Makan-makan lagi....
Hari ni sarapan pagi dan makan tengahari ni taja oleh akak-akak yg baik hati kat lab ni. Semuanya sibuk nak membelanja, yang adik-adik ni, apa lagi, menadah tekak je la....hehehh...
Officer semua takde, ada persidangan, yang tinggal semuanya kuli-kuli batak, memacam la plan dan programnya. Setakat makan-makan ok la, bukannya berjalan merayau-rayau tak dok kat lab/office.
Ini pulak hidangan makanan tengahari. Simple je, ikan masak singgang / pindang, ulam kacang botor, ikan tamban goreng, sambal belacan dan budu. Peerrgghhh...sedapnya sampai terduduk kekenyangan selepas tu! Dah le cuaca sejuk je dek mendung dan hujan, makan lak nasi panas-panas, tambah panas sambal belacan yang pedas tu, memang terangkat...nyumm..nyumm...
Asalnya tak sangka nak masak-masak makan tengahari, semalam terkeluar cerita pasal masak singgang ni. Most of us, orang pompuan ni suka makan masak singgang, tapi hubby masing-masing tak suka pulak, tu yang Kak Ah, the mastermind ajak masak-masak kat rumah dia, lagi pun dia tak tahu nak masak macam mana, kiranya nak belajar sekali la ni. aku pulak memang lama tak pekena masak singgang, apa lagi on je la.
Kenyang betul makan, siap hirup kuah lagi, Alhamdulillah...hhmmm...malam ni makan buah je la. Terima kasih la buat Kak Ah dan Kak Gayah atas kesudian diaorang menaja makan-makan untuk hari ni.
4 Comments:
singgang lawan ngan sambal belacann.. memang kena sangat lah tuuu .. hehehe feveret aku tuh selepas asam pedas gaul kicap .. kekeke ..
tgk menu tghari tu teringat menu kalu kat terengganu..singgang dgn sambal belacan, pastu ada ikan bakar cicah ng budu..mmg terangkat!best la noha working life ko,boleh berhappening sekali skala, aku ni ada bos ke takde bos ke dok la dpn pc ni buat2 busy sampai naik kematu bon 'toot'!nak join gomen!!
betul ckp mar tu. x de keja pun kena pretend bz. jeles btl lah ngan noha ni!
dh lama x mkn ikan tamban goreng. slalunye kitorg mkn ngan sambal kicap.
fara : feveret, jgn tidak! kalau makan tu, tak pandang kiri kanan, siap berpeluh-peluh lagi dek kepedasan...heheh
mar & zura : jgn la jeles, bukan selalu kitaorang macam ni. hujung2 tahun ni keje tak byk, pastu bos pun takde, kalau bos ada sekali pun ajak dia join sekali!..alah sekali-sekala jek, nanti kalau dah byk keje, sarapan, lunch semua terbabas! balik rumah pun trus tergolek kepenatan...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home