Friday, December 23, 2005

JB day 2 .... of Engagement Day...

Dah seminggu majlis pertunangan adik ipar aku Syedah berlalu, tapi tak sempat lagi aku nak bercerita di sini. Salah satu sebab, gambar tak berapa cantik, frust juga aku. Kamera yang aku selalu aku guna jatuh terlepas dari tangan Nurin, selepas tu lensanya jadi blurrr. Sedih rasanya sebab kamera tu banyak berjasa. Aku harap dapat la diselamat hendaknya kamera tu.

Pagi hari bersejarah tu, selepas balik dari playground, aku ikut mak mertua pergi pasar. Balik tu terus la kitaorag bekerja keras membuat persiapan majlis yang akan diadakan pukul 3 ptg. Nasib baik, makanan mak mertua aku tempah je, jadi satu perkara dah selesai. Makanan hari tu, nasi impit dengan lauk pauknya iaitu rendang ayam, sambal goreng, serunding kelapa dan sambal kacang.

Memasak, berkemas itu ini sedar tak sedar dah pukul 12 tengahari...iiskk...banyak lagi benda yang tak siap. Dengan tak mandi lagi sejak pagi, kejab aku keluar, kejab aku kat dalam, ada je benda yang tak habis-habis dibuat. Akhirnya, lagi 20 minit pihak lelaki nak sampai baru la aku berpeluang untuk mandi dan bertukar pakaian.

Sepertinya yang dirancangkan, pihak lelaki sampai dalam pukul 3 petang. Mengikut janji yang dipersetujui kedua-dua belah pihak, tiada hantaran berbalas dulang, cuma pihak lelaki perlu membawa cincin pertunangan bagi tujuan 'menanda' dan meminang. Kononnya mak mertua aku nak ikut style aku bertunang dulu, cuma bawak cincin je, makan-makan pastu balik.

Tapi, kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan segala-galanya. Asalnya nak buat majlis simple sempoi dengan lebih kurang 20 - 30 orang tetamu, jadi majlis yang begitu meriah!. Aku ingat la, kalau ada Tok Kadhi, boleh buat majlis nikah terus!

Apa pun, kitaorang bersyukur, Syedah selamat bertunang dan majlis pun berjalan lancar walau pun agak kelam kabut pada mulanya. Buat Syedah, akak, abang dan Nurin doakan semoga korang berdua kekal hingga ke jinjang pelamin satu hari nanti dan akak bersyukur sebab akak tahu 'you are in a good hand', insyaAllah!

Cincin disarung ke jari manis menandakan si gadis telah berpunya, disaksikan oleh Mak, Ana, Imah, Mak Ngah dan Fizana...chechehh...control ayu tuh, nasib baik tak tergelak...heheh...


Syedah dengan 2 bentuk cincin, satu cincin tanda, satu lagi cincin tunang...don't ask me what the difference, aku dulu pun ambik je dua-dua, dah orang nak bagi, ambik je la...


Walau pun tak berjanji nak berhantaran, berbalas dulang, tapi Syedah bagi dua bakul buah tangan sebagai hadiah. Ini tak bermaksud apa-apa, cuma dari Syedah kepada bakal tunangnya dan tunang dia pun tak tahu pasal hadiah-haidah ni aku rasa. tapi.......


...this is what Syedah got from Mr. Tunang...aiseyyy...banyak tu dulang, first time aku nampak diaorang masuk bawak berdulang-dulang, tergamam kejab..eh..kata takyah berdulang, detik hati ku. Tapi tu la, diaorang tak percaya Mak tak nak apa-apa. Akhirnya, diaorang bawak gak, siap sirih junjung dan tepak sirih tu...


Ini pulak jambangan bunga Syedah dapat dari Mr. Tunang, aku ingat bunga plastik, sekali tu bunga betul daaa...lawa kan?


Mak dengan Babah tersenyum lebar, Alhamdulillah, akhirnya anak dara pertama diaorang selamat bertunang. So Ana, you are nexttt...


Malu-malu kucing anak dara aku nih, maklum la Cik Da dia dah lawa, segan pulak nak bergambar. Nurin, nanti Cik Da bersanding, awak bole jadi flower girl yek...

6 Comments:

At Tuesday, December 27, 2005 8:56:00 AM , Anonymous Anonymous said...

belah lelaki slalu cam tu, x byk, skit sure bwk dulang.. lagi2 sirih junjung + tepak sirih. takut dikata x beradab & x beradat.

anyway, congrates to ur SIL. semoga kekal ke jinjang pelamin..

 
At Tuesday, December 27, 2005 2:21:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : sedara kat s'pore pun ada cakap, kalau pihak lelaki mmg berlebih2, kitaorag tak kisah, kalau bagi amik je..rupa2nya, mr. tunang tu ada sedara mara org melaka, patut la beradat sgt!

julia : kalau mak an bagus, mak aku lagi bagus, takyah berdulang satu apa pun masa bertunang cuma cincin sebagai tanda, hantaran kawin pun tak tetapkan, sukati la bagi berapa...

in my opinion, semua tu adat, buatan manusia, bole tinggal atau diteruskan asalkan tak menyalahi hukum agama. dalam family aku, kitaorag simple, yg mana wajib itu yg kena dulukan..

tapi kalau dah berjanji nak berbalas dulang, itu kena la ikut, dalam kes adik ipar aku ni, mmg asalnya kitaorg tak nak apa2 pun dan ...

 
At Tuesday, December 27, 2005 4:34:00 PM , Blogger mommamia said...

oo..ye ke johor je yg beria2 beradat ni?tp tu la kdg2 over sgt pun mmg membebankan pihak laki, and i could say that family aku ala2 beradat gak la!sian laki aku dulu heheh..org johor ni yg serba satu la, serba berdiri la mcm2kan!ikutkan rukun nikah, mas kawin je cukup dah tp kang org ngata lak..tu la idup kita ni betul2 dipengaruhi cakap2 org..dipengaruhi pressure yg dtg dr society-papehal pun tepuk dada tanya selera..jgn terikut2..

 
At Tuesday, December 27, 2005 5:14:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : yup, aku setuju sgt cakap ko. pressure datang dari makcik2 dan pakcik mr tunang. Nak buat macam mana, ikut je la, kang jadi anak derhaka pulak. as long as tak komplen kitaorag tak sediakan apa2 sebagai balasan, sudah la, sebab janjinya pun takde apa-apa ...

 
At Friday, February 23, 2007 7:50:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... canmore timeshare used laptop Do i get my credit report South carolina + fly fishing free resume sample for accounting clerk Girl if you dont wanna dance decks patios driveways dover delaware cheap butalbital Retirement committee wometco retirement plan Cisco 4000 series router passwords bookkeeping services nh hiroshima rental cars Livejournal icons xanax trust accounting software http://www.account-merchant-8.info/California-foster-care-merchant-account.html Chinese medicine for acne business accounting solution software

 
At Thursday, April 26, 2007 6:58:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! Court divorce jose san Personalized merchant services for your business http://www.impotence-medication.info

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home