh...kata officemate hubby, seringgit pun laku ni dan diaorang puji sambal tumis sedap!... (kembang jab hidung, b*ntot dan sewaktu dengannya...heheh)

24 bungkus untuk 24 orang, tak termasuk untuk aku, Jon, Mila dan Nurin...phheewww...nasib baik cukup! Ngam-ngam je...eerr...actually hubby pegi beli lagi 3 bungkus nasi lemak kosong...huhuhu....


................................................................


Sabtu lepas, kawan sebelah katil aku masa kat sekolah asrama dulu datang umah, puas gak mikir apa nak masak, kalau bole nak masak yang senang-senang dan semua main humban je. Last-last aku ingat buat laksa la senang, tinggal ikan je la yang remeh sikit. But hubby gave me this brialliant idea, 'Guna la ikan sadin dalam tin, kan senang!??'..hhmmm...ok gak tu. With that idea, aku masak kuah laksa plus potong memotong ulam-ulaman tu, satu jam je dah siap! Bagus kan, bole la aku mandi dan relek-relek sementara tunggu As datang.

Sronok makan-makan sampai lupa nak ambil gambar As sekeluarga...heheh...

Kuah laksa. Tengah-tengah masak, tenguk api merah je, agaknya gas dah nak abis. Kuah kurang kick sebab kurang pedas, nak buat pedas-pedas kesian lak kat Nurin.

Mee laksa dan segala ulam-ulaman, nenas je tak dpt cari, tapi ok la tak cukup bahan habis juga laksa ku ini.

9 Comments:

At Tuesday, September 12, 2006 11:00:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

hmm... sedapnye nasi lemak tuh! nasi lemak buat sendiri mmg feveret aku.. citer psl nasi lemak, ingat x mase aku buat mkn2 nk konvo kat rmh serdang dulu? lin nk t'langgar kamera mase nk ambik gmbr. nasib baik x jatuh kamera tuh!

eh, x prnh pulak buat kuah laksa guna ikan sardin. sama je ke rasanye?

 
At Tuesday, September 12, 2006 11:08:00 AM , Blogger noha chomel said...

xura : nasi lemak buat sendiri mmg best, tang mana yg best, tangs ambal dia la, nak tambah braoe byk pun takpe... aku kalau pi mana2 pun, sambal nasi lemak sedap, SEDAP la nasi lemak tu... sebab tu aku tak setuju nasi lemak a*tarabangsa yang diaorg gembar gembur kan sedap tu, pada aku tak sedap langsung, sambal dia rasa cam cili boh kurang masak! ntah apa la yg best sgt sampai sanggup org q panjang berjela2 senata-mata nak makan kat situ

tak rasa pun sadin dia, sebab daun kesum dan bunga kantan tu dah buat kuah laksa tu wangi. semestinya la ikan segar lagi sedap dan manis, ni sebab nak cepat belasah je la...

 
At Tuesday, September 12, 2006 3:40:00 PM , Blogger mommamia said...

adui..terlioq tgk nasik lemak noha!dahla aku skang ni gila baham nasik lemak,tang sambal tu mmg mcm best,fuhh dgn pekat merahnya,mesti kaaaww!aku tenung je gambar nasik lemak ni noha,cam dpt membygkan ke kaw'annya hihi-aku mmg kagum ng ko la noha,respek pun ada,pd aku susah nak jumpa ibu2 muda skang ni rajin cam ko,sibuk didik anak,sibuk kerja but stil ada masa masak n menjamu kwn2..betul aku cam kagum sgt ni,n tak ramai gak berkesedaran bila dpt rezeki lebih tu nak berkongsi n bersedekah,semoga segala kebaikan dan keikhlasan ko dibalas ng rezeki yg lg berganda insyaAllah-hah ckp psl nasik lemak international tu kan,mmg haram tak sedap,biase je la harap mahal je lebih,org kata nasik lemak dah jampi dgn spenda hihi ntah laa..

