Tuesday, November 22, 2005

I had enough....

Sejak bulan puasa hingga la raya ni, takde satu hari pun aku bersenam...hmm..so I think, I have to start it all over again or else I will be like stuffed pita with all the juadah at the open houses! So hubby and I like to start with the brisk walking on the Saturday morning last weekend.

All the pillows and selimut busuk is certainly a big temptation that morning, but I managed to drag the hubby all the way to Taman Bukit Jalil for the brisk walking. Nurin la yang paling seronok because she knew she will feed the fishes in pond at the taman. So everytime we came there, I will buy Nurin a small pack of makanan ikan.

Tak lama kitaorang kat sana, sebab sampai pun dah pukul 8.30 pagi dan matahari dah memancarkan cahayanya yang terik melimpahi seluruh taman. Yang best tu, hujan turun sebelum subuh, jadi semua rumput dan daun-daun basah dengan air hujan membuatkan suasana sangat nyaman dan selesa untuk berjalan-jalan mahu pun berjoging.

Tapikan, yang aku perasan, tempat-temapt macam ni, yang ramai pengunjung mesti selain dari Melayu, kenapa ek? Kalau bangsa lain tu, yang dah tua bangka macam tak larat nak jalan pun ada. Bukan la nak mengata ke apa, cuma aku wonder la jugak mana pegi diaorang ni. Maybe diaorang ada banyak keje nak buat kat rumah kot.

Pada pendapat aku la, selain dapat bersenam mengeluarkan peluh, kegiatan ni boleh mengeratkan perhubungan sesama ahli keluarga, dapat menggembirakan anak-anak dan juga dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Jadi, kalau korang berkesempatan, cuba la bangkit awal hujung-hujung minggu tu, bole la jejalan tempat-tempat macam ni. Macam kat Taman Bukit Jalil ni, bukan je ada trek joging, ada outdoor exercise equipment, ada surau, toilet dan taman tema. Kiranya complete jugak la taman ni dengan kemudahan asas, cuma tempat atau gerai makan je takde. Bagus gak la, sebabnya tujuan utama datang pun untuk bersenam, bukan untuk makan kan?..heheh...

Anyway, its a good start to me and dear hubby and daughter to get a better healthy life, so guys why don't you join us??


Cantik-cantik pemandangan kat sini, tapi tak sempat ambil banyak gambar sebab bateri kamera dah low.


A daughter and her father. Bukan main berlenggang kangkung lagi la dua beranak ni nak bagi ikan makan.

Cuba tenguk cahaya matahari yang melimpah tu..uuii...best sangat suasana tu, panas tapi tak la terik sangat, nyaman je.



Ikan kat sini semuanya kebuluran. Ada ikan talapia merah, hitam, ikan keli dan ikan koi..ehh..kura-kura pun ada...






Nurin dan babah asyik bagi ikan makan. Habis satu pack makanan ikan tapi kesian ikan-ikan tu still kelaparan!













Gambar 'curi' yang sempat diambil in her pyjama. Tak nak mandikan dulu sebab nanti berpeluh-peluh dan kena mandi lagi. Ingat tak dalam entry yang lepas aku bagitau yang Nurin tak suka diambil gambarnya? Kali ni, nak ambil gambar kena ada strategi..heheh...

9 Comments:

At Tuesday, November 22, 2005 11:49:00 AM , Anonymous Anonymous said...

julia, ni betul2 kat highway LDP nak ke Sunway tu, masa ko keje tu mmg blom ada lagi

actually, kalau ko dapat buat gak by this time, mmg la ko superwomen, try la adjust ur time

apa-apa pun aku rasa, semua ni terpulang pada memasing, tinggal nak buat atau tidak

dapat pegi pukul 8.30 ni pun dah bersyukur, kalau pepagi buta tu...hhmm..tunggu la aku camping kat situ..heheh..

 
At Tuesday, November 22, 2005 12:34:00 PM , Blogger Fara said...

best best! tapi kan...mana pulak gambo mama nya ek???

 
At Tuesday, November 22, 2005 3:44:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

kat bp ni mana lah ade tmpt best nk b'jogging... klu aku jogging ngan yusman, for sure aku kena tinggal.. laki aku tu jogging naik bukit kg istana.. yg jln rata ni pun aku dh naik semput!

 
At Tuesday, November 22, 2005 4:48:00 PM , Blogger Queen Of The House said...

Noha ... a ah mana gambar maknya Nurin?

Cantiknya tempat jogging Noha, ada ikan kura dan macam-macam lagi! Nak kuruskan badan ke? Senang je, jangan masak sedap-sedap sangat!

 
At Tuesday, November 22, 2005 9:45:00 PM , Blogger Unknown said...

beh la dok malaysia..kat mana2 duduk pun sure ada taman. kat sini..alahai...taman yg dekat umah i ni..alahai..alaaaaaaaaahai...tak larat nak cakap pasal kesempitan jepun nih.

 
At Wednesday, November 23, 2005 8:50:00 AM , Anonymous Anonymous said...

fara : mama dia tukang ambil gambo sebab tu gambo mama takde..hehe

xura: a ah la xura kat bp takde tmpt nak joging, tapi dulu aku selalu gak joging kat bukit kaw perumahan aku tu..eer..tak joging sebenarnya, jalan kaki je sbb berbukit...semput!!

QOTH : takde sape nak amik gambo maknya nurin..hehe..

kak, tak masak sedap2 pun makan byk, macam mana ek??

zaza : u r rite, kat mesia byk betul tmn rekreasi, tinggal lagi nak bersenam atau tidak....

kesian kat ko za, tapi takpe, ko dah kurus, ok perr...kalau nak fit, pi gym je la, tak pun naik tangga turun tangga

 
At Monday, November 28, 2005 10:23:00 PM , Blogger Ely said...

hehehe baby berjogging pakai pajama! so cute!

 
At Wednesday, November 30, 2005 10:38:00 AM , Blogger mommamia said...

aku pun penah gi sini sekali, dekat je ng umah aku ni..Noha, kalu dtg sini lg gi la further up sampai B.Kinrara then mai straight lg tiba dah umah aku apt seri teratai..betul2 tepi jln, ngadap shell kiosk..aku g sana bwk irina jln ptg2..tp dia tak jln la..dia syiok dok slm stroller, mommy ng abah patah pinggang tolak stroller naik bukit heheh!

 
At Tuesday, February 06, 2007 1:15:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Enjoyed a lot! myalgia from lipitor and bextra Buy car dvd navigation Art oversized shelves home decoration bedroom idea Currency convertor foreign currency trading newforextrading.com Authentic football shirts Popup blocker for mozilla http://www.free-credit-report-1.info/Interior-design.html bulkheads for interior design

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home