Tuesday, September 06, 2005

Dengan menyebut nama Allah

Dengan Menyebut Nama Allah

Dengan menyebut nama Allah
Jalani hidupmu
Yakinkan niatmu
Jangan pernah ragu

Dengan menyebut nama Allah
Bulatkan tekadmu
Menempuh nasibmu
Ke manapun menuju

Reff:
Serahkanlah hidup dan matimu
Serahkanlah pada Allah semata
Serahkanlah duka gembiramu
Agar damai senantiasa hatimu

Oleh : GIGI


Ini la lagu yang korang tengah dengar kat blog aku nih. Lagu ni pertama kali aku dengar dari blog Kak Atenah...ya sifu yang mengajar aku camne nak upload lagu dalam blog. Sekali je dengar lagu nih, terus tangkap cintan, Yang pelik tu, aku takde plak dengar lagu ni kat mana-mana stesen radio setakat ni.

Aku penah buat entry pasal lagu ni dalam bulan Julai lepas, tapi masuk tu aku tak pandai lagi meng'upload' lagu, jadi aku je nyanyi sensorang tapi muzik iringan.

Sekarang ni, best je la..anytime aku bukak blog aku, aku akan dengar lagu nih....sampi hafal tuh lirik dia.

Dalam entry ni, aku nak tujukan lagu ni untuk Kak Atenah, dengan ucapan, terima kasih kerana sudi menjadi sifu kepada diriku ini, juga semoga akak tabah berada di perantauan..chewaahh... Juga ditujukan buat Edy, rakan karaoke kat lab...dengan ucapan, jom kita nyanyi sesama, biar langit yang cerah jadi mendung..heheh...oh ya, btw, langit kat luar sana pun dah redup je, maklumla, kitaorang baru jek berduet nyanyi lagi Bagaikan Sakti...Edy jadi M. Nasir..aku?..eh..sure la Siti Nurhaliza..ooppss.. of course la bukan rupa yek, sebab aku dah cukup comel, suara tu yang penting...

So guys, harap korang suka dengar lagu ni.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home