Monday, October 10, 2005

A Miracle?

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

Lama dah aku tak update, memang banyak perkara yang berlaku minggu lepas yang menyebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan, in fact, hari ni pun ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.

Seperti hadis kat atas, apa yang berlaku memang musibah dan menguji kesabaran. Kadang-kadang bila duduk-duduk tu, aku terfikir juga, apa la agaknya yang Tuhan cuba nak beritahu atau apakah hikmah di sebalik semua ni. Apa pun, aku dan hubby redha, ini cuma sikit, mungkin peringatan je, ada orang tu lebih teruk lagi kena berbanding dengan aku. Jadi lepas ni, kenalah lebih berhati-hati dan selalu berdoa pada Allah agar dijauhkan dari segala petaka.

Ada kawan aku kata, macam mana aku bole handle semua ni, I seemed like very calm and positive. Ye la, nak buat macam mana, benda dah jadi pun, pasrah dan redha je la, aku dan hubby hanya mampu berdoa semoga Allah kuatkan iman kami berdua, berikan kesabaran untuk menghadapi apa jua rintangan dan murahkan rezeki kami lagi selepas ini.

Dan hari ni, aku yakin setiap musibah dan kesabaran ada ganjaran disebaliknya. Dan juga tepat la seperti rukun iman yang ke enam, percaya pada qada dan qadar Allah, kerana Allah sahaja yang mengetahui kenapa dia buat macam tu dan apa yang terbaik untuk kita.

Kronologinya :

Selasa, 04.10.05, 7.45 pagi : Accident, kena langgar dengan motor pada bahagian depan kereta
Rabu, 05.10.05, 12.30 tghari : Accident, bumper kena ‘cium’ dengan kereta belakang
Khamis, 06.10.05, 3.00 ptg : Got a job interview via phone.
Isnin, 10.10.05, 9.45 pagi : Real interview and I GOT A JOB!!!

Alhamdulillah, kuyakini, inilah ganjaran dan hikmah yang aku dapat selepas ditimpa musibah itu. Aku tak terkata, terucap dan tak tergambar, begitu cepat semuanya berlaku, it was like a blink! And I’m truly grateful and blessed by Allah our Creator, Alhamdulillah. Dan aku percaya, juga bahawa doa-doaku selama ni telah Allah dengari cuma mengambil masa sahaja untuk diperkenankan. And its never enough to thank to Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tak dapat aku gambarkan, ini lah saat-saat yang aku tunggu sejak 3 tahun yang lalu, an offer and a real job. Dalam dok gembira tak terkata ni, terkenang juga kengkawan kat sini, I will miss them tremendously! I will miss my job here and my supervisor cum my teacher. She is very nice and kind to me dan aku hanya mampu berdoa agar dia sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Tak terbalas segala jasa-jasanya padaku hanya Allah juga yang mampu membalasnya.

As I always been told, God works in mysterious way, and what I have to do is, keeps on pray and have faith in Him!

16 Comments:

At Tuesday, October 11, 2005 7:36:00 AM , Anonymous Anonymous said...

kak noha... congrates! happy for u to!! nanti jgn lupakan kitorang kat sini tau..sob..sob..

 
At Tuesday, October 11, 2005 8:01:00 AM , Anonymous Anonymous said...

zura : i'll never forget u, insyaAllah, nanti kawen jgn lupa lak jemput akak, ok?

 
At Tuesday, October 11, 2005 8:47:00 AM , Blogger Selipar Jepun said...

congratulation sis... alhamdulillah..keje ape & kat ner? Bile start kat new place tu ?

