Berkelah di Ulu Yam
Hujung minggu lepas ni, aku menerima kehadiran tetamu dari Batu Pahat. Cicik (adik perempuan mak) and the family attacked the house! Cicik selamat sampai Jumaat malam Sabtu, itu pun setelah sesat ke susur keluar Bangi. Malam pertama ni, cicik bermalam kat rumah Jon.
Malam tu, masa makan-makan Jon ajak pergi berkelah esoknya. Asalnya nak pergi Petrosains tapi sebab Jon takleh nak ikut, rancangan ditukar pergi berkelah pulak. Jadi masa makan tu, kitaorang berbincang la nak bawak apa, nak pergi pukul berapa, nak masak apa. Sebab stok makanan kat rumah pun dah habis, aku ajak hubby pergi pasar borong malam tu jugak. Nasib baik la, barang-barang yang dicari ada. Sibuk berkemas dan membuat persiapan, pukul 3 pagi baru tido!
Bangun pagi dalam pukul 6.30 terus masak bekal yang nak dibawa. Siap lebih kurang, bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi. Cuaca mendung, takut juga kalau hujan lebat, tapi di celah-celah awan yang mendung tu, nampak juga la cahaya matahari yang malu-malu nak keluar. Kitaorang sampai je terus bentang tikar, pasang khemah dan apa lagi, berendam la!!..
Sejuknya air sungai, takleh nak cakap sampai kecut tangan dan menggeletar dibuatnya. Bila ingat-ingat balik memang dah bertahun tak mandi sungai. Dulu masa kecik-kecik setiap kali cuti sekolah abah akan bawak kitaorang adik beradik mandi-manda kat Air Terjun Gunung Ledang. Last aku pergi ngan hubby kat sungai Congkak pertengahan tahun ni. Dalam banyak-banyak tempat termasuk la Sungai Tekala, Kota Tinggi, aku rasa Ulu Yam yang terbaik. Takyah bayar parking, port tersembunyi dan bersih dan pemandangan yang cantik. Kalau rajin, bbq pun boleh.
Anak dara aku ni tak nak mandi...sejuukkkkkkk!!! Lepas benamkan dalam air, bila dah terbatuk-batuk dan muntah, terus naikkan ke darat, sempat lagi posing tu..
Kesian pulak aku tenguk dia terkebil-kebil dok atas pasir tu, aku bagi la senduk dengan mangkuk polisterin tu, bole la dia buat main masak-masak. Lain kali nak kena bawak permainan dia, takde la dia boring sangat menunggu sementara kitaorang mandi manda.
Cantik pemandangan kat sana, air deras masa tu maybe sebab malam sebelumnya hujan turun.
Adik-adik bermandi manda dan berendam sakan walau pun air sejuk cam ais!
Ini la bekalan kitaorang bawak hari tu, ada nasi lemak, nasi goreng, ayam goreng berempah, sambal tumis, sambal sotong, dan keledek rebus.
7 Comments:
Bestnye berkelah. Dah lama tak gi berkelah... rasa2, weekend ni sempat lagi kalau nak gi berkelah kat templers park.
Kesian kat nurin. Siapa yg paksa dia mandi sampai termuntah tu? Kejamnyer...
best nye p b'kelah ramai2... tp aku x brape suke air. kalo berendam pun, kdg2 takat rendam kaki je..
best nye p b'kelah ramai2... tp aku x brape suke air. kalo berendam pun, kdg2 takat rendam kaki je..
woah.. da pandai posing w 'peace' sign budak kenit tu. haha
SJ : pegi la kak, seronok having fun with the kids...eerr...yg kejam tu, saya ler maknya...huhuhu..
xura : mmg best, tak nyesal pegi walau pun tido lambat, pastu balik tu, tergolek kepenatan!
ana : ana, bukan setakat buat peace je, byk lagi benda yg dia tahu...hheheh...jom pi berkelah...
Ulu Yam kat mana ek?sg congkak tu ke?last aku gi berkelah kat sg gabai ng kwn serumah, tu zaman2 bujang la..tp mmg best kan berkubang, air sejuk2 berendam pastu naik darat mesti lapar pastu kena lak nasik lemak ng kopi o ke,pehh!!
mar : ulu yam kat batu caves, jalan nak pi sana tu , a bit pening la sebab signboard kureng, aku pun pegi ikut b**tot keta adik aku, itu pun sesat gak!...heheh
pegi la mar, bawak family in law ko, best woooo....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home