Monday, November 21, 2005

Diari Aidilfitri 2005 : Edisi Last Kopek

Sesiapa yang mengikuti blog ni, mungkin korang akan perasan Diari Aidilfitri yang aku takde cerita pun pasal 1 Syawal. Semuanya cerita-cerita mengenai juadah berbuka puasa dan beberapa sebelum hari raya. Jadi hari ni, last kopek diari aidilfitri 2005. Aku harap takde la blogger yang muntah sebab dok asik membaca cerita pasal hari raya dan juadah-juadahnya!!..hehehe…


Diari Aidilfitri : Khamis, 3 November 2005


Lepas solat Subuh, aku pergi dapur tenguk mak tengah menumis untuk masak lodeh. Tahun ni, mak tempah je lauk pauk untuk makan dengan ketupat. Dia kata, every year dia masak, dia yang tak lalu nak makan, jadi tahun ni, dia tempah sebab dia nak makan puas-puas.

Dah jadi tradisi dalam family, mesti ada acara ‘ngunjung’. Ngunjung ni sebenarnya berbalas-balas juadah hari raya. Pagi tu, aku la yang sibuk mengisi bekas lauk pauk untuk diberi kepada jiran-jiran dan sedara mara iaitu adik beradik belah abah dan emak.


Lepas mandi dan solat sunat aidilfitri, Jon set a studio untuk ambil gambar. Nak dijadikan cerita, ntah apa la angin Nurin, tak nak pulak dia bergambar. Beberapa keping je gambar dia sempat diambil itu pun, dengan mak bapak aku. At the end, aku dengan hubby bergambar berdua je, macam pengantin baru. Cuba juga pujuk si kenit tu bergambar, habis menangis terguling-guling.

Lepas sessi bergambar, sessi bermaafan pula mengambil tempat. Walaupun selalu bersalam, bermaafan dan berpelukan dengan mak dan abah setiap kali berjumpa, tapi bila tiba Syawal, memang lain pula rasanya. Dikesempatan ini juga, buat sekian kalinya, aku akan luahkan perasaan kasih sayang ku pada mak dan abah, juga suami dan adik-adik. Normally, acara bermaafan ni selalunya diikuti dengan drama air mata. Bukan sengaja, tapi perasaan tetiba tersentuh dan hiba, mudah benar mengalir air mata.Selepas bermaafan mengikut giliran, diikuti juga berbahagi-bahagi duit raya..heheh…tak sangka, dah tua-tua bangka ni, dapat lagi duit raya.

Kemudian, kitaorang bertolak ke rumah nenek sebelah mak. Every year memang beraya rumah nenek sebelah mak dulu, sebab tu la yang paling dekat. Lepas acara bermaaf-maafan dan bersarapan untuk kali ntah yang ke berapa, bertolak pulak kitaorang ke rumah nenek sebelah abah. By this time, penuh dah handbag aku dengan duit raya, yang sedih tu bukan aku punya, tapi jadi la akauntan tak bertauliah untuk Nurin Salma.

Sampai kat rumah nenek sebelah abah, terus solat Zohor and after that buat round beraya kaum keluarga sebelah abah. By 6 pm, semua rumah yang wajib, selamat diziarahi. Sebelum Maghrib kami bertolak balik ke rumah semula.

Hari raya kedua, kitaorang sambung beraya kaum keluarga sebelah mak pulak. Masa aku kanak-kanak sampai la bujang trang tang-tang, hari raya ketiga dan seterusnya masa untuk menziarahi kawan-kawan sekolah dan saudara mara yang jauh. Bila dah kawin ni, kena la ikut giliran. Apa pun kalau aku beraya kat BP, aku akan pastikan rumah best friend aku Xura, aku ziarahi. Seakan tak sah kalau tak singgah, tak gitu Xura…*wink*..*wink*..

Hari raya ketiga, aku dah berangkat pulang ke KL, untuk sambung beraya dengan keluarga mertua. Sehingga hari ni, aku masih lagi beraya. Aku dan hubby memastikan rumah saudara mara iaitu adik beradik ibu bapa kitaorg cuba sedaya upaya diziarahi disamping memenuhi undangan rumah terbuka.

Antara rumah terbuka yang sempat aku ziarahi, rumah Zura yang mana ibu dan bapanya menyediakan 4 jenis masakan iaitu, Laksa Johor, Laksa Penang, Mee Jawa/Rebus dan Mee/meehoon sup. 3 daripadanya selamat masuk dalam perut aku! Tapi aku jamah la sikit-sikit je, kalau tak rasa rugi pulak sebab mak bapak Zura memang pandai memasak dan masakannya memang sedap! Satu lagi open house, rumah Sany dan Siela. Hmm…Siela ni dalam dok sarat mengandung, larat lagi memasak, nasib baik tak ‘terbersalin’ masa aku datang. 2 hari kemudian, Siela selamat melahirkan Auny Sofeeyyah. Kat sana, dapat juga berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tak bertemu muka.

