Menarik di hujung minggu
Tomyam ni, babah yang request, dia kata nak tomyam original, taknak guna paste dan taknak beli kat luar, dia dah tak lalu makan banyak sangat MSG. Err...seingat aku, sekali je aku penah buat tomyam camni, aku tak buat lagi sebab hubby tak berapa suka. So, I called my mom for rescue, senang je rupanya, tumis bawang putih, halia dan serai (serai mesti banyak), bila dah naik bau, masukkan cili padi, pastu masukkan air. Masukkan segala ramuan yang kita suka, rasakan masin dan pedas, jangan lupa jus limau kasturi untuk masam dan daun limau purut untuk bau yang sedap, dah pun siap! Kalau nak warna merah sikit, blendkan sebiji tomato dengan 2,3 biji cili merah. Alhamdulillah, tomyam ni pun hampir licin, sebab makan panas-panas dan hujan pulak malam tu, tu yang syok menghirup.
------------------------------------------------------------------
Hari Isnin, sebab Selangor cuti jadi Ahad tu aku tidur rumah family in laws kat Gurney. Kononnya Isnin nak pergi Ulu Yam berpiknik, but its end up kat Aquaria, KLCC. It kind of my new experience and for Nurin too, jadi cam biasa, jakun la sikit. Banyak juga gambar yang diambil, tapi it turns up tak berapa terang dan goyang. Jadi ada la beberapa je yang boleh diupload kat sini.
Sementara tunggu hubbybeli tiket, sempat aku ambil gambar ni, pelik sangat tenguk ikan yang ditunjukkan tu, Nurin pun takut.
Setelah beberapa kali, ini la gambar ikan jerung yang paling clear, besarnya jerung ni, rasa cam nak telannya je kita...iiskk...
Cantik betul pemandangan kat akuarium ni dan ini lah satu-satunya gambar yang cantik dan jelas.
Sebagai kenangan, Tuk Aki belikan Nurin hat with the blue whale, puas memujuk si kenit ni untuk bergambar dengan topi tu, akhirnya berjaya juga.
Nurin with her new book collection. Kan main suka lagi bila dapat buku nih, dikepitnya ke hulu ke hilir.
Aku sampai rumah malam tadi dalam pukul 11 malam, rasa letih tenguk rumah dengan pinggang mangkuk yang belum dikemas masuk ke dalam almari sebab nak tunggu kering dan pakaian yang belum berlipat sebab tinggal rumah hari tu baru je lepas jemur. Apa pun aku gembira sebab dapat luangkan masa dengan keluarga terutamanya Nurin. Kalau Nurin happy, aku pun happy juga!
7 Comments:
wahh.. best nye lauk! ikan pekasam lagi!...
cute lah topi nurin tu.. t'admire lah pulak!
xura : suka ke? lain kali dtg kl, pi la klcc, singgah kat tempat kedai cenderamata kat aquaria tu, macam2 jenis dan warna ada..
sedapnya hirup tomyam panas dikala ujan..ahhh..terasa nikmatnya, aku mmg kaki hirup so boleh paham sgt naper tomyam ko tu licin!sama la kita noha, weekend aku pun happy tp memenatkan, umah tak berkemas tp nak spend masa bwk anak jln2 nyer pasal, penat pun penat lah hihi
mar : best kan hirup2, seger org jawa cakap..heheh
julia : masak sendiri la best ju, baru la atuk bertambah2 syg kat ko, kalau selalu kedai yg masak, takut nanti 'sangkut' lak kat kedai...;P
kalau dtg kl, bagitau la...
lagi makanan! itu anak dara sunti geram i tengok, hehehe.
kak ely : err..mmg takleh nak buat apa2 dah...heheh
julia : iiskk...bab tu, toksah la citer kat sini...
alah ju, takyah tunggu beso, patutnya sejak dari kecik ko dah bawak dia berjalan, jadi dia biasa nanti, senang, takde la byk ragamnya..
budak kecik, mmg la payah sket, tapi sronok apa, jgn dok fikir susahnya, tapu fikir keseronokkannya, baru ko enjoy, dia nangis ke, meragam ke, biasa la tuh..
cam aku ngan zura, habis pantang je, dah heret anak kitaorg ke sana ke mari, skang ni, Alhamdulillah, senang nak bawak berjalan...
jgn tunggu jasmin beso, bawak je mula dari sekarang, tapi make sure la segala keperluan ko bawak ok?..
Keep up the good work » »
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home