Friday, November 11, 2005

Diari Aidilfitri : 3 hari sebelum hari raya

Ada orang dah bising-bising asyik cerita pasal raya dan makan tak habis-habis. Apa bole buat, selagi aku tak membelogkannya, selagi tu la the memories keeps on pouring and and swirling in my head. Lagi pun, aku rasa sape-sape yang tak berkenan dengan cerita aku ni, takyah la baca. Aku tulis semua ni pun sebagai kenangan yang perlu diabadikan agar bole dijadikan kenangan buat anak cucu di masa akan datang.


...............................................................



Diari Aidilfitri : Isnin, 31 Oktober 2005

Hari ni aku dah janji dengan Ana nak pergi Angsana to do the hari raya haircut. Mesti semua orang pelikkan, dekat nak raya, baru la sibuk nak potong rambut, macam la kat KL takde kedai gunting. Bukan apa, haircut yang Ana buat tu cantik, jadi kekonon, aku pun nak buat la haircut camtu gak, sebab tu la sampai ke JB baru la nak pegi gunting rambut.

Sampai kat kedai gunting rambut tu..ppergghh…ramainya orang. Wahh nampaknya semua orang sibuk nak buat rambut raya. Sekali tu bila tanya, rupa-rupanya yang nak gunting sorang yang meneman sampai 3 orang! Bukan aku dengan Ana je gunting rambut, si kenit Nurin pun trim la rambut dia yang memang dah sikit tu bagi elok. Selama ni mama dia je yang gunting, takde professional touch, jadi tak berapa cun gitu. Bila lalu kat kedai-kedai gunting rambut yang lain, memang semua full house.

Lepas gunting rambut, pergi cari baju raya Ana. Sampai la satu kedai ni, yang jaga tu lelaki, tapi ‘ala-ala’ gitu. Handsome bole tahan, tang lembut tu yang takleh tahan…hahah..

"Bang, berapa harga baju ni?"

(sila baca dengan gaya ‘lelaki lembut’ ye) "Yang itu harga dia bla..bla, tapi nak raya ni aku bagi bla..bla…take it or leave it"

Aku dengan Ana, toleh ke arah lain, pastu terkekeh-kekeh kitaorang ketawa!

Lepas settle segala benda kat Angsana, kitaorang singgah Kg Melayu Majidee hubby kata nak cari bunga api, kekonon nak memeriahkan malam raya la ni. Malangnya, satu kedai/gerai pun takde yang jual bunga api, even mercun pop-pop pun takde. Dah terlanjur kat Kg Melayu, hubby tanya nak beli murtabak Singapore tak? Aku pun apa lagi, ok je la, frust dengan murtabak Singapore kat Arab Street nak balas dendam plak murtabak kat sini.

Sampai rumah dah pukul 3 petang, penat betul sampai tak sedar tetido hampir 3 jam. Petang tu kitaorang berbuka dengan mee udang, murtabak Singapore beli kat Kg Melayu, air katira dan kuih muih. Don’t worry, kali ni tak ambil gambar mee udang tu, tak sempat, dah lapo sangat sampai licin mee udang kitaorang makan…hehhe…

Malam tu, lepas berbuka, aku ngan hubby meneruskan misi mencari bunga api kat Kg Melayu. Nurin tak ikut sebab asyik main Barbie dengan Cik Syika. Korang nak tahu, bila siang takde satu kedai/gerai yang jual bunga api, tapi bila malam, ambik ko bersepah-sepah!

Aku pegi satu kedai ni, baru je nak membelek bunga api, tetiba hubby berbisik dari belakang…

"Yang, Amy la"

"Amy?"

"Amy….Amy Search.."

"Mana?...mana?"

"Tu.."

Aiseyy beb, Amy Search depan mata wooo…live in person. Lama mulut aku terlopong tenguk Amy membelek bunga api kat kedai yang sama sampai la tuan punya kedai tu tegur aku..

"Ala dik, orang ada kampung, balik kampung la"

Heheh…termalu jab aku ngan tuan punya kedai tu, mesti dia nampak aku dok melopong tenguk Amy. Actually aku bukan la peminat fanatic dia, cuma aku suka sangat tenguk muka dia yang seksi tu, mata dia, mulut dia..iiskk…tak tahan wa cakap lu…hahaha…Apa pun tak sempat nak ambil gambo, kamera kat dalam kereta so, takde la bukti nak tunjuk kat korang.

Balik tu, sempat la aku main bunga api dengan Nurin, seronok betul dia, sampai berani cucuh bunga api sendiri kat api pelita. Tak lama kitaorang main bunga api sebab kena gigit semut. Laman rumah mak mertua aku banyak sangat rumah semut!


...........................................................................

Diari Aidilfitri : Selasa, 1 November 2005

Hari ni hari Deepavali, pepagi aku dah bangun mandi bijan..eh.. nak berkemas. Dah 3 malam kat rumah mertua, hari ni nak balik rumah mak aku pulak kat BP sebab giliran tahun ni beraya kat rumah aku pulak. Macam ni la kitaorang every year, pakat betul-betul, bahagi cuti sama rata, jadi takde le yang monyok / muram bila balik raya. Alhamdulillah, mak ngan mak mertua aku pun sebenarnya sangat bertimbang rasa, ikut la yang mana kitaorang rancang.

Masa aku bersiap, Nurin sibuk tolong Nek Wan (mak mertua) dia sapu sampah kat laman. Sempat la aku ambil gambar dia dok menyapu. Kata mak mertua, Nurin memang ada bakat menyapu sampah, dari dulu sampai sekarang pantang nampak penyapu, mesti sibuk nak menyapu. Sampaikan kalau pegi rumah sape-sape kena warning awal-awal suruh simpan penyapu.

