Talapia goreng berempah
Entry ni khas untuk adik ipar aku, Ana kerana menjadi sifu untuk resepi nih dan masa aku datang ujung minggu hari tuh, siap jamu kitaorang lagi makan malam dengan ikan talapia goreng berempah ni. Actually resepi ni dari nenek belah hubby dan nenek tu memang pandai memasak. Jadi ada la cucu-cucunya yang mewarisi kepandaian dia nih.
Kalau Ana beli ikan kat Giant / Carrefour, aku beli kat pasar malam je, tapi dont worry, gerenti fresh sebab aku beli tu hidup lagi! Siap siang dan buang sisik juga. Oh ya Ana, resepi yang Ana bagi tuh, akak tambah sikit, tambah jintan manis dan gula sikit.
Memula, balik dari pasar malam, aku terus bersihkan dengan air asam. Pastu perap ikan dengan rempah-rempah yang dah ditumbuk. Aku tumbuk rempah tu sebab nak bagi dia bole melekat kat ikan. Bole gak blender, cuma cair sikit la rempah tu.
Lepas 2 hari, baru la aku sempat nak goreng ikan nih. Bak kata sifu, goreng biar garing, hitam sikit pun takpe.
Ini la juadah makan malam kitaorang semalam. Ada air asam, ulam kacang botor, kobis panjang masak sayur air dengan carrot dan suhun dan telur dadar. Telur dadar tu special untuk Nurin, suka sangat makan telur dadar.
11 Comments:
mak cik noha ni boleh jadi tukang masak pro lah. Asyik citer pasal makan jer, make sure bersenam pun kena seiring (cewah,advice org,sendiri pun tak buat..hihihi).Nampaknya telur dadar tu favourite resepi kat mana2 rumah org yg ada anak. Dulu anis pun hantu telur,sekarang kureng sikit sejak ada ayamas crispy. Faiz hantu telur...menu wajib...kat kedai atau kat rumah..
noha, ajarle kite camner nak donload lagu2 macam noha buat tu.kite suka lah, klassik nye dengar lagu uji rashid & hail amir hari ni. pls email me at belacan_singapore@yahoo.com
Thanks.
kak SJ : sure can...nanti check email ek..
saya ni kak, kecik2 lagi memang nak memasak sbb anak sulung kan, kena take care adik2...
masak2 simple2 ok la, utk family ngan kawan2 je makan,
Aduh Noha, terliurnya tengok. Actually masakan simple macam ni yang selalunya lebih menyelerakan. My husband kalau ada sambal, air asam, ikan kering ... ha, barulah complete the meal! Agaknya raya ni Noha masak apa?
t'ingat ko bakar ikan guna oven kecik aku mase kat rumah serdang dulu.. ingat x?
slurrpp..sedapnye..noha, ikan tu pedas ke tak?menu ko tu kalu tambah sambal belacan sure lg kaw terangkat punya!
QOTH : sambal belacan tu fav hubby, baru 3 bulan kawen, berat badan naik! kalau raya ikut menu mak, selalunya ketupat/lontong, ayam masak merah, rendang daging, lodeh ngan sambal tumis, semua ni tak penah miss lagi sejak kecik sampai beso..heheh
xura : aku dah tak ingat menu apa aku masak, cuma aku happy kalau korang makan sampai licin!
mar : ikan tu terpulang, kalau nak pedas, bole buh cili byk sket, nak resepi bole pi blog 'ana'. aku takde cili merah semlm sbb tu aku buat air asam je, cili api yg ada pedas sgt, tak sangka pedas2 tu, semangkuk air asam habis!
isykkk nie tak tahan nieh... tapi buat sendiri tak best... nak suruh noha masak lah ..
ruslaa : bole, ruslaa cari bahan2nya, saya tolong masakkan...;)
rojakbuah : sama la kita, saya pun suka ulam petai. eh bukan awak pose ni kat iran ke? kena la bawak bekalan dari sini nampaknya..
wah, besarnya ikan sepat tu.
Org kampung klela panggil ikan sepat.
kak lela : besar tu sebab close up..;)..tapikan kak, rasa saya sepat tu lain rupanya..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home