Monday, February 27, 2006

Hadiah hari lahir


"Aisey, rasa nak k*ncing la pulak " Aku menoleh sekilas ke arah jam dinding, baru pukul 4.20 ptg.

"Jab lagi la, abis sket la, pastu bole la pergi toilet dengan pergi solat sekali" getus hatiku.

Buffer yang aku buat hampir siap, aku pun angkat semua peralatan yang dah digunakan untuk dibasuh. Dalam perjalanan nak ke sinki, tiba-tiba aku terasa ada air hangat yang mengalir di celah-celah kelengkangku.

"Eh, apsal aku takleh tahan nak k*ncing ni?"

Aku rasa panik, air apa yang keluar nih dan apa yang aku harus buat. Kat lab masa tu cuma aku dan seorang labmate yang baru je masuk keje 2 bulan, labmates yang lain masih sibuk bekerja walau pun sudah hampir waktu balik sebab ada samples baru sampai.

aku capai handset, terus called mak. "Mak, ada air keluar, warna jernih" masa tu suara macam keluar tak keluar je.

"Eh kak, biar betul ni, air ketuban ke?"

Bila dengar mak aku kata macam tu, aku dah rasa seram sejuk. Maunya tak seram sejuk, due aku patutnya 8hb April, sekarang ni baru 26hb Feb, macam mana ni....


*******************************************


Aku melangsungkan perkahwinan pada 15hb Jun 2002 sehari selepas hari lahir hubby. 3 bulan selepas nikah aku disahkan pregnant 2 bulan. Perasaan aku masa tu bercampur baur, suka sebab akan mendapat buah cinta kami, sedih sebab aku rasa macam belum cukup bersedia fizikal dan mental.

Walau macam mana pun aku mendapat sokongan yang tak berbelah bagi dari keluarga kedua-dua belah pihak, maklumlah anak aku nanti bakal menjadi cucu pertama untuk 2 buah keluarga, juga cicit pertama untuk nenek-nenek kami. Hubby juga gembira, walau pun debaran untuk menyambut anak sulung tak dapat disembunyikan.

Pengalaman mengandung sulung bagi aku amat memeritkan. Bagi trimester pertama, aku bagaikan tak bole nak menjamah makanan, apa yang masuk pasti akan keluar semula. Masuk dapur lagi menyampah, tak bole cium bau nasi yang sedang tanak atau bau minyak untuk menggoreng. Masa tu, kalau mak aku datang, aku cukup suka, sebab mak akan mengambil alih tugas aku memasak. Yang paling teruk tu, bau hubby pun aku nak termuntah. Bukan dibuat-buat, tapi ntah la. Kesian hubby, mandi la banyak kali sehari pun, pakai la bertong-tong minyak wangi, pada aku, bau dia tetap busuk!

Paling aku tak suka waktu makan, aku lapo sangat, tapi bila makan mesti kuwa balik, sampai satu tahap tu, aku nak juga makan, aku makan macam nak rak, pastu dekat setengah jam aku kat toilet, muntah! Apa yang bole masuk, cuma air sejuk dan buah-buah terutamanya nenas (pelikkan?). Aku takde mengidam yang bukan, Cuma ada sekali tu, aku teringin nak makan cekodok pisang, kawan aku punya la baik ati, dia citer kat mak dia, esoknya, 2 plastik cekodok pisang mak dia bekalkan! Hubby pulak yang suka makan asam, kekonon belikan asam untuk aku, tapi dia yang habiskan..heheh…Oleh kerana aku tak brape selera untuk makan, banyak hari aku berpuasa, hinggakan bulan Ramadhan ujung tahun 2002 tu aku dapat berpuasa penuh.

Oleh kerana tak banyak makan, badan aku susut mendadak, walau pun kandungan aku telah memasuki 7 bulan, perut masih kecil dan ramai yang tidak menyedari aku pregnant. Mungkin kerana aku masih memakai baju kurung dan baju kurung yang mak aku buatkan semuanya besar-besar sebab tu ramai yg tak sedar aku preganant.

Seronok membeli belah baju pregnant tak berbaloi kerana aku sempat pakai baju-baju tu Cuma 2 minggu je. Tak sempat nak melawa, tapi takpe la, aku simpan elok-elok baju tu, nanti kalau pregnant lagi bole la aku pakai.