Pukul 10 pagi aku bertolak dari STF. Sebab nak balik BP je, aku dengan hubby ambil keputusan nak ikut ‘jalan dalam’, takyah la rushing ikut highway, bole la menikmati pemandangan sepanjang jalan nanti. Kitaorang balik BP ikut Pontian kali ni sebab aku banyak tempat nak singgah nanti di sepanjang perjalanan.

Tak banyak kenderaan jadi jalan tak la sibuk, Cuma ada la ‘seketul’ dua pemandu yang macam ‘setan’ di jalan raya, geram dibuatnya, ye la, kalau jadi apa-apa, kemalangan ke, kalau diaorang je yang terima akibatnya takpe la jugak, ni kang tak pasal-pasal orang lain terbabit sama.

Aku ni, kalau naik apa pun kenderaan, tak lama kemudian mesti mengantuk, tapi kali ok pulak. Nurin je yang tido, penat menyapu kot. Sampai kat Rengit, aku telefon kawan aku masa sesame kat U dulu. Last jumpa dia masa aku majlis perkahwinan aku dulu, saje jumpa sekarang, takut masa raya nanti tak sempat nak beraya, ye la, memasing ada programkan.

Tempat kedua yang aku singgah hari tu, Azhar Food Industry (kalau tak silap la) kat situ banyak la kerepek, coklat dan biskut yang dijual murah-murah ikut harga borong. Apa lagi, memborong la aku.

Aku sampai rumah mak nak dekat 2 petang, mak tak balik lagi dari shift pagi, tapi kat atas dapur dah ada periuk dengan isi yang dok menggelegak. Rupa-rupanya abah tengah rebus tulang lembu, untuk buat sup tulang juadah berbuka petang tu. Lepas unpack lebih kurang, kitaorang berehat sebelum keluar lagi petang tu sebab mak nak beli bunga untuk di bawa ke kubur adik keesokkan harinya.


.................................................................................


Diari Aidilfitri : Rabu, 2 November 2005

Lepas subuh, aku bersiap nak ke kubur bersama mak ngan abah. Nurin tinggal ngan hubby kat rumah. Kitaorang memang sengaja pegi kubur sebelum raya, nanti masa hari raya takde la kalut-kalut nak ke kubur.


Kat kubur Amy, aku ambil kesempatan membersihkan kuburnya yang penuh dengan daun-daun gugur. Terjaga rapi kubur adikku ini, sebab mak ngan abah rajin datang seminggu sekali. Untungnya adik aku ni kerana mak, abah dan kitaorang adik beradik masih hidup untuk terus mendoakan kesejahteraannya di alam sana. Esok-esok bila sampai masa aku, ntah ada orang yang ingat atau tidak, ntah ada yang sudi menjenguk atau tidak.

Hari raya kali ni, dah 2 tahun tanpa Amy. Walau pun tiada lagi kesedihan di air muka, tapi jauh di sudut hati kitaorang, aku pasti ada kedukaan yang tak mungkin akan terubat.

Hari last puasa, mak masak nasi lauk ikan pari masak pecal, ada rebung masak lemak dan murtabak Singapore yang aku bawa dari JB semalam. Adik aku no 2, Jon, beli ice cream soda dan laici, kitaorang buat air bandung soda campur laici. Punya la sedap air tu, 5 mug aku minum masa berbuka! Kebetulan 2 hari sebelum raya ni, panas pulak cuaca. Kesudahannya, batuk yang hampir baik, kembali menyerang semula.

Selepas berbuka, aku keluar dengan hubby, beli tudung last minit, nasib baik dapat sebab kata tokey kedai tudung, tudung warna hijau banyak habis sebab tahun ni ramai orang buat baju raya warna hijau. Sampai rumah, aku join mak dan Jon potong kacang panjang untuk buat lodeh keesokkan harinya.

Malam semakin larut, dalam pukul 2 pagi, semua orang dah landing to dreamland, kepenatan..

6 Comments:

At Friday, November 11, 2005 11:58:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

mls nk ingat citer psl raye sbb sjk cuti deepavali, then raye, smpi la raye ari ke-9 ni, aku x cukup tido. ari2 pening kepala sbb tahan ngantuk... penat..

 
At Friday, November 11, 2005 12:00:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

aku masih t'byg lg muka arwah adik ko... al-fatihah...

 
At Friday, November 11, 2005 12:21:00 PM , Blogger Queen Of The House said...

Noha ... tersebak sekejap tengok gambar kubur & baca pasal adik Noha. Al Fatihah. Baru aje ye, keluarga Noha kehilangannya. My brother dah lama pergi, 14 tahun dah, that time he was 15. But I still feel sad sometimes thinking of him.

The rest of your cerita raya tu, seronok betul.

 
At Friday, November 11, 2005 1:45:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : kalau aku dok bp, nasib aku pun sama cam ko. kat sini takde sape nak dtg umah, jadi macam tak raya...hehe...kuih pun takde..kitaorg je yg dok pi open house sakan..

QOTH : itu la kak, ingat nak blog gak pasal adik ni, tapi masih tak mampu lagi nak menahan kesedihan

i feel sad but i cant cry, mungkin saya selalu sgt mengelak untuk mengingati dia..ntah..tak tahu nak cakap..i think akak tentu lebih faham..

 
At Friday, February 16, 2007 11:52:00 PM , Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... ferrari dealerships Slide in campers for mazda b2200 Rush paintball ny poughkeepsie Mytha about losing weight Erotic boating Gas range with double oven united states ionamin rx When is national scrabble day hiking washington state

 
At Saturday, March 03, 2007 2:23:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP http://www.liposuction-cost.info pamela anderson pics Celebrities who had lazer eye surgery Dodge oem truck floor mats

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home