Wednesday, August 02, 2006

Aduuhhhh....... : Part 2

Sabtu, 29hb Julai 2006

Pagi-pagi aku dah keluar dari rumah di Gurney, ada booth di UPM, aku kena ada kat sana sebelum pukul 7.30 pagi. Jalan clear je pagi tu, tinggal nurin dan babah dia kat rumah.

Sampai UPM, set up booth, edarkan borang, bila semua peserta kursus dah masuk dewan untuk dengar ceramah, aku pun pergi toilet. Bila buka je seluar dalam, ehh...macam ada something, tenguk-tenguk rupanya bisul dah pecah!!

hmm...patut la pagi tadi bangun dah tak rasa sakit sangat, rupa-rupanya dah sampai masa dia. Susah hati aku di buatnya, terus aku cancel nak buka booth sampai malam, petang pukul 6 aku dah on the way back to Gurney.

Malamnya, aku tak tahu nak buat macam mana dengan bisul ni, nak picit tak nampak sangat, kena pakai cermin, tak puas pulak. Bila dok ke hulu ke hilir susah hati nak buat macam mana dengan bisul ni, hubby tegur. Sekali tu dia offered lak nak tolong 'dressing'kan....

Alahai, terharu aku dibuatnya, selama ni aku je yang jaga dia kalau dia sakit dan kebanyakkan cerita pun isteri je yang selalu jaga suami, tapi kali ni hubby pulak yang jaga aku. Hubby tuam dengan tuala panas pastu tekan bisul tu bagi keluar nanah dan darah, tak pulak dia geli.

Apa pun, aku rasa bersyukur, hubby seorang yang bertimbangrasa. Dalam business pun hubby banyak beri bantuan dan sokongan, hantar pergi jumpa client, jaga nurin bila aku jumpa client dan moral support yang tak pernah putus, Alhamdulillah. Doakan aku hubby akan sentiasa berada di sisim tak kira waktu susah mahu pun senang...amiiinnnnn...

5 Comments:

At Friday, August 04, 2006 1:02:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Noha... make sure bisul tu tak datang balik. Baik ke klinik utk buang ibunya.

 
At Friday, August 04, 2006 11:27:00 AM , Blogger mommamia said...

noha,next time kalu kena bisul ko gi kedai ubat cina,diaorg ada jual plaster yg dah dibungkus ng ubat2 herba,so plaster ni tampal kat bisul nnti dia bg kecutkan bisul ng kuarkan 'mata' bisul tu skali, ni aku dpt dr kwn aku kes sama ng ko gak kena bisul kat 'toot' hihi-baiknya hubby dia,tu la baru hubby yg betul2 syg bini,jgn part2 'best' je nak,part2 kureng best buat2 tak tau je hehe

 
At Monday, August 07, 2006 3:58:00 PM , Blogger Jo Kontan said...

aku doakan engko supaya hubby senentiasa berada di sisi dikala senang atau pun susah.


Amiiiin

 
At Tuesday, August 22, 2006 8:40:00 AM , Blogger Selipar Jepun said...

macam tu lah suami mithali.. susah senang kita bersama. Tolong menolong... siang2 abang tolong noha..malam karang noha pulak tolong abang..hehehe

 
At Tuesday, August 22, 2006 12:06:00 PM , Blogger noha chomel said...

julia : alhamdulillah!

mar : ok mar, tq, nest time aku carik, but harap2 takde la next time tuh...heheh

en jo : thanks, aminnnnn..*smile*

kak SJ : kali ni memalam takleh nak tolong, sakiiitttt...heheh..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home