Thursday, December 29, 2005

Petrosains

Walau pun kepenatan pergi Ulu Yam hari Sabtu tu, hari Ahad aku bawak Cicik ke Petrosains pulak. Sebenarnya itulah tujuan Cicik sekeluarga datang KL ni sebab anak dia Min, dapat 2 tiket percuma untuk memasuki Petrosains. Jadi dia ajak la kitaorang join sekali. Jon tak dapat ikut, jadi aku sekeluarga bawak Cicik hari tu.

Kitaorag sampai dalam pukul 11.30 pagi, ingatkan bole la dapat terus masuk, rupa-rupanya tiket dia bermasa. Jadi kitaorang beli tiket tu, tapi bole masuk hanya pukul 2.00 petang. Mana ye nak bawak diaorang jejalan, sebabnya masa pun bukannya panjang sangat, nak bawak keluar dari KLCC, dah parking 'cantik-cantik', sayang nak tinggalkan parking.

Sudahnya, kitaorang melepak kat Kinokuniya, dalam dok lepak-lepak, sempat la membeli belah buku-buku cerita untuk Min dan Amad. Lepas pergi Kinokuniya, kitaorang pi lunch pulak, pastu pergi solat, baru la pergi Petrosains.

Kitaorang masuk pukul 2.30 petang, ingatkan 2 jam dah selesai, pukul 5.30 petang keluar, masih ada yang tak sempat tenguk! Aku cakap dengan hubby, lain kali nak datang lagi tapi tak nak bawak Nurin. Bukan apa, hari tu Nurin dah kepenatan, bole dia mengamuk kat dalam Petrosains tu..aduuuhhh... Sampaikan nak keluar dari KLCC, bole tertidur, terpaksala kitaorang dukung dia bergilir-gilir sampai ke parking kereta, macam nak patah lengan!

Apa pun, aku memang nak promote ni, pergi la Petrosains kalau ada kelapangan. Bawak sekali anak-anak ke, adik-adik ke memang sesuai. Banyak aktiviti yang bole dicuba dan dibuat bersama. Kalau macam aku ni, banyak betul pengetahuan sampai rasa nak je duduk kat situ sepanjang hari.

Masa masuk KLCC, nampak ramai orang berkerumun, rupa-rupanya Dr. Mahathir dan isteri ada kat sana. Dr, M tak tahu ke mana, cuma sempat ambil gambar dengan Datin Siti Hasmah je.

Bukan main lagi anak dengan bapak ni mencuba salah satu sistem tuas (kalau tak silap aku) yang ada kat situ.


Seronok berposing dan mencuba segala benda yang ada kat sana. Melayan Nurin sampaikan aku rasa banyak betul information yang tak sempat nak baca/tenguk. Memang nak kena pergi lagi nampaknya ni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tambahan :

Sesiapa yang berminat nak pergi Petrosains, anda dinasihatkan pergi la pepagi, bole jejalan kat dalam tu puas-puas. Jangan risau, kat dalam tu ada banyak toilet yang 'user friendly', tempat tukar pampers baby, tempat permainan untuk kanak-kanak (katalah anak-anak korang melalak tak nak jalan lagi, bagi je dioarng dok kat situ), surau dan vender machine.

6 Comments:

At Thursday, December 29, 2005 11:44:00 AM , Anonymous Anonymous said...

julia : pegi la, mmg mahal sket tapi worth it! cuma kalau bole pegi pagi2, baru seronok...

berkelah, kalau ramai2 lagi best, tambah best kalau buat bbQ

 
At Thursday, December 29, 2005 6:02:00 PM , Blogger Queen Of The House said...

Interesting nye! My kids have gone to Petrosains but not me... one of these days, kena pergi juga. & macam Noha kata, kena pergi awal2 so that banyak masa nak tengok2 semua tu.

HAPPY NEW YEAR, Noha.

 
At Friday, December 30, 2005 9:44:00 AM , Anonymous Anonymous said...

QOTH : yeah, very interesting. Pergi la kak, i pergi sana asik ingat kat Mr. Bergen, dalam hati dok berkata, gini la agaknya tempat dia kerja, rasa kagum sangat!

Happy New Year to you too!

 
At Friday, December 30, 2005 1:45:00 PM , Blogger mommamia said...

aku suka la baca aktiviti kekeluargaan ko noha, cam ada jer aktiviti menarik tiap2 minggu,pandai ko arrange masa weekend, aku ni kalu dah kuar seharian, esoknye tu mesti melekat je kat umah kepenatan, kalu jln2 pun tak abis2 ngukur shopping complex, kena tukar angin la plak..

 
At Friday, December 30, 2005 1:55:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : ini bukan aktiviti kekeluargaan yg dirancang. ntah la mar, sejak raya ari tu sampai la skang, mmg byk beno la aktivitinya, sampai aku lak rasa semput!

tapi takpe, bukan selalu dan selagi bole, nanti kalau dah tak bole nak berspend time together masa tu, takle nyesal sgt.

kalau aktiviti yang dirancang normally, pegi jogging, pastu melepak kat gurney, umah adik ipar aku, itu je la...

 
At Thursday, December 28, 2006 8:02:00 AM , Anonymous Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
» »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home