Wednesday, December 07, 2005

Kedah day 2

Hari kedua kat Kedah kitaorang merancang nak berjalan-jalan, beraya la sekali. Satu rumah tu kat Chuping, satu lagi kat Beseri. Tak tahu la yang mana jauh, tapi kitaorang dibawa ke Chuping dulu.

Selepas Beseri, kitaorang terus ke Alor Setar, nak pegi pekan Rabu. Takde nak cari barang apa pun, cuma nak beli ikan pekasam dan mak aku sure cari beras pulut. Dia kata beras pulut kat Kedah ni lembut, cepat masak dan tak campur dengan beras.

Yang tak best tu, masa makan tengahari, kitaorang kena charged gila-gila. Agaknya dia tahu kot, kitaorang ni orang luar. Nasib baik sedap dan kitaorang pun dah lapo sangat sebab masa tu dah pukul 3 ptg, jadi makan je la.

Peristiwa yang paling tak dapat dilupakan, Nurin termuntah bila bau ikan pekasam. Anak dara aku ni memang lain pesen sikit, pantang bau yang busuk macam kat pasar ke, public toilet ke, mula la dia buat hal. Aku dah larang hubby dari ikut beli ikan pekasam tu, tapi hubby kata, Nurin yang nak pegi sangat. At the apa lagi, muntah la kat situ...iiskk....

Sebab dah pernah pegi Bukit Kayu Hitam, tak nak pegi lagi, jadi terus la ke Chuping.


Area Chuping tu, kitaorang pegi kawasan perkampungan Felda. Kalau kat tempat lain, maybe ada felda getah atau kelapa sawit, tapi kat sini felda tebu.


Pemandangan yang korang nampak ni, bukan pemandangan sawah padi tau, tapi ni la pemandangan ladang tebu. Cantikkan, masa ambil gambar ni, tengah hujan renyai-renyai, siap berkamus lagi. Kemudian tu baru la aku tahu, kat sini rupanya diaorang buat pengambaran KL Menjerit.

Nak bertolak ke Beseri pulak. Nurin berpeluh-peluh selepas mengejar ayam (maklum anak orang bandar, jakun betul bila nampak ayam), kutip bunga dan buah jambu batu.


Ni la satu-satunya gambar rumah tipikal rumah tepi sawah. Sebab apa aku cakap camni, sebab kebanyakkan dah banyak rumah batu, susah nak jumpa rumah papan lagi.

Balik dari berjalan, bapak Mila dah siap air kelapa muda untuk minum petang.

9 Comments:

At Thursday, December 08, 2005 10:37:00 AM , Blogger Queen Of The House said...

Cantiknya gambar kat Chuping tu! I orang Alor Setar pun tak pernah pergi lagi :)

 
At Thursday, December 08, 2005 11:26:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

t'ingat ikan pekasam kat rmh ko ari tu. best nye. aku rase yg tu x bau. ade tu lg b'bau busuk, tp sedap! kesian nurin... high klass betul lah anak ko ni!

 
At Thursday, December 08, 2005 12:35:00 PM , Blogger shidah said...

ayoo... noha yang chomel, didn't mean to offense you. hari tu i thot i ada terbaca kisah you pregnant that's why i put such remark. sorry ye, akak dah tua, urat dah banyak putus, maybe it was somebosy elses story yang akak ingat akak baca from yr blog.... btw: syiok nya berjalan sakan...

 
At Thursday, December 08, 2005 1:34:00 PM , Anonymous Anonymous said...

QOTH : bukan selalu dapat berjalan, ntah dpt pergi lagi ke tak, jadi bila ada peluang tu, ambil la gambar sepuas2nya..:)

xura : first time makan ikan pekasam , trus suka, tapi aku jarang masak ikan pekasam tu, sekali-sekala jek..

kata mak aku, nurin tu ikut perangai aku la tuh...huhuh...

kak shidah : alah kak, no problem la, lagi pun ramai sgt bloggers, mesti dah termix-up tu..yeahh...mmg sakan...:)

 
At Thursday, December 08, 2005 3:17:00 PM , Blogger mommamia said...

itu budak kicik ada comel jugak sama bunga ada taruh atas itu telinga..heheh-rasa sejuk je tgk pemandangan gambo ni,jauh beza ng hiruk pikuk kl yg berserabut!

 
At Thursday, December 08, 2005 3:25:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : yeaahh..u r rite, rasa tenteram sgt especially kat kg2, living cost pun murah..

 
At Tuesday, December 13, 2005 3:01:00 PM , Anonymous Anonymous said...

suka tgk pic nurin ngan bunga tu kat teling tu...ala2 hawaiiaan la plak...emm...i can imagine her pakai bunga tu, bikini n skirt pendek, then gelek2 macam hawaiiaan...so kiut! jgn marah ye mak nurin ;)

 
At Tuesday, December 13, 2005 3:47:00 PM , Anonymous Anonymous said...

zura : tak marah...:)

 
At Thursday, March 01, 2007 5:13:00 PM , Anonymous Anonymous said...

best regards, nice info Vicoden online pharmacies

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home