Thursday, December 01, 2005

Kedah day 1

Tak sempat nak post the entry, so aku up je dulu gambar-gambar ni, esok aku sambung ngan cerita perjalanan hari pertama ke utara


Kitaorang berhenti solat subuh dan sarapan kat R&R Sungai Buluh. Makan nasi lemak, nasi dagang dan nasi berlauk, minum teh o panas. Nurin minta kek, tapi kesian sebab kek keras! at the end dia 'main-main' jek dengan kek tu.


Dalam perjalanan, aku ambil gambar Lata Kijang ni sebab aku rasa view dia cantik betul. Aku suka perjalanan ke utara ni sebab banyak gunung-ganang dan pemandangan semua cantik-cantik serta hijau. Normally kalau naik keta ke, bas ke aku terus tidur, tapi kali ni, aku tahan je mata sebab nak tenguk pemandangan yang menarik ni.
Abah yang beria-ia suruh ambil gambar terowong ni. Ada lagi 2 gambar terowong iaitu gambar dalam terowong dan masa nak keluar, tapi sayangnya gambar tak cantik, jadi aku delete je la.





'Driver' dah penat! Sepanjang perjalanan hubby yang drive, jadi masa berhenti kat Sungai Bakap, hubby landing kejab, kesian dia... Nurin lak, ralit ber'sms'..ellehhh..eksyen je tuh..













Adik ipar aku, Mila sempat buat puding malam sebelum bertolak, buat makan-makan sepanjang perjalanan. Orang sibuk nak makan puding, Nurin pun sama, tapi tak sampai dua sudu dah takmo makan..eem...payah!
Limau ni, limau yang keenam biji Nurin makan, risau sebenarnya nak kasi makan limau banyak-banyak, takut batuk. Bila kitaorang tak nak kupaskan untuk dia, dia kupas sendiri. Alhamdulillah, nasib baik tak batuk.
Ini kitaorang masa berhenti rehat + makan-makan kat salah satu wakaf kat R&R Sungai Bakap. Lama jugak berhenti, sebab ada lagi lebih kurang 2 jam perjalanan untuk ke Kodiang. Dalam gambar dari kiri Mila, Jon, abah, Amad (adik bongsu), emak, hubby dan Nurin).

Lebih kurang pukul 2 petang kitaorang sampai, terus dijamu makan tengahari. Memang tengah lapo pun, jadi sebelum lauk-pauk abis kitaorang makan, kena la ambil gambo dulu. Dari kiri atas, sup tulang, ikan keli masak lemak cili api, ikan kembung goreng, ayam masak merah dan speciallity oarng Kedah, kerabu mangga. Emmm..memang sedap, lepas makan, badan letih, perut kenyang, apa lagi nak buat?.....Tido la....hehehhe

12 Comments:

At Friday, December 02, 2005 9:39:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

kerabu mangga???... bestnye... sedap, sedap...

 
At Friday, December 02, 2005 10:11:00 AM , Anonymous Anonymous said...

xura : mmg la sedap, mila selalu gak buat kalau ada mangga, tapi selalunya tak berapa pedas so tak berapa kick la. kalau aku kasik cili api, kasi kaw-kaw punya...hehe

 
At Friday, December 02, 2005 12:09:00 PM , Blogger mommamia said...

aik zura tu perut baru baik..ada hati nak kerabu mangga plak ke?hihi..mesti bestkan gi reramai..korang gi brape keta?cam ramai je ahli rombongannye ni..tp air sirap bandung tu cam menarik la..sruuppp!

 
At Friday, December 02, 2005 12:37:00 PM , Blogger Ely said...

itu budak kecik nak kena gigit dgn saya! hehehehehehehe

 
At Friday, December 02, 2005 5:38:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : a ah, pegi reramai, bapak aku taja semua org..heheh. pegi 2 kereta, aku, hubby ngan nurin satu kereta ngan mak bapak aku, adik aku jon + mila + amad.

kak ely : heheh...gigit ler...syg pun kalau dah geram sgt selalu gak gigit dia...

 
At Friday, December 02, 2005 11:17:00 PM , Blogger Unknown said...

beh kan jalan2!!

 
At Sunday, December 04, 2005 2:49:00 PM , Blogger ubisetela said...

wah.. bestnye jejalan.. I pun nak gi utara.. but not for jejalan.. study punye hal.

 
At Monday, December 05, 2005 5:46:00 PM , Anonymous Anonymous said...

zaza : beh..beh..heheh

ubisetela : takpe la, sambil menyelam minum air, jgn tenggelam sudah la yek...:)

 
At Wednesday, December 07, 2005 3:06:00 PM , Blogger Unknown said...

kesian kat muka orang dalam foto tu...macam kena lumur dengan lumpur je... he he

 
At Wednesday, December 07, 2005 4:33:00 PM , Anonymous Anonymous said...

jiwa : i think lebih baik macam tu, sebab tak semua org rela di'expose, kang tak pasal2 masuk coyurt pulak...:)

 
At Wednesday, December 07, 2005 4:34:00 PM , Anonymous Anonymous said...

eh..coyurt pulak..court la...typing error..

 
At Monday, March 05, 2007 5:04:00 AM , Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... fire alarm parts glossary light impotence jumptoyourcity com propecia camping resort texas husky pressure washer parts toyota truck forum halloween wedding invitations inside sayings http://www.video-camera-magazines.info/top-ten-portable-mp3-players.html camping in mentone alabama students company trip pictures Bulk email yarlagadda hindu Rabbit gets hit by race car business loan rate uk variable imitrex

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home