Tuesday, January 31, 2006

BBQ dan cuti panjang

Sabtu, 28 Januari 2006

Lambat bangun pagi ni, semalam sampai rumah pun dah dekat 12 tengah malam. Hubby pulak macam nak demam, tak sampai hati nak kejutkan awal-awal pagi. Akhirnya kitaorang bertolak dari rumah pukul 8 pagi, satu jam lewat dari yang dirancangkan.

Aku offered nak drive dulu sebab hubby tak larat nak bukak mata, mata merah, suhu badan panas sungguh. Janji dengan Julia, nak singgah rumah dia kat Melaka, atas urusan mengeratkan silaturrahim dan business. Cuti-cuti pun business kena jalan juga.Seawal 9 pagi, highway kat Seremban dah sesak and slow moving. Dah sesat barat kat Bandar Melaka, sampai juga rumah Julia dalam pukul 11 pagi. Kagum dengan rumah Julia yang besar tu, Alhamdulillah, murah rezeki dia sekeluarga. Kat sana kitaorang dijamu makan nasi lemak dan kuih-muih. Thanks Ju!

Perjalanan diteruskan ke Jasin, singgah rumah Cik Mi, nak menjenguk atuk dan nenek. Dah sebulan diaorang duduk kat sana. Kali ni hubby yang drive. Kat Jasin, Jon dah sampai setengah jam awal. Setelah selesai semua urusan di Jasin, bertolak pula ke Batu Pahat. Kali ni, aku juga terpaksa drive sebab demam hubby semakin berat.


Sampai kat Pagoh, sempat singgah ke perusahaan rempah Mak Siti. Kawasan Perusahaan ini, meliputi ladang rempah, kilang memproses rempah, chalet dan restoran. Tak sempat nak melawat kawasan sekitar, hubby betul-betul dah tak larat, selesai beli rempah yang mak inginkan, aku terus drive balik ke Batu Pahat.

Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan Allah, sampai bandar BP, aku singgah farmasi sebab kebanyakan klinik dah tutup. Beli ubat-ubat yang hubby perlukan dan akhirnya sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. Makan malam hari ni, sup tulang daging korban makan dengan makaroni.


Ahad, 29 Januari 2007

Pagi ni mak buat sarapan nasi goreng dan makaroni goreng. Sebab kepenatan, tak terbangun pagi tu nak tolong mak buat sarapan, Cuma mak pesan, tengahari nanti masak untuk lunch. Belum sempat nak masak, abah ajak keluar beli bahan-bahan nak buat BBQ malam nanti. Banyak juga yang diborong, 3 kg kepak ayam, sosej 12 bungkus dan beberapa jenis ikan.

Balik dari pasar, aku terus perap ayam dan kemudian masak untuk lunch. Lunch hari ni, aku masak ikan kerapu tiga rasa dan Mila masak sayur campur, buat kerabu mangga dan goreng ikan pekasam. Walau pun ada 2 jemputan kahwin, balik tu abah tetap makan masakan yang kitaorang buat, sedap katanya.

Lepas makan, aku rehat sampai tertidur, sedar je dah dekat pukul 6 ptg, rupa-rupanya adik beradik mak ada yang dah sampai. Jadi petang ni, kitaorang bergotong royong buat coleslow dan whipped potato, orang-orang lelaki pulak siapkan tempat untuk memanggang dan tempat untuk makan. Tak lama kemudian Cicik sekeluarga sampai, bawak otak-otak.

Badan aku dah rasa seram sejuk macam nak demam, tapi aku gagahkan juga menguruskan majlis ni. Bila dah ramai-ramai tu rasa meriah dan seronok. Kali terakhir kitaorang buat BBQ bulan Disember tahun 2003, masa tu Amy ada lagi. Dia lah yang paling sibuk menguruskan majlis. Selepas tu takde siapa bersuara nak buat BBQ lagi, sebab kenangan bersama Amy sukar untuk dilupakan. Tapi kali ni Amad yang beria-ia, mak pun tak sampai hati nak menolak, cuma mak mengharapkan aku dan Jon balik untuk menguruskannya.

