Tuesday, October 25, 2005

Masak untuk berbuka

Pertama sekali, berbanyak terima kasih buat zura, mar, selipar jepun, jiwarasa dan queenofthehouse untuk doa dan kata-kata perangsang yang dikirimkan. Buat aku kat sini sebenarnya, tak jemu-jemu berusaha, tak putus-putus berdoa dan tawakal pada Allah. Aku yakin semuanya bersebab dan tentu ada sesuatu disebaliknya.

Okeh.... tak mau sedey-sedey...life must goes on rite? apa topik seterusnya..oh, masak untuk berbuka. Buat pertama kalinya bergelar isteri sejak 4 kali meniti Ramadhan, Ramadhan kali ni aku masak untuk berbuka. Dolu-dolu bukannya tak penah masak masa bulan puasa, tapi bole dikira dengan jari berapa kali je aku masak.

First time puasa sejak bergelar isteri, aku pregnant masa tu. Seksa sungguh masa tu sebab tenguk dapur pun aku menyampah! Bau nasi tengah menggelegak pun rasa cam nak muntah, so camne aku nak masak. So, everyday kitaorang pi pasar ramadhan.

The next year pulak, ada baby, jadi payah la nak 'berkuntau kat dapur, end up beli gak kat pasar ramadhan. Dan tahun lepas pun macam tu jugak.

Tahun ni, macam mana pun aku try nak masak, dah muak dengan lauk pauk kat pasar ramadhan. Sebelum-sebelum ni pun sebenarnya kalau pegi pasar ramadhan aku cuma beli lauk-pauk, balik rumah tinggal masak nasi.

Nasib baik la dapat hubby yang tak banyak songeh, semua tala. Ada la jugak sikit-sikit yang dia tak berkenan, so takyah la buat. Aku buat deal dgn hubby, masa buka makan berat terus eg. makan nasi ngan lauk-pauk, jadi memalam takyah mentong. Bila dah 2 minggu ni asik berbuka nasi, boring la pulak. Jadi semalam aku buka sandwich tuna dengan cucur udang. Aku dah planned menu untuk seminggu ni, hari ni makaroni goreng, esok kueh tiaw kungfu dan lusa meehoon sup.

Tak sabo nak tunggu hujung minggu, sebab nak balik kampung. Pastu bole la berbuka dengan juadah yang mak masak...mmm....bestnyerrr!!

6 Comments:

At Wednesday, October 26, 2005 1:42:00 PM , Blogger Kak Teh said...

kak teh nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin sekarang takut tak sempat. dah siap nak balik jadi terlalu sibuk sekarang ni. nak rasa macam mana berhari raya di malaysia pulak!

 
At Wednesday, October 26, 2005 2:16:00 PM , Anonymous Anonymous said...

sany : eh sany, tahun ni lauk aku masak sendiri la, lauk tunjuk tu 2,3 tahun lepas punya...

ingat nak beli mercun gak, tapi takleh main kat jb, nanti org kata pengetua tak menunjukkan contoh teladan yg baik sebab menantu dia main mercun!!

kak teh : selamat hari raya, maaf zahir batin jugak. berhati-hati di dalam perjalanan, kalau dah sampai mesia, sempat jejalan, bole singgah umah. kalau tak sempat, saya faham..:)

pls dont hesitate to call/sms me at 013-7708355 ok?

selamat pulang ke tanahair..:)

 
At Wednesday, October 26, 2005 2:48:00 PM , Blogger Queen Of The House said...

Heh heh heh Noha, one thing I like about your blog, asyik cakap pasal makan & menu aje. Akak suka, akak suka! Mesti sedap Noha masak. Orang kata kalau pandai cakap pasal makan, mesti pandai masak :)

 
At Wednesday, October 26, 2005 4:23:00 PM , Anonymous Anonymous said...

thank you QOTH..heheh...takde la pandai sgt, setakat ni bole la makan, takde lagi yg keracunan...heheh...

dikelilingi org2 yang pandai masak ; mak saya, MIL, SIL, nenek2..lama2 tu terikut2 la..lagi pun suka makan, jadi kena la belajar camne nak memasaknya..

camne pun, i'm still learning...teringin gak satu hari nak buat catering..heheh...berangan je!..

 
At Thursday, October 27, 2005 10:18:00 AM , Blogger Fara said...

cuti raya gi summit parade tak? ;) kot2 terserempak kat sana ke? hehehe!

 
At Thursday, October 27, 2005 1:00:00 PM , Anonymous Anonymous said...

summit?...tak sure ahh..tapi mmg ada paln nak merayap kat bandar..rak larat nak pi summit tu, parking selalu full, pastu org ramai yg amat!

dtg bp, singgah le umah...call / sms first 013-7708355

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home