Tuesday, December 06, 2005

....open house

Aku tahu kita dah beberapa hari meninggalkan bulan Syawal, so i guess cerita pasal open house ni mesti la dah basi. Tapi, apa yang aku nak cerita ni, kesan daripada menghadiri open house ni semua.

Mula je bekerja selepas cuti hari raya, aku cuba habiskan puasa ganti sebab aku tahu hujung-hujung bulan raya tu mesti banyak rumah terbuka. Tepat sekali bagai dijangka! Elok je aku balik dari bercuti di Kedah, mula la musim ber'open house'.

Balik je dari Kedah, berat aku dah naik jugak la sekilo dua, maklum la berjalan-jalan cari makan, apa yang orang jamu semua aku bedal, dah tu bila jumpa je makanan yang best, mesti nak cuba. Lagi pun tempat orang, bila lagi nak merasa..ciiss...alasan!

Jadi, ni la senarai aku sepanjang minggu lepas ber'open house'. Sekarang ni, aku rasa, mau la bertambah sekilo dua lagi..iiskk...iiskk...camne la nih, sungguh tak insaf-insaf diri ku ini.....sigh...

Isnin :
Labmate, Keramat, lunch time.
Laksa Kedah, pulut kuning dengan rendang ayam
- missed this open house sebab aku tak balik lagi dari Kedah.

Selasa :
Department, Taman Warisan Putrajaya, lunch time
Satay Haji Samuri, briayani ayam, soto, puding karamel, buah limau dan air sirap.
- satay je 10 cucuk, setengah senduk nasi briayani dan setangah mangkuk soto.

Rabu :
Labmate, Serdang, lunch time.
Nasi putih, tenggiri masak asam pedas, ayam goreng, sotong tumis, cendawan kukur masak lemak dengan keledek, sayur campur, ikan bilis tamban, sambal belacan dan laksa Johor. Dessert, puding dan buah pisang.
- makan semua tapi sikit-sikit la, the asam pedas is superb! Maklum la, orang Johor yang buat.

Khamis :
Hubby's co, JW Marriot, lunch time.
Lunch Buffet!!
- kambing panggang tambah sampai 2 kali, yummy!! I lurrvvee broccoli and fish and salad too!!


Kambing panggang, steamed broccoli, asparagus, chicken salad and filet ikan merah dengan soso putih.


Kupang, steamed broccoli, fish salad and chicken salad....yumm..yumm....


Jumaat :
Labmate, PJ, lunch time.
Lasagna, garden salad, pasta, roti jala, laksa Penang, puding karamel, carrot cake dan pusing kastad.
- again, the salad, i ate a lot! and lasagna too..hehe..akak ni punya puding pun memang best.

So, korang bole bayang tak acara 'makan-makan' tu camne? Tak makan, tak patut pulak, dah orang jemput, maybe setahun sekali je pulak tu. Bila dah makan, kalau sedap, rasa nak tambah pulak..iiskk....

Now, i'm happy everything is over, so back to normal. Bole la start balik the diet and senam-senaman tu yek..(heheh..bole caya ke nih??)

5 Comments:

At Wednesday, December 07, 2005 9:02:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

aku dh serik ngan open house this yr... :(

 
At Wednesday, December 07, 2005 10:49:00 AM , Anonymous Anonymous said...

julia ; camne lagi la aku nak terangkan kat ko, apa sebab aku takleh pegi, dah berkali2 aku bagitau kan?...iiskk...aku bukan balik jb la ju, majlis tu kat kl je, very small one..

xura : jgn serik, tapi lebih berhati-hati di masa akan datang...heheh..

sany : kalau ko duduk area umah aku, aku mmg suggest je babysitter yg jaga anak aku, kalau kat kl, aku tak sure la...

apa2 pun aku rasa semua by luck, nasib baik, dapat la yg baik, macam gak kalau kita hire maid

cuma, better ko hantar kat baby sitter (rumah orang)org budak je, dari hantar kat nursery, ramai budak woo..susah nak handle, senang kena penyakit gak, especially demam, batuk dan selsema...

anyway, selamat mencari babysitter, dari sekarang mula la carik, jgn sampai siela dah naik keje lak...

 
At Wednesday, December 07, 2005 12:05:00 PM , Blogger mommamia said...

aku pun sama nak berdiet gak, everytime blk dr open hse or beraya, mesti timbang berat punya..biase la dah berslh mkn tak ingat dunia pastu start la risau bdn naik..ishh..susah jadik org pompuankan?bdn cpt naik tak mcm org laki..mkn takyah nak risau2 takut gemuk ke babat terkeluar ke..

 
At Wednesday, December 07, 2005 5:11:00 PM , Blogger Fara said...

aku pun suka brokoli, suka gak asparagus ... dasyat ko!!! paling dasyat umah member ko yang masak asam pedas tenggiri tuh... hebat hebattt ... kagum aku beb!

 
At Wednesday, December 07, 2005 5:44:00 PM , Blogger noha chomel said...

fara : bestkan brokoli, suka sgt! member yg buat asam pedas tu mmg best, aku siap pi dapo hirup kuah asam pedas..heheh...segan nak buat kat depan..

pasal keje tu, last diaorg contact kata nak call aku dalm bulan satu...ntah la, malas nak nak pikir, baik pikir benda lain..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home