Wednesday, November 09, 2005

Diari Aidilfitri : Ahad, 30 Oktober 2005

Ini gambar Nurin lepas menangis sebab jealous dengan Hamizan. Nasib baik makan dipujuk, bole ambil gambar sama-sama. Baby boy tu nama dia Hamizan Ahmad anak Farah iaitu causin hubby. Comel sangat, perasaan rasa membuak-buak nak baby boy...hhmm...pasni kena la berusaha bersungguh-sungguh nampaknya..heheh..






Pagi-pagi Ahad mak mertua aku dah kejutkan, katanya kalau lambat bertolak ke Singapura nanti jam kat causeway. Gedebak-gedebuk, pukul 10 pagi baru kitaorng bertolak. Sebab tak nak merempuh jam, kitaorang lalu Secondlink. Alhamdulillah, takde la jam, tapi pengalaman aku masuk Singapura, kalau takde problem kat kastam memang tak sah!

Kali ni, problemnya pasal ‘autopass’, agaknya dah lama sangat tak masuk Singapura guna kereta tu, autopass dah expired, kena renew..makan gak la 5-10 minit. Pastu kitaorang terus ke rumah Nek Wan.

Dalam dok memujuk dan membelai Nurin, aku turut tertido sama, sedar-sedar dah sampai pun Opera Estate. Sebab hari tu hari Ahad, Pak Long ngan Mak Long pun ada kat rumah. Memula sampai tu, Nurin baru bangun tido, lama kemudian baru la she’s get use of the environment. Ke depan, ke belakang sendiri menyapa sesape yang ada kat rumah tu.

Tak lama kemudian, Mak Utih datang bawak sekali Hamizan. Hamizan ni kisahnya lahir pada minggu ke 27, kecik je dalam 1.2 kg, kata Mak Utih sama besar kalau macam kalau beli ayam seekor. Tapi sekarang ni, Alhamdulillah, membesar dengan sihat.

Bila Nurin dah nak masuk 3 tahun ni, terasa sangat nak beranak kecik. First impression Nurin bila nampak aku dukung Hamizan, dia terus meniarap dan menangis, jealous bukan main! Tapi lama-lama tu ok je, siap bagi Hamizan susu lagi.

Petang tu ingatkan nak ikut Pak Long dan Mak Long ke Arab Street, cari murtabak, tapi tak jadi, Nurin mengamuk tak nak naik kereta Pak Long, nangis sampai muntah-muntah. Nasib baik la muntah kat dada mama dia, tapi tak merasa la aku nak naik kereta baru Pak Long. Lepas mandi, aku tunggu la je waktu berbuka.

Kat dapur, Kak Mas sibuk buat preparation berbuka sejak tengahari lagi. Rupa-rupanya Nasi Rawon tu, nasi putih yang dimakan dengan kuah rawon serta lauk-pauk yang lain. Lebih kurang macam nasi ambeng la gitu. Kata Nek Wan, nasi rawon terkenal dikalangan orang jawa…hhmm…aku pun orang jawa gak, tapi baru kali ni aku dengar nasi rawon ni.

Macam-macam juadah berbuka pada hari tu, selain nasi rawon, ada murtabak, bubur lambuk dan mee goreng (jiran bagi), ada shatsuka dan roti perancis juga kuih muih. Lepas berbuka semua orang terduduk, tak larat nak bangun. Malam tu, pukul 11 lebih baru bertolak balik ke JB, sampai rumah terus cari bantal, tido!


Ini la kuah rawon, warna dia yang hitam tu bukan sebab kicap, tapi sebab buah keluak. Rasanya pedas dan masam manis, macam rasa asam pedas, tapi yang bezanya kuah dia warna hitam. Isinya pulak, tetel dan daging, kalau yang ekstrem tu siap ada lidah lembu lagi. Juga ada kacang panjang.






Ini pulak, lauk pauk yang dimakan dengan kuah rawon tu. Ikut pusingan jam, sambal goreng, ayam goreng berempah, serunding kelapa, bergedil, paru goreng dan sambal belacan kat tengah-tengah tu.








