Thursday, December 08, 2005

Day 3 of Kedah and Penang #1

Apasal ntah aku takleh nak upload gambar sampai habis, tinggal lagi 3 gambar je lagi..iiskk... Nanti yang lagi 3 tu, aku upload kemudian la yek.
Yaayyy... hari ni last day kat Kedah. Suka sangat nak nak balik tu bukan apa, sebab nak naik feri masa kat Penang nati. Hehehhe..jakun betul, maklum la baru ni nak naik feri sepanjang hidup kat dunia ni, jadi excited la sikit.
Macam biasa la, sebelum balik tu ada sessi bergambar dan juga apa yang menarik sepanjang perjalanan pun aku ambil gambar. Lagi pun ntah bila akan ke sini lagi, by the time datang lagi, mungkin dah banyak yang berubah.

2 hari kat Kedah mendung dan hujan renyai-renyai, hari nak balik tu panas terik! Cermin mata sendiri takde, mama punya pun bole la...

Masjid Negeri kat Alor Setar, takleh nak fokus betul-betul sebab dalam kereta yang berjalan.


Hubby, Nurin and me, menahan tiupan angin yang kuat masa kat feri tu, kalau takde Nurin, sure terasa cam Jack and Rose dalam Titanic!..heheh..Bukan aku je yang excited, Nurin pun seronok naik feri sampai menangis bila dah sampai jeti untuk keluar dari feri,kesian dia..


Masjid tempat kitaorang singgah untuk solat Zuhur kat Batu Feringghi. Kata Jon, kawasan ni la dulu tempat tsunami melanda. Bila tenguk sekeliling, aman je rasa, tak sangka ombak ganas pernah menyinggah.


Tokey kedai (baju merah tapi orangnya rendah, yang tinggi tu my hubby yek..) senyum kan main lagi, maklum la lebih 10 kg kitaorang borong jeruk kat kedai dia.


Apa yek istimewanya Komtar ni? Asal kata nak pegi Penang mesti orang tanya ada pegi Komtar tak??


Ini la gambar jambatan Pulau Penang yang berjaya diambil.


Kereta Jon yang penuh dengan makanan ; pisang, mangga, jeruk, ikan pekasam, beras pulut..etc. Agaknya kalau bawak lori, mau beras, ayam, kambing dan dan segala-galanya yang ada kat kampung nak dibawa.


Kereta kitaorang pulak penuh dengan baju bersih dan baju kotor!


Ini la ole-ole dari Kedah dan Penang. Ada keropok, beras pulut, pulut hitam, jeruk mangga, kedondong dan salak, dan tak lupa kari cap O yang cuma ada kat Kedah je.

6 Comments:

At Thursday, December 08, 2005 3:27:00 PM , Blogger mommamia said...

hahahah!mau ayam kambing ng reban2 ko angkut agaknya kalu bwk lori!jeruk 10kilo??mak oii..byknyer ni dah mcm stok perang dah ni-sama la ng aku noha, aku laki bini kaki mkn jeruk, tp taklah sampai 10kilo borong!caya lah!

 
At Thursday, December 08, 2005 3:51:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

noha, ko x beli beras nasi dagang yg kaler coklat purple tu ke??.. kat kedah kan byk! kat sini x de jual.

 
At Thursday, December 08, 2005 4:54:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : jeruk 10 kg tu bukan utk aku sorang la mar, sedara mara ramai, diaorg dapat tahu nak singgah penang tu yg diaorg pesan..eh, ko kalau nak aku ada lagi nih, setakat nak menjamah, ok jek...

bukan aku yg nak angkut semua, tapi mak bapak mila tu, selagi daya semua nak dibawakan, rezeki mar, ambil je la setakat yg mampu

xura : beras nasi dagang..eer..masalahnya makan nasi dagang setahun sekali pun tidak...hehe..nak masak bukannya aku pandai, tapi kalau ko pesan ari tu, bole gak la aku belikan

 
At Tuesday, December 13, 2005 10:15:00 AM , Blogger anedra said...

rempah kari cap o is memang the best!!!

 
At Tuesday, December 13, 2005 10:16:00 AM , Blogger anedra said...

how come u didnt tell me u have a blog?

 
At Tuesday, December 13, 2005 3:48:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kak anedra : best woo, tapi cuma ada kat kedah jek..iiskk..

eerr..i tak bagitau ke?...rasa cam dah bagitau...heheh

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home