Setiap kali pegi antenatal check-up, mesti dr tegur, sebab berat aku tak byk naik, sekurang-kurangnya 2 kg sebulan, tapi aku Cuma naik 500 gm ke 1 kg je. Tensen gak, tapi nak buat macam mana, masuk bulan ke 5 pun aku masih muntah-muntah. Bila dah ok sikit, nak makan byk dah tak bole pulak, sebab perut jadi kecik dek kerana baby amik space byk.

Walau macam mana pun, aku cergas masa pregnant, mana taknya, tiap-tiap hari naik turun tangga, maklumla rumah kat tingkat 4. Kat tempat keje plak, keje aku memerlukan aku berjalan ke sana ke mari, tak bole duduk diam aku ni masa pregnant. Maybe tak rasa letih sebab perut pun kecik je.

Keadaan aku yang aktif, menyebabkan aku aku selalu keletihan dan kadangkala rasa sengal-sengal belakang perut jadi keras semacam. Tapi aku buat tak pedulik sebab aku ingat semua tu terjadi sebab aku aktif dan banyak buat kerja. Sehinggalah satu hari air ketubanku pecah di lab sebelum sampai waktunya.

***************************************************************

Selepas telefon mak, aku telefon hubby pulak, hubby panic bila tahu air ketuban aku dah pecah. Kebetulan masa nak hantar aku ke hospital, kenderaan banyak sebab semua orang bersesak-sesak nak balik. Habis semua orang disumpah seranah dengan hubby. Aku masih releks lagi sebab takde la rasa sakit.

Sampai kat hospital, bila bidan buat pemeriksaan, laluan kelahiran dah buka hampir 3cm dan dia tanya aku,

"Adik ada rasa sakit tak?"

"Ntah, tak tahu rasa apa ni, perut macam keras, tapi takde la sakit sangat"

Dia pun buat pemeriksaan dan berkata :

"Adik, ini contraction ni, adik dalam proses nak bersalin sekarang ni"

Hah!...jadi selama 2 hari sebelum ni, aku rasa sakit ‘semacam’ tu, rupa-rupanya tanda sakit nak bersalin. Kata doctor, kalau dari awal aku buat pemeriksaan, dia akan redakan sakit tu dan beri aku cuti rehat, supaya aku tak bersalin sebelum tiba masanya. Apa yang berlaku sekarang, walau pun kandungan aku baru 34 minggu, baby mesti dilahirkan kerana air ketuban dah pun pecah.

Nasib baik la mak mertua aku ada kat KL masa tu, jadi aku dengan hubby menurut je segala saranannya, apa yang terbaik buat kitaorang. Pihak hospital Azzahra tak berani menanggung risiko premature baby sebab diaorang takde ventilator, takut kalau baby aku lahir tak bole bernafas. Tanya Putrajaya dan Kajang pun takde ventilator yang tidak digunakan, semuanya full utilized. Hampir setengah jam mak, hubby dan pihak hospital berbincang, akhirnya aku dihantar ke Ampang Puteri. Apa lagi ber’ne no, ne no’ la aku ke Ampang Puteri dihantar dengan ambulan.

Sampai kat sana dah pkul 10 malam, bukaan baru 4 cm, doctor kata, lama lagi aku akan bersalin. Jadi aku dengan hubby sempat la tenguk tv, Kisah Benar dan Wrestling kat bilik bersalin tu. Dalam pada tu sempat juga aku tidur sekejab-sekejab sebab lama sangat nak tunggu buka hingga 10 cm.

Hingga pukul 2.45 pagi, baru la aku rasa kesakitan yang amat sangat, rasa nak meneran pun ada, tapi bidan kata baru je 9 cm buka. Akhirnya pada 3.13 pagi, 27hb Februari 2003, selepas 3 kali aku meneran, lahir lah Nurin Salma, buah cinta aku dan hubby ke dunia ini. Kelahirannya diiringi dengan tangisan yang kuat, mengalahkan Jac bila menyanyi lagi Gemilang. Sampaikan mak mertua aku yang tertidur kat ruang menunggu pun bole terjaga!

