Tuesday, November 08, 2005

Diari Aidilfitri : Sabtu, 29 Oktober 2005

Hi korang semua!! Apa khabar? Alhamdulillah, setelah beraya sakan, kembali la aku bekerja semula, padahal kat opis, lab semua lengang lagi. Semua masih dalam mood raya, nak buat kerja pun tak seronok, takde geng. Maybe esok ramai kot dah balik bekerja semula.

Jadi untuk tatapan korang pada hari ni dan hari-hari seterusnya, aku akan blog pasal hari sebelum, semasa dan sesudah braya di kampung. Tak ketinggalan juga gambar-gambar yang menarik untuk tatapan kalian. Sila-sila menjenguk ke sini yek!

-------------------------------------------------------

Tak tahu camne nak buat ngan gambar-gambar ni, dah susun elok-elok, dia jadi balik tunggang langgangnya...hmm..lantak la, janji keluar dan korang semua bole 'menikmati' pemandangan indah ni yek...;)


Air katira yang aku bole jumpa kat Johor jek, puas jugak cari kat KL ni, tapi nampaknya belum bertemu jodoh, aku rasa kalau jumpa pun mesti tak sesedap macam kat JB.
Dalam air ni ada memacam campuran buah, ada kurma, kembang semangkuk, biji selasih dan kadang-kadang tu halwa buah kundur pun ada.





Yang sebelah kiri tu, dalca tulang, pekat dan sedap! Sebelah kanan pulak, lauk ikan untuk briayani ikan. Kalau kat Johor ni, briayani gam maksudnya, lauk briayani masak sekali dengan nasinya, jadi bila nak makan tu, kuis-kuis nasi, nampak lauk, kalau lauk byk sangat, kuis-kuis lauk, baru nampak nasi..hahah...






1 kg lagi turun...mmm...semua sekali 4 kg berat aku turun sejak bulan puasa ni. Seronok memang seronok, tapiii......mulai hari ni aku sudah mula bercuti, ini bermaksud aku akan balik ke kampung. In fact waktu aku tulis entry ni, aku dah ada kat dalam bilik aku di rumah mak mertuaku di Johor Bahru. Bila kata balik kampung, automatically jadual harian, pemakanan pun berubah. Yang buat aku risau, mak mertua aku ni ada pembantu rumah (Kak Supi) yang pandai memasak. Jadi, rugi la kalau balik kampung tak makan masakannya!

Kitaorang bertolak dari KL ke JB dalam pukul 7 pagi. Aku drive dulu sementara tak mengantuk, tapi sampai Rembau aku dah tak tahan, mata macam takleh nak buka, mana taknya sejak bangun sahur pukul 5 pagi aku tak tido. Lepas tu hubby sambung drive sampai Pagoh, kitaorg berhenti sebab nak seyke dan bagi Nurin makan. Pukul 9.30 pagi kitaorang sambung perjalanan kitaorang menghala ke selatan. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 11 lebih kitaorang selamat sampai STF.

Selesai angkut semua barang dan beg-beg baju, aku berehat sekejab. Aku pergi dapur sebab aku tenguk Kak Supi dah mula sibuk kat dapur. Rupa-rupanya Kak Supi tengah buat persiapan untuk juadah berbuka puasa petang ni. Nasi briayani ikan dan puding kastad menjadi menu utama. Seperti selalu, kalau buat nasi briayani ni, aku yang akan buat acar timunnya dan untuk pengetahuan korang, nasi briayani ikan merupakan salah satu resepi Nek Wan (nenek di Singapura) yang menjadi favourite kitaorang sekeluarga.

Dalam dok sibuk-sibuk buat acar timun, Nek Wan telefon dari Singapura dan nak bercakap dengan aku. Nek Wan tanya aku nak makan apa bila ke Singapura untuk berbuka puasa esok. Alahai, kembang betul hatiku diberi layanan macam cucu kesayangan...heheh..Ntah, tak terfikir nak makan apa-apa pun sebab pada aku, apa pun yang Nek Wan masak memang sedap. Setelah berbincang dengan hubby dan oleh kerana tahun ni tak dapat sambut raya di Singapura, kitaorang request nak makan ayam goreng berempah yang selalu di masak di pagi raya dan nasi rawon. Actually, nasi rawon ni idea mak mertua aku dan kebetulan aku pernah baca pasal nasi rawon ni kat blog one of blogger kat Singapura, tak ingat siapa, Kak Nazrah kot? Jadi teringin pulak aku nak tenguk macam mana la rupanya dan rasanya. Nanti, aku akan ambil gambar nasi rawon tu, bole la korang tenguk.

