Thursday, October 20, 2005

Hujan....

Keluar dari rumah pagi tadi, cuaca redup dan sejuk.."Hmm...nak hujan kot?, bagus juga, puasa-puasa ni tak la haus sangat kalau berpanas".

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, langit semakin hitam dan bila-bila masa sahaja akan mencurahkan kandungannya. Dalam dok kalut-kalut buat labwork, labmate aku yang baru masuk tiba-tiba bersuara..

"..bal..bla.....meninggal!.."

"Apa?..Siapa?"

Iskk...siapa la yang Z**a cakap nih, tak berapa clear, tapi aku nampak hidung dia dah kemerahan, mesti baru menangis ni. Aku tinggalkan segala apa yang aku buat untuk menumpukan perhatian pada dia.

"Isteri PM, dah meninggal"

"OOhh....iye ke?..Innnalillah...."

"Ko menangis ke? Akak ingat somebody in your family yang meninggal"

"Takde la kak, hidung saya ni merah sebab selsema, sejak semalam"

"HHmmm..."

Rupa-rupanya hujan sepanjang hari ni, hujan yang sarat dengan kesedihan dan kesayuan mengiringi pemergian Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Endon Mahmood, isteri tercinta Perdana Menteri Malaysia yang Kelima, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi setelah sekian lama bertarung nyawa melawan barah payudara.

Dalam kelembutan raut wajahnya, tiada segaris pun tergambar penderitaan beliau dalam melawan penyakit pembunuh nombor 1 wanita ini. Ini yang membuatkan aku kagum dengan ketabahan beliau melalui kehidupannya setelah didiagnosis penyakit ini.

Sesungguhnya, kita telah kehilangan seorang insan yang amat disayangi dan disanjungi oleh rakyat Malaysia. Semoga beliau ditempatkan di kalangan oarng yang beriman dan beramal soleh...Al-Fatihah..

1 Comments:

At Friday, October 21, 2005 4:45:00 AM , Blogger Kak Teh said...

Al Fatehah - kak teh link tribute ni di blog kak teh, ya?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home