Friday, September 09, 2005

Revenge...i don't think so...

"Akak, ada citer ni, bila akak naik?"

"Lambat lagi la A**. Citer apa? Kenapa?"

"Takpe la, nanti saya turun"

Hai..ntah apa la budak ni citer kat aku tu. Mesti ada la yang sensasi tu. Sejak aku buat keje kat lab ni, aman sikit hidup, tak banyak gangguan, keje pun bole focus. Tu yang kekadang terlepas citer-citer yang sensasi lagi terkini. Tapi takpe, reporter tak bergaji ramai, citer-citer tu sure sampai kat aku gak.

Dalam pukul 5 , bila semua keje dah habis, masuk je lab, aku nampak dah Si A** dok tersengih-sengih…mmm…nak bercerita la tuh.

"Hah! Apa dia yang A** nak citer tadi?"

"Alah kak, Kak N tu, dia tanya saya tadi"

"Tanya apa?"

"Hmm…dia perasan dah, apsal akak dah tak ‘mesra’ lagi dengan dia cam dulu, akak senyap je skang ni, dia tanya kenapa?"

"Dah tu, ko jawab apa?"

"Saya kata la, iye ke?, Saya tak perasan pun"

"Hahahhaha….paadan muka, Ko pun satu, pandai dah berlakon yek skang nih, buat-buat tak tahu konon.."

"Biasa la kak, nak idup..heheh.."

Well, I think she deserved it, ye la, sape suruh buat ‘ta*k’ ngan aku. Actually Akak N tu satu masa dulu, selalu la bertepuk bertampar dengan aku, shared makanan dan kongsi la segala yg bole dikongsi. Tapi dalam diam-diam, rupa-rupanya talam dua muka, bawak mulut sana sini, memburuk-burukkan aku. Aku la, punya la buta dan pekak, tak sedar pun dia buat semua nih, pada aku.

Yang nampak dan dengar lak, diam je, tenguk je dari jauh aku diperkotak-katikkan. Aku pun tak salahkan diaorg, it’s a burden juga untuk diaorg, ye la, takkan senang-senang je dia nak cakap kat aku, yang Akak N tu buat macam-macam kat aku, kang nanti dikatakannya pulak diaorg ni, batu api. Jadi, jalan tengahnya, diam je, sampai akhirnya aku sedar sendiri.

Hai bodoh tul rasa diri aku nih, mudah sungguh dibuat dek orang. Bak kata hubby ngan kengkawan, aku nih baik sangat. Takde la baik camne, tapi aku rasa, kita patut la layan orang dengan baik, berbaik sangka, jangan busuk ati, ntah apa la yang aku buat, kakak tu tak puas hati ngan aku, ntah apa juga yang diirihatikan….mmm….

Apa yang patut aku buat? Takkan aku nak balas dendam, tak kose! At the end, aku jauhkan diri dari dia. Kalau dulu waktu breakfast, aku selalu gak share makanan, skang ni, aku makan sensorang, tak pelawa pun. Kalau dulu, dari jauh aku dah tegur sape dia, skang ni, kalau terpandang muka, aku senyum je la, itu pun aku rasa sumbing semacam je. Kalau dulu, memacam aku tegurkan dia, ada je topic yang nak dibualkan, skang ni, nampak je muka dia, aku pegi tempat lain, kira kalau bole avoid, memang avoid la makcik sorang nih. Agaknya, sebab tu la dia terasa kot.

Dalam dok macam tu, sempat plak dia tanya dengan one of our senior, apsal aku jadi macam tu, maksudnya kenapa aku cuba jauhkan diri dari dia, korang nak tahu apa jawapan senior tu? (lebih kurang la cam ni yang dia cakap)

"Hah! Tu la kak, mulut tu main sedap cakap je, asik jaga tepi kain orang, sebab tu la Noha jadi camtuh"

Huh! Amik ko!, Kena sebijik. Dengar citernya, kakak senior tu pun dah dengar banyak citer pasal Akak N ni, dia pun dah tak larat dengar orang sana sini mengadu. Tu yang bila kena waktu yang sesuai, sedap je la dia melaser…heheh…

Masalah, aku memang macam ni, aku akan jadi kawan yang baik, pendengar yang setia, sanggup buat apa saja demi nak menolong kengkawan, TAPI, hah ada tapi nih, kalau sekali aku kena tipu, kena ‘kenc*ng’, mmm…jangan harap la aku nak percaya dengan orang yang buat aku tuh, Maybe aku bole memaafkan dia, tapi untuk menerima dia semua, NO WAY JOSE!

That’s why la aku jauhkan diri dari dia, aku rasa takde gunanya aku berkawan baik dengan dia, Actually dah 2 kali sebenarnya dia buat aku. Tenguk tu, 2 kali tau, tapi kali pertama tu, kononnya aku bagi peluang la kat dia, maybe aku blom kenal dia sangat dan dia pun cam tu gak. Rupa-rupanya, peluang yang aku bagi, sia-sia jek. Jadi seblom jadi untuk kali yang ketiga, baik la aku buat camni. Bila fakir-fikir balik, takde pekdah pun aku kawan dengan dia sebenarnya. Dalam team work, ok la, tapi dari segi friendship yang sebenar, takde ertinya...tak guna..hampasss…itu je yang aku bole kata.

Walau macam mana pun, I take this as a lesson, pengajaran yang paling berguna dalam sejarah hidup aku. Baru la aku dapat menilai yang mana intan, yang mana kaca. Alhamdulillah, ini juga salah satu ujian dan petunjuk dari Allah. Lepas ni, aku akan lebih berhati-hati dalam berkawan.

Hmm….panjang entry aku kali ni, maklumlah, rasa cam lama je aku tak post something kan? Tapi sekali post, hah ko, panjang berjela! Takpe, kasi lama sikit korang baca. Sebab petang ni aku cuti dan sampai Isnin. Balik kampong membawa duka nan lara…chewwaahh…Takde la, aku dah tak amik pot pun pasal kakak tu, apa nak jadi pada dia, sukati ler, pepandai ko ler… Aku balik kampong ni, nak jumpa mak bapak dan sedara mara terchinta. Lama dah aku tak balik, last ari tu 1 Mei lepas.

So, panjang umur jumpa lagi Selasa depan ek. Kalau ada internet access kat umah, bole aku update hari-hari. Bole la citer ngan korang apa yang aku makan kat rumah, maklum la jumpa mak, mesti makan pun sedap2 kan?...heheh…

Ok la, selamat berhujung minggu, sape yang balik cam aku, berhati-hati di jalanraya. Sape yang tak tu, buat la apa-apa yang patut.

Babaiiii….

2 Comments:

At Tuesday, September 13, 2005 1:33:00 PM , Anonymous Anonymous said...

aku rasa sama gak cam ko ju, tak rugi apa pun hilang kawan yang macam ni, aman lagi hidup ada la.

skang ni, bila kak N nak buat apa2 pun mesti aku suspicious, apa tujuan dia, kenapa buat macam tuh, ikhlas ke tak...tgk la, camtu sekali, aku dah tak percaya pada dia lagi!!

 
At Tuesday, February 06, 2007 3:33:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! vibrator orgasm sounds butt spank Colorado golf summer rentals

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home