Tuesday, October 18, 2005

Balik mana??

Sebab ramai sangat orang komplen aku asik citer pasal makan je, kali ni aku ubah tajuk la sikit. Minta maaf la bebanyak, kalau dalam sepanjang aku buat entry pasal makan-makan ni, ada yang terbukak pose ke, ada yang basah keyboard ke..ampun yek!??

"Balik beraya kat mana??"

Well, ni la topik utama setiap kali nak raya, kan? Pada setiap rumah yang penghuninya ada sepasang suami isteri mesti akan timbul topik ni. In fact, in my case, this topic dah keluar pun sejak blom mula pose lagi!!..Heheh...bukan apa, just nak clarify dan make sure awal-awal, supaya takde la last minute punya plan. Bukan tu je, siap ada back up plan lagi.

Sape-sape yang bujang tu, takyah la nak gelabah sangat. Kalau dapat cuti awal, balik la kampung awal, takkan la nak balik kampung jiran sebelah pulak kan? Yang rumah mak sendiri dan mertua pun cuma sekangkang monyet pun takyah la risau sangat, sepagi hari raya pertama tu, dua-dua belah umah dapat pergi. Yang jadi topik ni menjadi panas dan hangat bila bini orang Kelantan, laki orang Johor (contoh sahaja, tiada kena mengena dengan sesape pun)...hah...baru la jadi isu.

Contoh tu memang terang dan nyata la sorang kat penjuru sana, sorang lagi kat penjuru sini, macam aku ni, dah satu negeri cuma lain-lain daerah pun bole jadi isu...sigh....Ntah la, kalau ikutkan, takbir raya kat mana-mana pun sama, tapi tak sah betul kalau malam raya tu tak kat umah mak bapak kita sendiri.

Kalau cam aku, aku akan kata, aku the only daughter, kena balik tolong mak, kesian kat mak. But then hubby pun bole cakap macam tu sebab dia pun the only son! After that, keluar la segala fatwa, sebab musabab kenapa kena raya kat 'umah mak saya' yang sometimes it lead up to an argument.

So, aku dan hubby mengamalkan sistem giliran, walau pun dua-dua rumah dapat pegi masa raya tuh. Cuma rumah mak kita / mak hubby jatuh hari raya ke berapa itu lah yang kena make sure dan clarify awal-awal. Tahun ni, kitaorang beraya kat rumah mak aku dulu dan beberapa hari kemudian baru la aku join in laws punya family pulak untuk beraya. Then bila raya haji, it turn to my hubby place first dan macam tu la dari sejak tahun pertama kitaorang mendirikan rumahtangga. Yang tak larat sebenarnya, nama je both side duduk Johor, tapi sedara mara ada yang kat KL, Melaka dan Singapore. Kiranya setiap kali raya, dari kawasan tengah Malaysia, sampai selatan aku covered!

Apa pun, aku tak kisah sangat, asalkan segalanya adil dan saksama, kalau kena raya dengan ni laws dulu pun takpe, nanti next raya, raya lak rumah mak aku. Dan aku percaya, semua ni kena la bawak berbincang jangan pentingkan diri sendiri je, baru la aman rumah tangga...;)

So, korang balik mana??

5 Comments:

At Tuesday, October 18, 2005 2:43:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

aku senang je. schedule raye remain d = every yr. bak kata ko, rmh mak sendiri ngan in laws sekakang monyet je.

tp time senbahyang raye, wajib ade kat rmh mak aku sbb nnt mak aku tinggal sengsorg plak bila semua org p sembahyang raye.

 
At Tuesday, October 18, 2005 3:58:00 PM , Blogger mommamia said...

Aku blk raya muo dulu thn ni yahu then raya ke-4 baru blk kg laki..t'ganu tu jauh ooo..dr muo straight gi t'ganu mau patah pinggang aku dok dlm keta ngan anak melasak lagi..aduss..syok la noha kg laki senegeri..

 
At Tuesday, October 18, 2005 4:22:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ailin : just i said b4, takbir raya kat mana2 pun sama je..:)

xura : tu la bestnya umah mak sendiri ngan in laws sekampung..apa org kata, menjerit pun bole dengar?..heheh...

sany : byknyerr plan...takpe..asalkan semuanya selamat ke tempat dituju

mar : camni, bole la aku singgah umah ko kat muo on the way balik kl..;)

 
At Tuesday, October 18, 2005 4:42:00 PM , Blogger mommamia said...

tu la,mai la singgah umah aku noha boleh nurin jumpa adik angkat dia hihi,blh gi umah mazia skali hah umah syena pun dekat ng umah aku..cewaah byk lak plan aku ni hihi

 
At Wednesday, October 19, 2005 1:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

gua tahun ni turn batu pahat, raya kedua baru Klang ... ngeh ngeh..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home