Alhamdulillah, aku tak lama menanggung sakit bersalin, yang tak tertanggung tu aku rasakan hanya setengah jam sahaja dan yang selebihnya dapat aku atasi. Agaknya threshold pain aku tinggi kot. Dan aku bersyukur juga, akhirnya Nurin dilahirkan normal tanpa sebarang masalah yang besar, cuma sedkit jangkitan kuman akibat air ketuban pecah awal sebelum waktu bersalin.

Hari ini, pukul 1.56 pagi ketika aku menaip entry ni, Nurin yang tidur disebelah ku, genap usianya 3 tahun. Selamat Hari Lahir anakku, Mama doakan Nurin sentiasa di dalam peliharaan Allah, membesar menjadi umat Islam yang cemerlang di dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan di dunia mahu pun di akhirat kelak, insyaAllah!

Buat diriku, Nurin merupakan hadiah hari lahir yang terbaik yang pernah aku dapat sepanjang hidupku ini. I loves you so much, sweetheart!

9 Comments:

At Monday, February 27, 2006 9:54:00 AM , Blogger Fara said...

happy birthday Nurin Salma ... :-) nurin dapat hadiah apa? dapat adik suka tak? ;-)

 
At Monday, February 27, 2006 12:49:00 PM , Anonymous Anonymous said...

happy 3rd birthday to nurin.. semoga pjg umo n murah rezeki.. belajar rajin2.. jd anak solehah. be a good girl..

noha: mcm br semlm je aku tgk nurin kat spital...

 
At Monday, February 27, 2006 2:49:00 PM , Blogger Queen Of The House said...

HAPPY BIRTHDAY Nurin, HAPPY BIRTHDAY Noha!!!!!

Enjoy your very special day :)

 
At Monday, February 27, 2006 2:56:00 PM , Blogger mommamia said...

waah,dpt aku bygkan kecuakkan dan kegelabahan ko bila air ketuban pecah, awal tu..alhamdulillah segala2nya berakhir ng selamat dan lancar..3 thn dah berlalu mesti ko rasa mcm baru je beranakkan nurin kan?wah bestla,mama ng nurin boleh celebrate b'day sesama, beza 4 hari jer tapi mama ada hati lagi tu nak tinggalkan nurin gi celebrate b'day ng hubby berdua jer!ke sbb nak prepare bg nurin 'hadiah' b'day?hihihi,anyway happy 3rd b'day sweetie!

 
At Monday, February 27, 2006 10:57:00 PM , Blogger Ely said...

Awwwww....HAPPY BIRTHDAY NURIN COMEL!

kejap dah 3 tahun :)

 
At Tuesday, February 28, 2006 10:36:00 AM , Blogger Cik Ana said...

Nurin si mata pirate da sihat?

He he he he.

Ahoy!!

 
At Wednesday, March 01, 2006 9:33:00 PM , Anonymous Anonymous said...

eppi belated birthday to nurin salma....(nurin, bila nak dapat adik ni? ;-P)
kak noha, tau tak...rabbit kita semalam mati..15 ekor overall.. kena makan n kitai ngan anjing liar..:-( sedih sgt..

 
At Saturday, March 04, 2006 11:01:00 AM , Anonymous Anonymous said...

fara : thanks auntie fara, hadiah adik birthday next year kot..heheh

xura : yup..aku pun rasa cam baru je air ketuban aku pecah...hahah...hari tu tgk siela 'cebuk'kan anak dia, aku tak tahu la camne nak melalui saat tu lagi...rasa cam kekok plak..;P

QOTH : hai akak, lama tak dtg, hhm..saya pun lama tak pi umah akak..thanks anyway

mar : thanks dear, actually aku tak gelabah dan cuak pun, really! tapi hubby yg panik giler!..hahahah

ely : thanks auntie ely, wah best la dapat wish jauh dari US!

ana : cik ana, nurin dah nak baik, tapi pass sakit mata kat mama pulak...huarrgghhh....

julia : tq auntie julia, 2nd one?..dalam proses la nih...

zura : thanks auntie zura..aiseyy..byk tul la soalan cepumas nih, soalan tu kena tanya mama la...yep, akak ada dapat email dari lau pasal rabbit tu, akak ada dtg lab juga last week tapi tak sempat nak jumpa sesape, nanti kita citer panjang bila jumpa yek..

sany : thanks uncle sany, pasal adik tu, kena tanya mama yek...

 
At Monday, March 05, 2007 8:45:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home