Friday, October 14, 2005

Peringatan : Anda dilarang untuk meneruskan pembacaan sekiranya imej-imej yang terpapar menyebabkan anda batal pose. Sila beredar dari sini...eerr...malam nanti kalau dah buka pose, bole la datang balik...



Ini la menu utama juadah berbuka puasa semalam, ikan cencaru sumbat. Resepi ni aku belajar dari mak aku. One thing about me, kalau memasak, tak pernah sama resepinya setiap kali memasak padahal aku masak benda yang sama. Sebab apa? sebab aku tenguk bahan, kalau cukup, ok la, kalau tak aku tambah tolak mana-mana yang patut. Hari ni, aku akan perturunkan resepi cencaru sumbat ni untuk korang, lain kali korang bole cuba sendiri.

Bahan-bahan :

1 ekor ikan cencaru, sederhana besar

3 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1/2 inci halia

1 inci kunyit

3 batang serai1 biji cili merah (kalau nak pedas bole ganti dengan cili api)

1/2 sudu teh garam

3 sudu teh gula

1 biji limau kasturi / asam jawa / cuka

1 senduk minyak untuk menggoreng

Siang ikan untuk buang isi perut dia tapi kulit dia jangan buang. Pastu belah belakang ikan tu memanjang dari kepala sampai ekor.Bawang putih, merah, halia, kunyit, serai dan cili ditumbuk, tapi kalau otot lengan korang lemah, sila blendar/kisar, takut pulak cencaru tak sempat goreng, korang dah masuk spital! Kemudian gaul bahan tadi dengan garam, gula dan limau atau asam sesedap rasa.

Selepas tu, sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk/kisar tu kat belakang ikan yg kita belah tadi, masukkan jugak kat bahagian perut dan kepala.Letak ikan dalam kuali, masukkan minyak, tutup kuali dan goreng ikan dengan api yg perlahan. Setelah agak garing, terbalikan ikan dan goreng lagi. Selain digoreng, ikan ni pun bole dibakar atau sape yg suka lemak-lemak sikit bole deep fry.


Kuih-muih pulak selalunya hubby yang beli, semua pilihan dia sebab yang banyak makan pun nanti dia jugak, aku selalunya cuma makan 2,3 biji je. Dah kenyang makan nasi, tak larat nak makan kuih.


Along with cencaru sumbat, aku masak gak sambal sotong. Err...mesti korang tertanya-tanya, camne la aku boel sempat memasak semua benda-benda ni dalam masa tak sampai satu jam, kan? Sebenarnya ikan tu, aku dah prepare 2 hari lepas. Sotong ni pla, sambal tumis dia segera, aku cuma tumis bawang je, pastu tambah 2,3 sudu sambal, dah siap!


Bila semua lauk kering tanpa kuah, aku buat la sayur air tumis, lagi pun Nurin suka menghirup. Sayur air aku ni ada tauhu kering, kentang, suhun, carrot dan kacang buncis. Aku tabur gak daun sup dan bawang goreng. Perisanya aku guna ikan bilis je.

Alhamdulillah, semua habis, senang aku nak mengemas dan membasuh. Kalau bole aku memang cuba masak untuk ngam-ngam sekali makan je, malas nak menyimpan kalau ada lebih. Sahur lak, aku ngan hubby memang jarang makan nasi, kalau ada pun nasi goreng, jadi takde lauk, tak jadi masalah.

So, apa lauk korang berbuka hari ni??

