Sunday, January 01, 2006

Semalam

Hmm...lambat lagi, dah set jam pukul 6.00 pagi , tapi tak larat pulak bangun. Semalam sampai rumah pukul 1.00 pagi, kesian kat hubby jaga Nurin sepanjang malam. Aku harap Tuhan berikan kesabaran kepada suamiku dan balasan yang baik for his understanding, insyaAllah.

Ingatkan nak bangun pagi-pagi, nak mengemas dan basuh baju sebelum keluar. Pukul 9.30 pagi nanti ada temujanji dengan doktor gigi. Sebenarnya dah lama aku desak hubby buat temujanji tu, nasib baik la last day in 2005 ni dapat lagi buat temujanji tu. Bukan tak bole buat hari lain, tapi sayang nanti dental claim untuk 2005 hangus macam tu je. RM300.00 tu memacam bole buat.

This will be our visit to dental clinic, and also for Nurin. Somebody has told or I did read somewhere, make sure lawatan pertama ke klinik gigi menjadi lawatan yang paling bermakna dan berjaya, tanpa tangisan atau ketakutan for babies, then after that they will never fear to see dentist again. Dan Alhamdulillah, Nurin berjaya melaluinya. Memula tu memang nampak macam takut-takut, but I remind her about Darla in the Finding Nemo, then after that everything went smoothly.

One thing about this dental clinic that i like most, the environment makes you at home. Interiornya yang sangat la selesa, lampu yang malap dan aircond buat aku rasa macam kat rumah. And thats is why aku bole tertido sementara tunggu doktor sampai...heheh...alahh..doktor tu lambat sangat, janji pukul 9.30 pagi, lebih sejam kitaorang tunggu, siap sempat sarapan lagi, baru dia sampai.

Doktor dapati aku dengan hubby takde masalah pergigian, lagi pun memang kitaorang datang nak buat 'scaling' sebenarnya. While scaling, the doctor said, hubby punya gigi tak teratur dan stained, jadi its takes more one hour to finish it. Aku lak, gigi cantik, tapi banyak 'terumbu karang'! aku pun pelik juga, kalau ikutkan aku la paling rajin menjaga kesihatan gigi kat rumah tu, bukan setakat memberus gigi, siap berkumur-kumur dengan Listerine dan guna floss untuk membersihkan gigi, but the 'terumbu karang' still happened. Punya la sakit bila doktor pecahkan karang tu. The scaling cost us RM260.00 with Air-Flow method but I think its worth it, gigi nampak bersih dan cantik! Oleh kerana karang gigi yang agak teruk, gusi still berdarah bila balik tu, singgah 7E, beli slurpee..hehe...kekonon nak berehentikan darah. Its works, tapi rasa guilty la pulak, baru je buat rawatan gigi dan minum manis-manis...sigh...

Balik tu, kitaorang terus ke Gurney, Syedah dan Ana baru je nak keluar ke Carrefour, beli barang dapur. Jadi sementara diaorang keluar, aku buat sup, nanti tinggal tambah sayur dan meehoon je. Kitaorang lunch lambat dekat pukul 3.30 ptg, sambil tu plan apa nak buat.

Masa berehat selepas makan, Syeda cadangkan kitaorang buat 'belly dancing'. Tell you what, its interesting! Takde la penat sangat macam buat aerobik, but sweats all over the body! The funny part, aku volunteer nak buat minum petang, aku buat kek baulu, kali ni perasa oren. Kelakar betul, sambil buat belly dancing sambil makan kek...hahaha....rasa macam tak guna je makan sambil bersenam, but the cake last tak sampai satu jam!...Hehhe..sedap la tu kot??

Malamnya kitaorang dinner kat luar. Sejak minggu lepas Syedah nak belanja kitaorang dinner, tapi kan ke minggu lepas aku sibuk dengan tetamu yang datang, dan Ana pun takde masa tu, jadi cam tak cukup 'kaki' lak.

After a little discussion, hubby cadangkan kitaorang try restoran 'Big Plate'. The nearest restoran kat Taman Melawati, ok la tu, takde la merempuh orang ramai yang nak menyambut tahun baru, so the road is clear. But, restorannya pulak yang susah nak jumpa. Dekat setengah jam jugak la kitaorang berpusing-pusing dan 3 kali telefon staff Big Plate kat cawangan yang lain, baru la jumpa. Rupanya restoran tu a bit terceruk dan signboardnya pun kecik cenonet.

Sampai pun dah ramai orang. Aku warning siap-siap kat adik-adik aku yg kelaparan tu, dah la susah nak locate the restoran, ramai orang pulak, so don't aspect the food will be good. After waited another half an hour, makanan pun sampai. Hmm...looks good, portion pun bole tahan.

Aku punya meal, Ayam Shah Alam ada setengah ekor grilled chicken, potato salad dan garden salad, punya la banyak, penuh pinggan dan baru berharga RM16.50. Yang best tu, as a vegie lovers, aku seronok betul sebab salad je separuh dari pinggan, dan dressingnya pun bole tahan, the waiters said its homemade dressing...nyumm...nyummm....

Makan la kitaorang dengan sepenuh hati. Walau pun service tak berapa ok, lambat la, missed communication, i think its due to orang yang ramai. Portion makanan yang banyak dan harga yang setimpal, just think its worth it! Again, in one day, 2 perkara yang berbaloi telah berlaku.

