Tuesday, October 04, 2005

Malang tak berbau...

Aku keluar dari rumah macam biasa pagi nih. Elok je masuk dalam kereta, hujan pun turun renyai-renyai, walau pun tak lebat, tapi rintiknya halus dan banyak pulak. Fikiran aku takde lain, nak belikan Nurin breakfast pastu nak sambung kerja-kerja semalam.

What a lovely day today, kereta tak banyak, cuaca lak redup je. As we reached a junction, signaled to right and ready to cross the road when suddenly....


Bannngggg!!!.....



…..i just closed my eyes and held Nurin tightly when a motorcycle hit our car. Please God, save the motorist, because I don’t want he/she be our religiously nightmares. Slowly I opened my eyes and I saw, the motorist stand up and tried to walk.

Nampak macam luka, terhincut-hincut dia jalan. Hubby bawak dia masuk motorist tu that I discovered later was a ‘bangla’. Dalam kereta, semua orang senyap, yang kedengaran cuma keluhan kesakitan bangla tu. I’m trying to make a conversation with hubby tapi cam tak terbuka mulut.

Me : Teruk ke dia?

Hubby : Dia kata sakit kepala

Me : Kereta camne?

Hubby : ..sigh…teruk la jugak

Me : …sigh….

It was very quite until we reached Pusat Kesihatan. Aku tak rasa apa, bersalah langsung takde sebab aku rasa bangla tu yang bawak laju sangat dan langgar kitaorang. Lagi satu, aku pernah mengalami accident yang lebih teruk dari ni, jadi takle la trauma. But for hubby, it really a trauma! Sebelas tahun memandu, tak pernah terlibat dengan accident and he was very ‘skema’ dan berhemah, jadi cam takleh nak terima dia kena langgar.

Apa yang aku rasa masa tu, rasa cam nak lempang-lempang je bangla tu, tapi tak bole la pulak sebab rasa perikemanusiaan menghalang. Lagi pun dia luka kan? Yang buat rasa nak lempang tu sebab dia la lepas ni aku kena buat report kat polis, maybe tak pasal-pasal kena bayar compound, pastu kereta pulak ntah berapa la habis nak mem’repair’nya nanti.

Meanwhile, I tried call abah, but not answered. I really need an opinion how to make a report and I’m just lucky and blessed to have a friend like ‘ Deli’ who was a lawyer. He gave me some advise and information that very useful to us for the police report. Dalam dok aku bersembang ngan Deli through phone, aku nampak bangla tu melintas depan aku…hmmm…nampak cam ok je. Lepas ambil ubat aku Tanya dia beberapa soalan.

Me ; So camne sekarang?

Bangla : Tak apa, nanti ada kawan mari ambil

Me : U macam mana bawak motor, laju tau?

Bangla : Tak ada la akak, saya slow juga, itu hujan jalan licin

Me : Dah tahu hujan kenapa bawak laju?


Bangla : Tak ada la akak, sori la..

…eerrmm…pakkal je kat tempat public dan pakkal je ko sakit, kalau tak mau aku pelangkung kat situ jugak…

Sebelum kitaorang blah, bangla tu sempat bersalaman dengan hubby dan minta maaf. Bila fikir-fikir balik, nampak sangat cam orang bersalah kan? Menyesal tak heret sekali ke balai.

Later we discovered the motorcycle that he ride ada 6 saman dan satu waran tangkap! 2 dari saman tu saman sebab takde lesen! And that make hubby think maybe motor tu ‘motor panas’. Hubby takde mood nak pegi keje, terus amik EL. Lepas tu dia jadi PI la pulak, kumpul maklumat dan bukti, mana la tahu esok-esok bangla tu muncul nak claim apa-apa la pulak, so ada la benda for defense ourself. But, aku rasa bangla tu tak deserve untuk dapat claim apa-apa dan dia sepatutnya bersyukur yang dia masih hidup!

Well may dear friends, aku menyambut kedatangan Ramadhan tahun ni dengan ujian dari Tuhan. Bak kata adik aku 'Harap ko ngan abang An banyakkan bersabar, mungkin Allah nak uji ko di awal Ramadhan ni dan mungkin ada rahmat dan ganjaran darinya lepas ni. Sabar ye..'

Ya, at the end of the day, kami redha. Ini ujian Tuhan dan telah ditakdirkan. Berhemah macam mana pun kat jalan raya, kalau kita tak langgar orang, orang lak yang langgar kita. Aku bersyukur , aku, hubby dan Nurin tak apa-apa. Cuma kereta la, ..mmm…nak buat camne, sabo je la..

