Sunday, May 14, 2006

Sekali harung.....

Dekat sebulan tak update....hampir lupa aku ada blog...hehheh....kalau dulu bole la dikatakan everyday update, sekarang ni takde masa, ada benda lebih penting untuk didulukan selain dari memblog. Jadi bila berkesempatan untuk memblog ni, apa yg berlaku lately ni, aku nak cirita kat korang.

Macam biasa, lepas subuh, aku sambung tido balik, bukan selalu dapat buat macam ni. Hubby kejut pukul 7.50 pagi, kata mak mertua nak cakap dengan aku. Terkejut gak aku, ye la pepagi dah telefon. Rupa-rupanya dia nak ucapkan Selamat Hari Ibu. Hehehh...actually, last week aku dah ucapkan pada semua orang yang bergelar ibu. Masa tu aku ingat sambutan Hari Hari Ibu tu, Ahad lepas. Takpe la, seminggu awal, jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan juga Selamat Hari Ibu ni untuk kengkawan blogger yang bergelar ibu, buat Zura, Mar, Fara, Siela (Sany, ko tolong sampaikan yek), Julia dan semua-semua sekali la ...maaf la sekiranya tak menyebutkannya di sini, aku ni mengejar masa!

Akhir-akhir ini, tak banyak masa dapat bersama-sama dengan Nurin. Pagi petang siang malam, ada peluang business, aku dan hubby tak toleh kiri kanan. Selagi daya selagi sihat, kami bekerja keras. Bukan untuk sesiapa pun, untuk family juga. Tapi anak sekecil Nurin, apa la yang dia tahu. Antara ayat-ayat yang selalu buat aku sebak;

"Mama dah work?....dan cukup?" (Mama dah habis kerja?)

"Mama ni, asik work je"

"Bila mama dah work, nanti kita..bla..bla...bla.."

"Nanti mama amik Nurin ye" ni bila aku hantar dia kat babysitter.

Tapi tu la, aku kuat hati dan semangat, sebab apa yang aku buat ni semuanya untuk kebaikkan dia juga satu hari nanti. Jadi bila semalam ada peluang untuk bersama-sama dengan Nurin dan kebetulan Ana dan Syeda pun ada, kitaorang pegi main bowling. Lama betul tak main, 2,3 tahun ada rasanya. Sekali main sampai 2 game, habis sakit badan! Dan yang paling aku suka, aku dapat menggembirakan Nurin, my ever sweetheart ni, seronok dia berlakon kengkonon main bowling. Bila sampai rumah malam tadi, pengsan kepenatan!

Kek baulu berperisa oren ni, aku buat last week, kekonon nak bawak pegi rumah Dayang for tea, end up tak sampai separuh pun yang boleh dibawa, bukan apa, tak sabar sangat nak keluarkan dari loyang, hancur kek baulu tu aku kerjakan!

Ini pulak udang masak black pepper. Saje cuba-cuba, jadi pulak. Aku memang suka memasak dan mencuba pelbagai resepi, tapi dengan masa yang terhad sekarang, mencuri-curi juga masa untuk hobi yang satu ni.

Yang ni paling simple, ulam bendi dengan tomato, curah je sambal atasnya. Aku memang suka tomato especially kalau makan mentah, buat ulam, atau buat inti sandwich.

Walau pun sibuk, aku cuba juga mencuri masa untuk bersama-sama dengan Nurin, ajar membaca ABC, 123 atau melukis dan mewarna. Semalam bila aku surh Nurin lukis orang, ini la hasilnya. Memang la tak macam orang betul pun, but aku rasa untuk kanak-kanak 3 tahun 3 bulan, its make sense! Kalau korang perhatikan betul-betul, ada mata , hidung, mulut, tangan, kaki and even rambut yang tercacak. Cuma badan je takde shape...heheh...Takpe la, satu kemajuan untuk Nurin, and I'm very proud of her!

6 Comments:

At Monday, May 15, 2006 9:08:00 AM , Blogger Fara said...

happy mother's day to u ... :-)

 
At Monday, May 15, 2006 12:49:00 PM , Anonymous Anonymous said...

slmt hari ibu utk ko jugak..

dun wori, bila bsr nnt, nurin akan paham ape yg ko buat adalah pengorbanan seorg ibu utk anak yg disyginye!..

 
At Monday, May 15, 2006 4:16:00 PM , Blogger mommamia said...

selamat hari ibu noha, besar jasa dan pengorbanan ko n hubby esp berkorban masa demi nurin,takpe la bak kata zura harap2 nurin paham satu hari nnti n semoga segala usaha dan pengorbanan ko n hubby berbyrinsyaAllah..aduh rindu betul nak tgk gambar mknan dlm blog ko ni,udang tu nampak sedap la!nak try nnti,camne resipi dia tu?

 
At Wednesday, May 17, 2006 9:19:00 AM , Anonymous Anonymous said...

fara : tq dear!

xura : tq zura. aku takmo apa-apa dari nurin, aku nak cuma dia faham apa yg aku buat ni mmg tanggungjawab aku sebagai ibu dan of course aku nak bagi yg terbaik untuk dia.

mar: thanks mar, bukan aku je, sebenarnya semua ibu dan bapa sanggup berkorban apa saje especially untuk anak tercinta, betul tak?

udang black pepper tu senang je
memula tumis bawang putih, pastu masukkan carrot
buh garam, oyster sos, buh air
pastu buh udang dan black pepper
kalau nak pekat, buh tepung jagung
jgn tumis udang tu lelama, dah merah terus angkat, nanti udang keras dan tak fresh lagi
opss lupa lak, sebelum matikan api, tabur daun bawang yg di potong seinci-seinci

try la, senang je, main campak2 dan siap! bole makan ngan nasi, bole gak makan ngan roti

sany : tq sany, pasal kedai kat johor mmg ada dlm perancangan, cuma bukan sekarang, skang ni nak pulun kumpul modal. eh,ko tak nak join ke, bole buat side income. ye la. rezeki yg ada ni, takmo la makan sensorang, kalau bole share kiat share la sesama

ailin : aduhai ailin...sori ler bebayak, i didnt mean not to reply ur email. tapi ingatkan nak jumpa la my auntie tu dulu to get the info, sampai sekarang tak jumpa2 dia lagi. but as far as i concerned, mmg semua anak dia lahir malaysia, cuma i tak berapa pasti masalah dia tu jatuh pada kategori yang mana. if i dapat jumpa dia and get the info, i'll tell ya, ok? happy mother's day!

 
At Friday, May 19, 2006 2:02:00 PM , Blogger AuntyN said...

Happy Mother's day to you too, Bak sikit kek baulu nampak so yummy lah hehehe

 
At Saturday, February 17, 2007 1:55:00 AM , Anonymous Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it » »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home