Ini pulak murtabak Singapore dari Arab Street. Yang buat aku frust, murtabak ni keras sikit, rupa-rupanya Pak Long kata, dia dah siap masak dari pagi, bila petang tinggal jual je. Bila Balik JB, aku bals dendam beli murtabak Singapore kat Kg Melayu, baru puas hati!!







Ini la Nek Wan kesayangan aku tu, umurnya dah 75++ aku rasa, Alhamdulillah sihat lagi. Mula-mula nak ambil gambar Kak Mas kat belakang Nek Wan tu, tapi dia termalu-malu la pulak, jadi ambil je la gambar Nek Wan dan kuah rawonnya.

12 Comments:

At Wednesday, November 09, 2005 2:41:00 PM , Blogger Fara said...

aduhhhh...blog ko nih mmg menggugat keimanan aku cukop!! Harus aku tak posa besok niiii... cobaannnnn!!!!!

 
At Wednesday, November 09, 2005 2:43:00 PM , Blogger Fara said...

eh..kejap, kuah keluak tu aper dia ek?

Noha, wat la open house weii...aku nk rasa nasik rawon! import la nenek ko tuh ke sini.. leh berkenalan..tingat plak kat arwah nyai aku..iskk

 
At Wednesday, November 09, 2005 2:52:00 PM , Blogger Bergen said...

Selamat hari raya, ma'am.

 
At Wednesday, November 09, 2005 3:25:00 PM , Anonymous Anonymous said...

fara : puasa, tetap la puasa, entry aku tetap up..heheh...

err...jgn le tanya pasal buah keluak tu, kuah rawon pun aku baru jumpa, buah keluak apatah lagi...

takyah import, ko je datang umah dia, request jek nak makan apa...

bergen : selamat hari raya to you too..:)

 
At Wednesday, November 09, 2005 4:10:00 PM , Blogger OOD said...

budak noha ni memang tak makan saman, dia makan macam macam, ni benda2 rawon pulak!

 
At Wednesday, November 09, 2005 4:50:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kak ood : sori kak, benda makan2 tu la yg nak diceritakan...anyway, kuah rawon tu, maybe akak bole tanya kak ely tak pun kak nazrah, tentu diaorg lagi pakar..

 
At Wednesday, November 09, 2005 5:30:00 PM , Blogger Queen Of The House said...

Noha, seronoknya awak berpuasa & beraya dgn macam-macam juadah. Tengok gambar pun mengancam aje .... ni kalau I jadi kaum suku sakat you sure expand sideways punya!!! YUMMMYYYYYY! Nasib baik tak posa hari ni.

Kesian Nurin, jealous nya dia! Time for you to buat adik for Nurin.

 
At Wednesday, November 09, 2005 5:38:00 PM , Anonymous Anonymous said...

QOTH : hi kak, mmg tunggu akak masuk my blog, nak jamu akak dgn pemandangan yg indah2 ni..oppss...sori!!

yeahh..u'r right...mmg patut la Nurin dah ber'adik'...

 
At Thursday, November 10, 2005 8:56:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

aku rase nenek2 ni mmg rajin masak utk cucu2 kan? raye ari tu nyai yusman masakkan kitorg ayam masak kicap pekat.. hmmm... sedapnye.. selagi kitorg x mkn, selagi tu mulut dia bising suruh mkn, katanye special utk cucu dia! hehehee..

 
At Thursday, November 10, 2005 9:16:00 AM , Anonymous Anonymous said...

xura : yup, betul tuh...kalau dah makan pulak, asik suruh la makan lagi..dan lagi...dan lagi...dan lagi....iiskkk

 
At Thursday, November 10, 2005 10:57:00 AM , Blogger ubisetela said...

never heard of nasi rawon... looks yummy! terliur nih..

 
At Tuesday, November 22, 2005 1:02:00 PM , Anonymous Anonymous said...

my husband bagi tip kalau nak beli murtabak kat arab st. yang diorang dah pre-pack is the 3 and 5 dollar ones. so kalau nak fresh, order the 4 dollar one.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home