Tak banyak yang aku makan, tapi banyak minum air sejuk. Walau pun tekak dah rasa perit, haus punya pasal, aku bantai juga. Sambil berkumpul dan berBBQ, sambil juga aku berbusiness, Alhamdulillah, dapat juga close beberapa case.. Kali ni BBQ mewah sungguh, puas makan, mungkin sebab ada jemputan yang tak dapat datang, jadi adalah makanan yang berlebihan. Mana-mana makanan yang berlebihan tu, mak agih-agihkan dan tapau pada tetamu yang datang.

Akhirnya majlis berakhir hampir 11.30 malam. Walau pun penat, semua orang gembira dan puas hati. Bila baring nak tidur baru lah terasa tekak semakin perit, hidung dah sempit badan pun dah sengal-sengal. Nurin pun dah srooot sreeet sroot sreet. Seronok dia berlari ke sana ke mari dengan pakcik-pakcik yang pandai melayan. Akhirnya selepas minum ubat batuk, tidur la lena malam tu sampai ke pagi. Alhamdulillah, kesihatan hubby pula yang semakin pulih.


Mengikut putaran jam, coleslow, sebalang sambal kicap buat pencecah, ikan kerapu masak tiga rasa, sayur campur, kerabu mangga, kentang putar, ubi rebus dan kat tengah-tengah tu ikan masin dan sos lada hitam.

Ada otak-otak, kepak ayam, sosej, ikan cencaru dan ikan terubuk. Sedapnyaaa.....nyumm...nyumm...

Untuk mempercepatkan proses memanggang, abah buat 2 tempat memanggang, jadi siapa-siapa yang lapar tu, tak la lama sangat menunggu.


Isnin, 30 Januari 2006

Kepala rasa bengal dan asyik bersin je. Nampaknya, virus hubby dah berpindah pula pada aku dan Nurin. Telefon klinik, masih tak buka lagi, jadi aku makan je la ubat yang ada kat rumah. Nasib baik mak jururawat, bekalan ubat memang sentiasa tak putus.

Hari ni, kitaorang planned nak balik JB pulak. Bila cuti panjang ni, kena la berbahagi-bahagi. Dalam pukul 3 ptg kitaorang bertolak dari BP dan selamat sampai JB dalam pukul 5 lebih. Masa ni batuk aku dah semakin teruk, hingus pulak asyik meleleh je. Nampaknya plan nak melawat Nad yang baru bersalin, terpaksa la dibatalkan. Kang tak pasal-pasal aku menyebarkan virus pada anak dia pulak.

Walau pun badan rasa seram sejuk, masih batuk dan hingus masih meleleh, hari ni (Selasa) sempat keluar pergi Giant, membeli belah barangan dapur dan temankan mak mertua memborong batik sutera untuk aku jual. Hingga saat aku menaip ni, selsema beransur pulih tinggal badan je masih sengal-sengal. InsyaAllah, balik BP esok, aku nak berurut badan ni, bagi servis sikit mana-mana yang patut.

4 Comments:

At Wednesday, February 08, 2006 5:34:00 PM , Anonymous Anonymous said...

hmmm... bestnye bbq ramai2 ni.. meriahkan? kitorg pun dh lama sgt x buat bbq. lg pun nk prepare menda2 tu yg malas betul!

 
At Thursday, February 09, 2006 6:44:00 PM , Blogger Unknown said...

Lamaaaaaanya cuti..... :)

 
At Friday, February 10, 2006 5:26:00 PM , Blogger mommamia said...

nyumm..nyumm..nyumm..meriah dgn gambar2 mknan,tp dlm byk2 tu sambal kicap plg aku admire sekali, teringat lak zaman2 sekolah dulu, sambal kicap ko mmg favourite,mkn nasik lemak, biskut kering,maggie sumer bantai taruh sambal kicap hihi-nad dah selamat beranak yer?dpt baby apa?

 
At Friday, April 27, 2007 4:23:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! » »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home