Btw, aku nak ucapkan terima kasih terutamanya pada Deli, u gave me so much help and relief and I know u always be there for a friend! Pada yang telefon dan sms bertanya kabar, thank you so much. Cuma semalam tak sempat nak cerita sebab sampai lab je, banyak dah kerja menanti…sigh…

Sempena bulan yang mulia dan penuh kerahmatan ni, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua, semoga kita menjadi lebih sabar, bertimbang rasa dan memperolehi ganjaran yang banyak, amin…

Daun ketumbar buah pelaga,
Buat penyedap penambah rasa,
Ikhlas dari kami sekeluarga,
Selamat menjalani ibadah puasa.

13 Comments:

At Wednesday, October 05, 2005 10:58:00 AM , Anonymous Anonymous said...

saba ek kak noha... malang mmg tak berbau... ingat lagi tak sy accident kat traffic light upm haritu? yang 3,4 kereta berlanggar bumper to bumper tu? tu nak dekat sampai opis dah.. tapi still, malang tak berbau. bende2 macam ni mmg pening nak setel.. duit pun satu hal.. tapi maybe ada hikmah behind all this. saba ek. slamat berpuasa gak. respek ngan akak... tak panik n gelabah bila berdepan ngan suma ni.. kalau saya, dah menggeletar kepala lutut

 
At Wednesday, October 05, 2005 11:42:00 AM , Anonymous Anonymous said...

zura : thanks, tu la kalau dah nak kena tu, takleh nak buat apa

panik gak, tapi cecepat la control, kesian kat nurin ngan hubby kalau akak pun panik ngan gelabah sama

 
At Wednesday, October 05, 2005 12:19:00 PM , Anonymous Anonymous said...

bagus la u relax je..so kereta camner ek? sabor je la mamat bangladesh tuh...

 
At Wednesday, October 05, 2005 3:02:00 PM , Anonymous Anonymous said...

fara : dah nak meletup gak nih, tapi nak buat mcm mana, benda dah jadi ... btw, bontot keta lak kena hari nih....sigh....

 
At Wednesday, October 05, 2005 3:29:00 PM , Blogger mommamia said...

Noha, accident lg arini?bontot keta lak?aduss..sabar yek, ujian di bln pose..patutnya heret skali mamat bangla tu gi balai biar dia kena saman..mmg penin bila accident ni,tak psl2 kena kuar duit..

 
At Wednesday, October 05, 2005 4:34:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : yup...eeemm..aku dah tak larat nak rasa apa-apa..bior lerr..

yg ngan bangla tu, Alhamdulillah, duit perubatan tak kuwa langsung sebab aku hantar kat pusat kesihatan je, pastu repair maybe claim insurance sebab dah tahap riban2 dah tuh...

 
At Thursday, October 06, 2005 9:41:00 PM , Blogger Leyla Shuri said...

Salam ramadhan Noha,
alhamdulillah bangla tu tak jadi mayat...eee seram kan?

Barulah klela nak buat round ucapan ramadhan.

Ulam timum sop peria,
buat juadah buka puasa,
Bulan ramadhan bulan mulia,
semoga digandakan pahala kita.

 
At Friday, October 07, 2005 9:33:00 AM , Anonymous Anonymous said...

kak lela,

Alhamdulillah, tu yg lega sgt, nanti panjang lak citernya

 
At Friday, October 07, 2005 2:29:00 PM , Blogger AuntyN said...

Sorry to hear about the accident. Accident tu pun macam lumrah lah. Dah dua tiga kali dah kena. So far Alhamdulilah tak lah trauma.
Selamt Berpuasa untuk noha dan keluarga.

Mai sini nak ajar bubuh link tu.
1. Tulis nama org yangnak link tu e,g Atenah
2. Kat atas tempat kita tulis cerita tu kan ada icon "link"? Click situ
2. Ada pop-up box yang tulis "http//: " Masukkan nama blog kat situ e,g atenah.blogspot.com
4. Dah OK dah lah tu. Try tengok tu.

 
At Saturday, October 08, 2005 10:17:00 PM , Blogger Kak Teh said...

noha chomel, Alhamdulillah noha sekeluarga selamat dan tak kena apa-apa! memang ujian ramadhan. Selamat berpuasa.

 
At Monday, October 10, 2005 7:07:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Syukur pd Tuhan Noha sekeluarga tak apa2.

 
At Monday, October 10, 2005 1:11:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia, auntyn, empty heart, nura, kak teh and kak tenah,

thank you so much! wait until my next entry, ok?

 
At Tuesday, October 11, 2005 8:05:00 AM , Anonymous Anonymous said...

sany : benda sedih bakpe nak upload, buat buruk blog aku jek..:)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home