14 Comments:

At Friday, October 14, 2005 11:58:00 AM , Blogger OOD said...

lapalapalapalapa..
semalam sambal sotong jugak, tapi tumis cili padi.

lapalalapala

 
At Friday, October 14, 2005 12:43:00 PM , Anonymous Anonymous said...

tmuis cili padi?..err..sebab tu la asik buat 'big water business' je kot...heheh

 
At Friday, October 14, 2005 12:44:00 PM , Blogger mommamia said...

aduss..cair air liur tgk gambo tu, ko mmg pandai matchingkan lauk la noha, cam kena je tiga2 lauk tu..cencaru sumbat tu mmg fav. aku,and noha aku pun pakai trick kalu takde kuah,buat sayur tumis air campur kentang,suhun,kulit tauhu..nyumm nyumm..bukak restoran la noha hihi

 
At Friday, October 14, 2005 12:50:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : tu la, ada gak org suruh aku bukak restoran ke, buat catering ke, tapi tak cukup modal la..ko modalkan bole tak?

kena pandai matching sebab hubby nih cerewet sikit, ikut aku nak je masak singgang, senang, rebus dan campak je...eeii..lama tak masak singgang

tapi sejak kawin jadi kreatif lak aku ni..tak pe la, bak kata ko, aku pun nak cari pahala pose byk2 tahun ni

 
At Friday, October 14, 2005 1:10:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

hmm... mesti best buka msk sendiri. klu aku nk msk pun x sempat sbb blk rmh, sembahyang asar, mandi, dh pkl 6.15. ade 45 min je lg nk buka. nasib baik dok ngan mak aku.

 
At Friday, October 14, 2005 1:40:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : aku pun sampai umah 6.15 ptg..tu yg berkuntau tak sudah! nasib baik an tolong kemas dapur dan basuh periuk while i'm bathing. itu pun kuwa toilet dah azan, singgah meja capai kurma sumbat dalam mulut, trus masuk bilik pakai baju...iiskk...bole dikatakan hari2 camtu...

so, u r just lucky having ur mom around..

 
At Friday, October 14, 2005 1:50:00 PM , Blogger Fara said...

kuntau2 nih, join silat cekak ustaz hanafi ke?

Aku bukak posa umah mertua, sahur je masak ...

 
At Friday, October 14, 2005 1:56:00 PM , Anonymous Anonymous said...

fara : best la, menantu manja la katakan....;)

 
At Friday, October 14, 2005 9:05:00 PM , Blogger Kak Teh said...

aaarggggggh klambat lagi nak buka posa!

 
At Tuesday, October 18, 2005 11:47:00 AM , Anonymous Anonymous said...

kak teh & cik jin : sori lerr...sape suruh masuk sini..dah bagi amaran kan...jgn salahkan saya..ampun..

sany : ko bebaik sany, bawak siela jalan sana sini, dia dah sarat tu, terbranak dlm keta kang...

 
At Monday, October 24, 2005 7:07:00 PM , Anonymous Anonymous said...

that is the weirdest looking ikan cencaru sumbat in my life ... heheheh ... cam mutated jer ikan cencaru tu ... hehehehehe hahahaha ... hihihihih, the sotong looks nice though, too bad i'm on diet .... hehehehe thanks for sharing your ikan cencaru joke ... hehehehehe

 
At Tuesday, October 25, 2005 8:18:00 AM , Anonymous Anonymous said...

wierd?..bukan weird la...gemuk sgt sebab byk sgt sumbat ...kalau rasa, baru tahu sedap ke tak tau!..

 
At Tuesday, October 25, 2005 7:40:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

Dear Pn. Nohachomel,

Please forgive for my rude comment yesterday (cencaru). I wasn't being myself yesterday, was a bit too excited for no reason. Probably it was due to the coffee that I took the night before. I'm a fan of ikan cencaru especially ikan cencaru bakar and ikan cencaru goreng berlada.

Once again please accept my sincere apology and I pray that you and your family will always under the blessings of Allah.

Selamat Hari Raya.

Wassalam

 
At Wednesday, October 26, 2005 1:44:00 PM , Anonymous Anonymous said...

w'salam Mr. Anon (i think la...)

tak kisah pun...tak marah..:) really!!..

kalau nak rasa ikan cencaru sumbat yg saya buat, bagitau la...takleh sama cam kat tempat lain, sedaaapppp.....hehehhe..

btw, sape u nih?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home