 
At Tuesday, October 11, 2005 9:34:00 AM , Anonymous Anonymous said...

sany & kak SJ : thanks, Alhamdulillah, rahmat bulan puasa. position sama cam sekarang, researcher. kat sunway, start bulan depan :)

 
At Tuesday, October 11, 2005 10:40:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Glam.com Launches First Fashion Blog Network
Glam.com announced Oct. 5 that it will offer the first fashion blog network. The network will include fashion blogs focusing on a variety of topics including clothing, accessories, trends, insider information, ...
found your blog - good work Play free strip poker the most popularity game anywhere

 
At Tuesday, October 11, 2005 10:54:00 AM , Blogger AuntyN said...

Tahniah.

 
At Tuesday, October 11, 2005 12:38:00 PM , Blogger mommamia said...

noha, million congrats!alhamdulillah..murah rezeki ko-kat sunway?dulu opis aku kt situ skang pindah s.alam dah, kalu tak,boleh jumpa mkn2, borak2-aku lama tak update gak ni server prob baru ok arini.

 
At Tuesday, October 11, 2005 2:38:00 PM , Blogger Fara said...

cayalah! berkat Ramadan

 
At Tuesday, October 11, 2005 3:46:00 PM , Blogger najwa said...

Hi Noha..baru ni aku sempat nak baca blog ko and post comment. You're one tough mommy. Kalau kite laa dalam situasi Noha with all the trials yang Noha lalui, maybe tak setabah Noha. But see? All your patience paid off kan? I hope you will be happy in your new job. I'll definitely come and 'jenguk' this blog selalu..

P/S: Can I link to ur blog? Boleh kan kan kan??

 
At Wednesday, October 12, 2005 8:05:00 AM , Anonymous Anonymous said...

auntyn : thanks, oh ya, saya dah pandai link-mengelink...thank u so much..muahsss

mar : thanks, Alhamdulillah. aku rasa kan mar, sebab tu ko pindah, kalau tak mesti kita asik merendek je kat sunway pyramid..;)

fara : yup, berkat ramadhan, Alhamdulillah!

najwa : yeahh, berbaloi sgt, Alhamdulillah, and thank you for coming here :). link?..sure cannn...

 
At Wednesday, October 12, 2005 10:38:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

congrates... soo... x jd lah blk sini....

 
At Wednesday, October 12, 2005 11:47:00 AM , Blogger noha chomel said...

julia : thanks, keje skang ni mmg ok i mean dari segi 'keje'nya sebab aku memang minat sgt labwork, cuma yg tak ok, kontrak, gaji kecik and no benefits at all! so, camne aku nak improve?? dari segi skill, experiences and knowledge, mmg aku tak nafikan, very valuable, takleh dapat kat tempat lain, tapi sampai bila aku nak macam ni?

jadi bila ada peluang lagi baik, why wait? and futhermore it suit me and the offer is good, so i think take the chance la, tul tak?

apa pun, doakan semuanya ok, aku rasa aku still bole mem'blog' sebab keje aku nanti pun ngadap pc je, tinggal sempat tak sempat je la..

xura : thanks, ko masih cuti ke semalam? balik bp? mmg nak balik, tapi dah rezeki kat sini, keje dulu, but still, satu hari nanti, aku ingat nak berkampung gak la kat bp ...:)

 
At Wednesday, October 12, 2005 1:13:00 PM , Blogger Leyla Shuri said...

alhamdulillah, itulah hadith kata jgn kecewa bila dapat kecelakaan, ada hikmah sebalik semua yang terjadi.
Noha dapat kerja dgn gomen ke?

 
At Wednesday, October 12, 2005 2:43:00 PM , Blogger shidah said...

Congratulations!

 
At Wednesday, October 12, 2005 5:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kak lela : Alhamdulillah, saya redha dengan semua yang terjadi. its a private company, dah tawar ati dgn gomen, apply asik tak dapat jee, kalau dikumpulkan application, mau setaman pokok habis buat kertas. rezeki kat private kot...

kak shidah : thanks and Alhamdulillah. btw, thank you for dropping by ;)

 
At Friday, October 14, 2005 12:41:00 PM , Anonymous Anonymous said...

thanks rojakbuah, insyaAllah

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home