Monday, February 20, 2006

Majlis perpisahan

Satu majlis perpisahan dan reunion telah diadakan untuk aku dan kawan-kawan yang pernah bekerja bersama-sama satu masa dahulu. Dalam 6 orang yang telah meninggalkan lab tu, 4 orang sahaja yang dapat hadir.

Memula nak buat majlis tu hari Khamis, bila mengenangkan Khamis tu 9 Muharram, ramai yang nak berpuasa sunat, jadi ganti la keesokkan harinya. Acara makan-makan kali ni buat kat Kelab Tasik Putrajaya.

Dolu-dolu, kalau buat farewell party, kalau tak tempah makanan, mesti carik tempat yang best-best, maklum la, kitaorang ada 'duit kelab' yang dikutip dari setiap staff, jadi setakat nak buat majlis kesyukuran ke, perpisahan ke, beli kad harijadi atau kasi hadiah untuk baby baru lahir, takde masalah punya.

Antara tempat makan-makan yang kitaorang pernah pergi, Juara Tomyam dekat dengan Allson Klana, Bandar Baru Nilai, Restoran Briyani Gam kat Souq, Putrajaya, Shakeys Pizza kat The Mines, dan selebihnya kitaorang tempah je makan kat lab. Kitaorang ni, kalau bab makan-makan memang suka dan sanggup memasak. Cuma bila dah banyak duit ni, malas lagi nak memasak, sama ada tempah, atau makan terus kat restoran.


Makanan hari tu, ada nasi putih makan dengan Tomyam Seafood, Siakap masak Asam Pedas, Cashewnut Chicken, mixed vege and mixed fruits. Air lak, teh o ais limau...hhmmm...nyumm...nyummm....

Set non-stick cookware ni aku dapat dari supervisor aku, katanya 'dia tak ada apa-apa nak bagi aku'...iiskk....sedih aku dengar, terasa betul aku dihargai sepanjang 3 tahun 2 bulan kerja di bawah seliaannya. Dan yang aku betul-betul happy tu, dah lama aku mengidam periuk ni woiii...rasa cam mimipi jadi nyata la pulak...heheheh...

Seperti staff yang terdahulu yang meninggalkan lab tu, aku pun dapat pen sebagai cenderamata, siap refill lagi tuh. Aku suka sangat dengan pen ni, ink dia smooth je dan aku selalu guna pen ni dalam urusan business, nampak la cam profesional sket...ye tak?

Buat Boss, kakak-kakak senior officer, adik-adik officer dan kengkawan, terima kasih di atas majlis dan hadiah ini, dan terima kasih terutamanya di dalam tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan sepanjang aku bertugas di sana. Tak mampu aku membalas jasa-jasa kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya. Juga aku minta maaf di atas segala kesilapan dan juga halalkan makan minum ku, bagi diriku, semuanya telah aku maafkan dan aku halalkan.

9 Comments:

At Monday, February 20, 2006 5:16:00 PM , Anonymous Anonymous said...

bestnye la buat farewell party cam ni. dulu mase aku keja kat mia, farewell kitorg pun best. slalunye manager yg klr duit sbb dept kitorg, manager je ade 5 org. so yg exec ngan clerk dpt mkn free! bkn kitorg x nk klr duit, tp diorg yg nk sponsor, maklum lah gaji diorg kn lbh bsr dr kita!

tp kat opis ni, jgn harap lah ade farewell. kita nk blah dr opis dia, mmg dia suka sesgt, dialu2kn! :(

 
At Tuesday, February 21, 2006 8:53:00 AM , Anonymous Anonymous said...

big bos aku kureng sket dlm bab sponsor mengsponsor ni, selalunya bos yg kecik2 la, tapi tak semua diaorg sponsor, separuh diaorg separuh duit kelab ke. normally, kek mesti ada, kalau ada duit lebih, cheese kek kat secret recipe, kalau tak kek kat baker cottage je..itu pun dah best.

kalau keje g*men ni, mmg makan je, meeting makan, staff baru makan, staff berenti makan, ada sesetengah tu, setahun je dah naik badan, termasuk la aku...huhuhu....

 
At Tuesday, February 21, 2006 11:27:00 AM , Blogger mommamia said...

whoaa hadiah periuk tu!bagus la penyelia ko ni noha,cam tau2 jer hobi ko memasak, bg set periuk lagi ha,cool gak idea dia-aku pun ngidam gak set non stick ni,nnti kalu aku resign nak mintak periuk belanga kuali la kat opis staff hihi..mknan tu nampak nyumm nyumm!

 
At Tuesday, February 21, 2006 12:24:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : tu la yg buat aku sedih, penyelia aku baik sungguh orgnya, kalau ikutkan dia tk perlu bagi apa2 kat aku sebab aku buat keje tu mmg dah tugas aku.

actually non-stick pan mmg dah ada , dpt hadiah kawin, periuk pun ada jugak, tapi yg satu set mcm tu mmg dah lama aku idamkan..Alhamdulillah, rezeki tuh...

 
At Tuesday, February 21, 2006 2:03:00 PM , Blogger Fara said...

business apa Noha?

 
At Tuesday, February 21, 2006 3:16:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia : betul ju, kerja memasak menjadi lebih mudah bila ada non-stick pan...heheh...kat sini aku rasa harga pun dah ok ju, satu set cam aku tu lebih kurang Rm100 la...

fara : business duit, memberi nasihat mengenai pengurusan kewangan dan kalau org sakit atau kematian aku bagi org tu duit. :) hehehe...interesting ehh??... email me for more info at noha_mdsupian@yahoo.com

 
At Thursday, February 15, 2007 11:35:00 PM , Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! »

 
At Monday, March 05, 2007 10:06:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... »

 
At Tuesday, April 24, 2007 2:33:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! 205 peugeot gti Battery life on the lg vx6100 Corrective eye manhattan surgery Pain relief vicodin symtomns http://www.online-games-4.info National life assurance in england Natural resources mutual funds drug effexor xr Cool running autos car alarm systems2c car security system2c enforcer licking shaved pussy archives texas lottery past results home based business Tramadol info cheap tramadal Buy new lexus trucks gx 470 Prices weekend pill generic cialis single bar driveway gate Glucobay cukrzyca typu 2 levitra

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home