Sedikit info pasal Nek Wan ni, macam mana dia bole menjadi seorang yang pakar memasak, Nek Wan mempunyai suami, arwah Nek Aki yang amat cerewet tentang pemakanan, suka makan sedap-sedap dan juga suka menjamu orang makan. Dan arwah juga selalu bagi galakkan pada Nek Wan untuk belajar memasak juga pergi kenduri kendara, supaya bole belajar memasak. Walau pun Nek Wan dah tak aktif lagi memasak, kepakarannya telah diperturunkan kepada pembantu rumahnya, Kak Mas, pembantu rumah mak mertuaku dan adik-adik ipar aku. Setelah hampir 10 tahun Kak Mas hidup sebumbung dengan Nek Wan, kesedapan masakannya tak perlu dipertikaikan lagi. Dan untuk aku yang jarang balik ke Singapura, Kak Mas sangat suka melayan apa jua permintaanku.

Tapi, bila mengenangkan berat badan aku ni, aku jadi risau balik. 25 hari diperlukan untuk menurunkan 4 kg, aku takut dalam sehari dua ni je, aku bole dapat balik 4 kg yang hilang tu. Aku harap, aku dapat mengawal nafsu makan bila berbuka nanti, kalau tak bukan setakat 4 kg akan bertambah, mungkin lebih dari tu!!

Ini la nasi briayani ikan, juadah berbuka puasa pada hari pertama di JB. Kitaorang memang suka makan briayani ni, sebab takde la rasa berlemak sangat macam briayani kambing tanau daging, sebab briayani ikan ni tak guna susu dalam masakananya. Banyak rempah dan tak pedas, budak-budak pun bole makan.





Yang sebelah kiri tu, acar timun atau aku pencuk, rasanya yang masam manis, sesuai dimakan dengan apa-apa jenis briayani pun. Salah satu fungsi pencuk ni, untuk elakkan rasa muak pada nasi. Kadang-kadang ada juga orang buat pajeri nanas, tapi sebab pencuk ni paling senang nak buat, jadi buat pencuk je la. Sebelahnya pulak rojak Singapura, favourite hubby tu. Jangan tak percaya, semangkuk tu, tinggal beberapa ketul je lepas berbuka...heheh

10 Comments:

At Tuesday, November 08, 2005 10:46:00 AM , Blogger Unknown said...

sodapnyerrrrrrrrrrr..meh hanto jepon sketttt

 
At Tuesday, November 08, 2005 11:42:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

aku x ingat aku buka ape last week. yg pastinye, sjk deepavali tu, aku asyik makan ketupat je, smpi aku 'membuang' 6 kali sehari! aduhhhh....

 
At Tuesday, November 08, 2005 12:13:00 PM , Anonymous Anonymous said...

hehe baru nak suruh update blog, tengok2 dah ada entry baru! gud...gud.. kak noha sronok raya? nurin mesti dapat banyak duit raya kan? btw, cookies ana haritu sedap! nyesal beli 1 balang jer... bleh order lagi 1 balang x? hehehe

 
At Tuesday, November 08, 2005 12:28:00 PM , Anonymous Anonymous said...

zaza : rindunyerrr kat ko!!!..ko ler meh balik mesia, aku kasi makan byk2 sket, bagi gemuk...heheh...

xura : sekarang lak aku ingat ketupat, mana nak carik?...kalau kat rumah, mesti ada lagi..

zura : baru keje hari ni..entry dah ada tinggal nak upload je..

nak order berapa balang lagi? cakap betul2 ya sebelum akak proceed, yg confirm satu balang je kan untuk hantaran?

 
At Tuesday, November 08, 2005 12:32:00 PM , Anonymous Anonymous said...

satu balang untuk hantaran mior, n tambah lagi satu balang untuk hantaran perut sendiri hehe

 
At Tuesday, November 08, 2005 1:08:00 PM , Blogger Ely said...

dah dah dah cukup cukup cukup! no more gambar makan!!!!!! hehehehehe

 
At Tuesday, November 08, 2005 1:44:00 PM , Blogger Fara said...

dah la tgh posa nih...ada plak lagi gambo pencuk!!! waaa aku sukerr pencuk!!

 
At Tuesday, November 08, 2005 2:57:00 PM , Blogger shidah said...

lepas balik jb, singapura maintain tak turun 4 kilo hari tu?

 
At Tuesday, November 08, 2005 3:11:00 PM , Anonymous Anonymous said...

zura : ok set, nanti proceed..

kak ely : aiseyy kak, byk lagi gambar nak upload nih, camno??..heheh

fara : wahh..maraton pose 6 plak yek, sib baik aku red flag, kalau tak bole le raya sesame nanti..;)

kak shidah : heheh...soalan sungguh menusuk kalbu..actually, tak timbang pun...takuuttttt....takut takleh terima kenyataan!

 
At Thursday, April 26, 2007 11:23:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home