Di kesempatan ini, aku nak minta maaf sekiranya undangan kalian tidak dapat aku penuhi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Manakala undangan yang akan datang, kalau berkesempatan, insyaAllah akan aku hadiri.

Sebelum aku akhiri diari aidilfitri ini, aku nak minta maaf sekiranya sepanjang menulis diari ni, ada kata-kata atau gambar-gambar yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Seperti yang aku katakan sebelum ini, semua ni hanya semata-mata luahan perasaan yang ingin aku kongsi bersama. Aku sesungguhnya tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang bole aku katakana, kalau suka, boleh la teruskan membaca, kalau tak suka pulak, boleh la tinggalkan.

Macam mana pun, aku harap korang semua gembira menghabiskan Syawal yang tinggal tak berapa hari lagi ni. Open house pegi juga tapi berhati-hati la menjamu selera, jangan semua dok ditala, kesian kat perut, sakit pula. Sesiapa yang dah habis melaksanakan puasa 6, ‘selamat hari raya!’, I have 2 more days to go, insyaAllah.

Ini lauk ayam masak merah. Yang best tu, kuah dia melimpah ruah, bila makan ngan ketupat, banjir woooo....
Ini pulak lauk briyani daging, kalau kena daging kambing lagi sedap, tapi kali ni emak tempah daging lembu je.
Dolu-dolu masa kitaorang adik beradik bujang-bujang, bole la buat ketupat daun kelapa. Sekarang ni, ketupat segera Nona la yang paling senang, takyah anyam-anyam, rebus, lepas 4 jam dah bole angkat, sejukkan dan makan!



Ini pulak lodeh yang mak aku buat every year. Banyak-banyak lodeh, lodeh mak aku la yang paling best...hehe...biasala sape lagi nak puji mak sendiri. Sebab apa best, sebab banyak sayur dan normally freshly make just before sebelum sarapan pagi 1 Syawal, memang fresh! :)

Sarapan pagi 1 Syawal tahun ni ada ayam masak merah, rendang babat, sambal goreng, daging briyani, nasi briyani (ehsan tukang masak) dan juga ketupat.









Masa gambar ni diambil, aku tak siap apaki tudung lagi, Bila sampai turn aku ngan hubby, Nurin taknak pulak bergambar dengan kitaorang. Jadi, aku up je la gambar Nurin ngan Atok dan Mak Toknya je.






Selepas acara bergambar, kitaorang bermaaf-maafan. Gambar ini je yang sempat diambil sebab lepas tu tukang mabil gambar sibuk pula meminta maaf dan memberikan kemaafan. Jadi scene air mata tak dapat la dirakamkan. Yang baju hijau tu, my beloved hubby dan yang baju merah tu adik aku, Jon. Kesian kat Jon, seluar baju merah tu tak muat, jadi beli baju je.

8 Comments:

At Monday, November 21, 2005 3:01:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

ayam masak merah tu nmpk sedap sgt. aku x mkn ayam mak aku msk raye ari tu sbb perut aku meragam. :(

skrg ni plak dh x larat nk layan mkn juadah open house. bila lah nk abis raye ni...

 
At Monday, November 21, 2005 3:08:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : kalau tak pi open house takleh ke? kesian perutkan...injured giler..

 
At Monday, November 21, 2005 5:14:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ish banyaknya lauuuuuk, kita kat sini kalau tak silap makan cereal je pagi raya, syahdu, syahdu

 
At Monday, November 21, 2005 5:17:00 PM , Anonymous Anonymous said...

alah kak atenah, nanti balik sini, kalau ada peluang jumpa, i'll cook for you, ok??

 
At Tuesday, November 22, 2005 4:29:00 AM , Blogger Ely said...

sudah ku katakan, jangan post gambar makan lagi!!!! hehehehehe tak boleh tahan!

mana gambar u mintak ampun?

 
At Tuesday, November 22, 2005 8:54:00 AM , Anonymous Anonymous said...

kak ely,

..eerr..makanan dgn saya mmg sukar untuk dipisahkan..heheh..

semua org sibuk mengelap airmata sampai lupa nak ambil gambar saya!

 
At Thursday, February 15, 2007 9:19:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »

 
At Thursday, February 22, 2007 10:39:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. acyclovir question Writing across the curriculum + accommodations Erfahrungen mit proactiv solution letter scrabble toy dog breads 0382 scrabble douwe egberts coffee maker Computer projectors lease dental insurance Ann arbor news pay per click car navigation comparisons deluxe scrabble Astro van floor mats Computer training template http://www.eliminate-credit-card-debt-9.info/infiniti_g35_coupe.html online scrabble scrambler Recipe marlboro red pepper flakes black jack Tsh antidepressants structure of cellphone

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home