Friday, December 30, 2005

Bila dah takde kerja....

Malam tadi, ntah mana dapat extra energy, rasa macam nak buat kek pulak. Sebelum tu dah membasuh Nurin punya comforter, manually.... apa nak buat, sejak sejuk-sejuk 2,3 hari ni, asik ngompol je anak aku nih...iiskk...

Perut aku pun tak berapa sedap sejak kelmarin...heheh... sakit perut yang di cari, 2 hari berturut-turut makan cencalok yang kawan aku bawak dari Melaka. Baik punya cencalok tu, ada orang tu dari tak suka bole jadi suka...hehe..kena la tenguk siapa yang menyediakannya.. :)

Ok korang, siapa-siapa yang nak menerai kek baulu yang aku buat malam tadi sila ikuti langkah-langkah di bawah. Senang sangat, insyaAllah jadi. Sukatan pun senang, kalau guna cawan, semua cawan, kalau guna mangkuk, semua sukat ikut mangkuk. Macam malam tadi, telur satu cawan, gula satu cawan dan tepung gandum satu cawan. Cuma gula tu aku kurangkan la sikit, kalau tak manis sangat. Oh ya, jangan lupa esen vanilla, wangi la sket kek korang nanti. Perasa pulak, ikut citarasa korang.


Mula-mula, pukul telur dan gula sampai kembang, semakin kembang korang pukul semakin spongy kek korang. Masukkan sekali esen vanilla dalam langkah ni.


Bila telur dah kembang, masukkan tepung gandum dan adun sampai sebati, guna senduk je pun dah ok.


Cik kak ni, sibuk la juga nak mengadun, jadi aku aku bagi dia mangkuk dan sesudu adunan, bole la dia mengadun sama.


Adunan aku bahagi 2, satu aku warnakan hijau, satu aku tambah koko. Korang bole tambah perasa yang korang suka, sebagai contoh, korang bole tambah 2,3 sudu sunquick perasa oren pastu tambah dengan parutan kulit limau sunkist, itu pun sedap jugak..:)


Sebelum korang masukkan dalam loyang, alas la loyang dengan kertas minyak ke, macam aku aku sapu minyak masak je, tujuannya tak mau kasi lekat kek tu nanti. Pastu ikut la kreativiti korang macam mana nak masukkan adunan tu dalam loyang. Korang bole gak tambah ceri ke, badam ke, tak pun tabur choclate rice atas kek, bagi nampak lebih menarik.


Pastu masukkan adunan dalam oven. Kalau oven kokak macam aku ni, kena la tunggu setengah jam hingga 45 minit untuk masak. Jangan lupa, sebelum masukkan dalam oven, panaskan dulu oven. Nak tahu bila kek baulu ni dah masak, cucukkan garfu ke, lidi ke, pisau ke, kalau adunan tak lekat kat garfu, lidi atau pisau, dah masak la tuh. Lagi satu, bila dah dekat-dekat nak masak, dia punya bau, satu rumah bole bau, silap-silap jiran sebelah mau pun satu bangunan apartment pun bole bau...heheh...


Tadaaaa..... ini la kek baulu yang aku buat malam tadi, keluar je dari oven, 3 keping hubby makan, sedap katanya...heheh... kalau ikutkan aku, macam terlebih tepung sebab tak brape spongy. Apa pun, pada korang yang nak mencuba tu, Selamat Mencuba!

7 Comments:

At Friday, December 30, 2005 12:16:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kek kalo baru lepas bakar, mmg best rasanye.. sedaappp... knape lah kita dok b'jauhan, kalo dkt, sure aku dpt rase baulu ko tu!

 
At Friday, December 30, 2005 1:33:00 PM , Blogger mommamia said...

eh cantik je kek tu kuar dr loyang, takde sompek2 pun..ko ni noha, aku ingat boleh jadik tokeh restoran je, tokeh kedai kek pun boleh ha!itu budak kicik boleh jadik assistant tokeh, tak jadik tukang adun, tukang kacau pun jadik la heheh

 
At Friday, December 30, 2005 1:41:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : meh la jumpa raya cina nanti, kalau sempat bole aku buat kuih bolu tu..tu la, panas2 kuwa dari oven trus makan mmg best, kalau kat umah mak aku, kejab je habis tuh...

mar : a ah mar, aku pun tak sangka elok je dia kuwa dari loyang...dah lama tak buat kek bolu ni, saje je nak bagi kengkawan kat opis rasa..

ni je ler kek yang aku mampu buat sebab senang nak buat dan bahannya pun mmg ada kat umah, kek yg lain2 tu kena blajo dulu.

 
At Friday, December 30, 2005 2:36:00 PM , Anonymous Anonymous said...

jumpe cny ni???.. boleh, boleh... lg best kalo jumpe kat luar. cam ari tu.

betul kata mar, ko ni mmg layak jd tokeh restoran. ape lg??.. on je lah! aku ni tukang makan boleh lah! heheheee...

 
At Friday, December 30, 2005 3:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : yup, kita jumpa kat luar, but i think summit takleh la, sesak!

tokeh restoran? mm....i like it very much, but now kenot la, kena cari modal dulu...:)

 
At Friday, December 30, 2005 4:48:00 PM , Anonymous Anonymous said...

noha, kita cari port lain la. kalo lepak2 mkn sup kambing kat sitam, bp walk, ok x???.. klr malam2 pun best gak! boleh menikmati 'keindahan' bp! ;)

 
At Friday, December 30, 2005 5:34:00 PM , Blogger Cik Ana said...

cunnnyee kek tuu... hmm.. kasi oven kokak pn kek cantik. marvelous! muerhehe. nk sikitttttt

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home