Thursday, September 15, 2005

Seminar

Satu hari berseminar, satu keje pun tak buat, satu kepala sarat dengan segala maklumat dan satu perut penuh dengan segala macam khasiat! Honestly, aku dah tak larat, nak balik tapi hubby dah tak abis keje lagi...mmm...

sambungan.....

Satu hari berseminar semalam, tak sempat nak check email, blog pun dapat masukkan satu entry je, tak sempat nak berbloghop..

seminar semalam tu pasal satu company ni GE, nak kenalkan product baru, product baru nak launch. dia jemput bos aku sebab kitaorg dah beli beberapa equipment dari GE ni, jadi cam courtesy gitu. bos aku pulak, bawak staf2 dia temasuk aku (baik bos aku nih, sayang tul aku kat dia, walau pun dia cuma bos kecik je, tapi aku lebih respect dia lebih dari bos besar)

seminar tu kat jw marriot putrajaya, tak ramai yg dtg, tak sampai 20 org pun and fyi semua perempuan!. tak penah aku rasa sronok sgt pegi seminar. untuk pagi semalam, ada 2 lectures, setiap satu tak sampai pun 1 jam, pastu penceramah dia pun best, sikit2 buat lawak, she is from sweden. between lectures siap ada games and quiz dan ada hadiah sekali.

coffee break pagi tu, diaorg bagi kuih lapis, croissant berinti ayam dan murtabak. aku amik sebiji je setiap satu sebab pagi tu pun dah breakfast. kenyang gak la. pastu bila lunch aku makan lauk-pauk je, pelik kawan2 aku tgk aku tak makan nasi, tapi tu la dah masih kenyang, jadi aku makan lauk je la. yang kelakar tu masa minum ptg, ada brownies, croissant (kecik2) berinti tuna dgn taugeh (pun kecik2) dan popiah. semua sedap! lepas makan bila nak balik tu, tetiba pihak penganjur bagi tupperware, dia kata "amik la, tapau the food, byk ni, jgn tinggalkan kalau bole"..kitaorg puzzled gak, ye la, mana ada hotel yg buat macam ni. bila nampak muka kitaorg camtuh, pihak penganjur kata, " don't worry, i yang request"..well, tapau je la...heheh

the best part is, aku dapat kenal scientist, lecturer dan students yang kebanyakkannya buat research sama macam aku. jadi bole la berkenal-kenalan sambil bertukar2 pendapat.

walau pun tak menang apa pun kuiz, dapat la gak bawak balik sauvenir dari pihak penganjur. Mmm..mesti korang rasa apsal pihak penganjur cam bermurah hati je, seminar tak payah bayar, buat kat hotel pastu siap bagi hadiah lagi, hah! kalau korang nak tahu, satu equipment yang kitaorg beli je harganya dah dekat suku juta, itu baru satu, sejak dari tahun 1998 hingga tahun ni dah ada 3 alat tu kat sini, jadi mesti la byk profit yang diaorg dapat. setakat nak bagi free lecture, makan ngan hadiah, takde masalah sgt. btw, all the services and the accessories pun kena buat dan beli ngan diaorg, thats way diaorg mampu buat seminar macam tuh.

apa pun, best sgt semalam, all in one!


3 Comments:

At Friday, September 16, 2005 5:00:00 PM , Blogger Fara said...

i pun kalau gi memana seminar, food la yg i fikir dulu huhuuuu..then sourvenir...last sekali baru la content..ahaksss...sad but true

 
At Wednesday, February 21, 2007 5:55:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! »

 
At Wednesday, March 07, 2007 5:30:00 AM , Anonymous Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it » »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home