Bila balik tu, semua dah terdiam, maklum la kepenatan dan kekenyangan. Taffic pun ok, kitaorang selamat sampai rumah dalam pukul 11 malam. Aku tak sempat nak menunggu sambutan tahun baru, I'm just knocked out selepas makan ubat batuk. Banyak ketawa, minum ais dan cuaca yang sejuk buat aku rasa macam nak semput. Kononnya nak pakai masker dengan adik-adik pun cancel, sebab semua orang dan terlentuk sama.

Apa pun, aku mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2006 buat semua, semoga kedatangan tahun baru ni memberikan lebih keberkatan, kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah, insyaAllah!

16 Comments:

At Monday, January 02, 2006 8:58:00 AM , Anonymous Anonymous said...

tmpt yg paling aku takut - spital ngan klinik gigi. nak tampal gigi pun aku boleh kecut perut!

wah... mkn best ek celebrate new yr!

 
At Monday, January 02, 2006 6:44:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : spital ok sket, klinik gigi tu yg kecut. kalau kat bp, klinik gigi australia je yg ok. makan best bukan sebab celebrate new year, tapi ada org nak belanja...:)

ailin : happy new year to u too!

 
At Tuesday, January 03, 2006 10:21:00 AM , Anonymous Anonymous said...

mmg banyak giler mkn big plate .. kenyang habis! dan mmg slow service dia..mana2 big plate pon sama.. tapi mmg sedap .. tapi, orang kata F1 lebih berbaloi ... selera orang kan lain2 hehehe..

 
At Tuesday, January 03, 2006 3:09:00 PM , Blogger mommamia said...

camne belly dancing tu noha?ada vcd ke ajar buat belly dancing?wah bagus utk senaman perut ni, babat kat perut pun dah makin menebal ni-eh tp jarang org nak buat belly dancing sambil mkn kek,kiranya mcm input(kek)=output, or worst case input greater than output! hihi takde ke maknanya!

 
At Tuesday, January 03, 2006 4:59:00 PM , Blogger Arena said...

Big plate dekat shah alam, tu pon slow gitu jugak. Dulu memang sedap, now macam dah kurang sedap. tang belly dancing sambil buat + makan kek tu konpius sket. kekekkeke..

 
At Wednesday, January 04, 2006 9:04:00 AM , Blogger Selipar Jepun said...

Kecik cenonet ? First Time Dengar. Selalunye anis cakap "kecik kenot"....

Resepi kek bahulu tu nampak senang.... thanks for sharing. Nanti boley cuba...

 
At Thursday, January 05, 2006 9:53:00 AM , Anonymous Anonymous said...

julia : happy new year! bukan kek span la ju, kek baulu. senang je, try la...

fara : mmg berbaloi!...heheh...aku tak penah lagi cuba F1, so takleh nak compare. yg paling best kat big plate, pepper sos dan salad dia byk, melimpah ruah!

mar : ada vcd dia, mmg best sebab ko takyah terkinja, but its sweat all over ur body! tu la pasal, input lebih byk dari output...muahaha...

arena : tq for dropping by, moral of the story, don't bake a cake while u r exercising...heheh..

SJ : hehe...kitaorg mmg guna the word cenonet tu, i think johorean guna kot. alah kak, saya tak pandai nak masak kek canggih2, kek baulu bole la...:)

 
At Friday, January 06, 2006 11:01:00 PM , Blogger Unknown said...

korang belly dancing kat ner??

 
At Monday, January 09, 2006 9:24:00 PM , Anonymous Anonymous said...

zaza : kat ruang tamu, depan tv...heheh

 
At Saturday, March 11, 2006 10:26:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Kat mana lokasi big plate Taman Melawati tu? Malam semalam saya mencari satu Melawati tapi tak jumpa pun. erghh!!!! Plz reply me ASAP! Ngidam nak pekene sup cendawan dlm roti tu...

 
At Tuesday, March 21, 2006 10:32:00 PM , Anonymous Anonymous said...

cik elly, minta maaf sebab lambat reply, dah lama tak login sebab sakit mata

restoran big plate mmg tersorok sikit, kalau nampak kedai tayar bridgestone, sederet dgn kedai tu...

kedai tu corner lot, depan padang..

 
At Friday, April 07, 2006 12:51:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Alamakkkk tak jumpa laaa...

Sekarang ni lagi parah... Kawan saya pregnant 3 bln asyik terbayang2 sup cendawan big plate tuh!

Ermmm saya tau area giant melawati dan seberangnya yang ada bangunan cermin hitam tu yg ada food court tgh2 tu dan kawasan pasar malamnya ajer...

Tulunnnnn laaaaa saya... ASAP!

 
At Friday, April 07, 2006 12:52:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Alamakkkk tak jumpa laaa...

Sekarang ni lagi parah... Kawan saya pregnant 3 bln asyik terbayang2 sup cendawan big plate tuh!

Ermmm saya tau area giant melawati dan seberangnya yang ada bangunan cermin hitam tu yg ada food court tgh2 tu dan kawasan pasar malamnya ajer...

Tulunnnnn laaaaa saya... ASAP!

 
At Friday, April 07, 2006 2:00:00 PM , Anonymous Anonymous said...

cik elly, can u call me at this number, senang sket i nak cerita...013-7708355 atau u email me, tapi kalau email, lambat sket la nak reply, sebab skang ni dah jarang bukak email

 
At Friday, February 23, 2007 2:10:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Isa video cards

 
At Wednesday, April 25, 2007 7:48:00 PM , Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... » »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home