 
At Tuesday, September 12, 2006 4:50:00 PM , Blogger noha chomel said...

mar : abih basah dah ke keyboard tu??..hehe..sori ler meng'kecurkan' air liur ko. bebila ko terasa nak makan nasi lemak, bagitau le, nanti aku bole buatkan...

kalau ikutkan sibuk, mmg takde masanya nak buat, ni pun periuk belanga aku tinggal je macam tu, kang balik ni aku basuh le, thanks tu hubby sebab dia yg tolong masukkan telur, timun dan sambal. dia juga la yang tutup dan masukkan dlm plastik, kalau an tak tolong, kelam kabut gak aku dibuatnya

Rasullah penah kata, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima dan Allah pernah kata, kalau kita tak kedekut membelanjakan rezeki (ke jalan Allah la of course)Allah akan melipatgandakan rezekinya pada kita. and its true INDEED!

berdasarkan pengalaman aku dulu, susah macam mana pun, kekadang tu rasa dah sengkek yang amat, duit kat purse tinggal beberapa ketul je, kat bank dah illek, tapi sementara nak tunggu gaji masuk tu, Alhamdulillah, cukup jeee, jadi selagi berbelanja dgn niat kerana Allah, jgn risau, RM1 yang keluar RM10 yang masuk, insyaAllah!!

dan yg paling penting sekali, jgn lupa berterima kasih pada-Nya dengan cari solat syukur, bersedekah dan selalu la solat sunat dhuha dan tahajjud (cuba la cari masa utk buat, kalau sibuk sgt pun).

ada satu motivation speech oleh seorang paderi, dia kata apa juga agama kita, setiap usaha mesti disertai dgn doa dan 'giving thanks before they are recieved' maksudnya (aku amik dari segi Islamnya) apa salahnya kita buat solat sunat syukur terlebih dahulu atas apa juga kurniaan kebaikan/rezeki sama ada yg lepas, sekarang atau akan datang daripada dah dapat baru nak berterima kasih. so, ini la yg aku cuba praktikkan sekarang. lagi pun benda baik, apa salahnya kita buat selalu.

kat sini, bukan aku nak membangga diri, tapi apa yg aku tulis kat atas aku dah dan masih lagi mempraktikkan, Alhamdulillah, kesannya sedikit sebanyak aku dah rasa, so why not im sharing it with all of you, bak kata orang kalau senang tu bior le kita kongsi sesama. nak memulakannya mmg payah, tapi cuba la pelan2, its worth trying tau!

aiiseyyy....panjang lebor la plak, jadi cam entry sudahnya..hehehhe....

 
At Wednesday, September 13, 2006 11:46:00 PM , Blogger azura said...

adeh...lamanya tak masuk sini...
dah bnyk yang miss rupanye ni... :(
kak noha, bila nak masak2 bawak mardi plak?
ana (ur sis-in-law) ada jual cookies tak untuk raya ni? nak order!

 
At Thursday, September 14, 2006 1:39:00 PM , Blogger Fara said...

aku mmg tabik kat ko Noha!!! blog ko salu buatkan aku terliuq!

 
At Friday, September 15, 2006 11:17:00 AM , Blogger noha chomel said...

julia : bebila nak dtg bagitau la, bole aku buatkan... try la solat sunat syukur in advanced tu, bukan susah 2 rakaat je..

zura : awak sibuk, takpe la...nanti dah releks2 bley dtg lagi, btw akak dah linkkan zura kat dlm blog akak.

fara : tq, biasa2 je tuh, ko pun sekali sekala masak, up la gambo... eerr...btw, jgn sampai keybord basah sudah la..heheh

 
At Sunday, September 17, 2006 2:12:00 AM , Anonymous Anonymous said...

zeed ; sabo dikk.... nanti sampai sini, order je ek...

 
At Tuesday, September 19, 2006 1:31:00 PM , Blogger Selipar Jepun said...

noha, terliurnya tengok nasi lemak mu ittew... nak mintak resepi sambal boleh ker?

Noha ni bab2 masak memasak memang terror...org johor la katakan...

turun2kan lah ilmu tu kat sini....boleh kite cuba ramai2... tentu banyak pahala noha..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home