Sunday, April 02, 2006

Skill baru??

" Tit...tit..tit..."

"Apa benda la yang ber'tit..tit' tu? " Masa tu aku tengah membelakangkan Nurin, sambil masukkan baju dalam drawer, aku dengar mulut dia ber'tit..tit', aku pun menoleh ke belakang.

Aku nampak Nurin tengah masukkan permainannya dalam plastik, sebelum tu semua permainannya diletakkan di sebelahnya sambil jari-jemarinya seolah-olah menekan sesuatu. Sambil tu mulutnya pun berbunyi-bunyi, tit..tit..tit..

Lama aku perhatikan, baru la aku sedar, rupa-rupanya dia berlakon macam cashier kat pasaraya...heheh...kelakar pulak bila difikirkan, rupa-rupanya selama ni dok memerati pastu mem'practice' pulak.


***********************************

Semalam, mak mertua minta kitaorang hantar dia ke Sunway Lagoon Resort Hotel, ada dinner sempena 50 tahun sekolah dia. Mak kata, maybe pukul 11 habis la. Jadi kitaorang ngan Ana, cadang nak jejalan kat Sunway Pyramid je sementara tunggu mak.

Dalam pukul 10.30 mlm, bila kebanyakan kedai kat Sunway Pyramid dah tutup, kitaorg berjalan semula balik ke hotel, sementara nak tunggu pukul 11, kitaorang pergi solat dulu. Dalam pukul 11 mlm, mak tak telefon lagi, jadi kitaorang ambil keputusan nak tunggu kat lobby je, dapat la tgk orang keluar masuk.

Lobby tu dekat dengan hotel punya coffee house, jadi dapat la dengar persembahan nyanyian. Dalam dok dengar oarng menyanyi, tetiba Nurin mula membuka langkah, bila perati betul-betul...ehh...anak aku menari la. Yang best tu, step dia siap ikut rentak lagu pulak tu.

Walau pun orang dok lalu lalang kat lobby tu, dia selamba je, memacam aksi dan step tarian dia dia (style budak umo 3 tahun la kan...bukan yg macam pro tu). Bila suruh berhenti tak nak pulak tu. Lelama, kitaorang biarkan je, sambil tu dok gelakkan dia, bila lagu habis kitaorang siap tepuk tangan lagi.

Sekali tu, bila lagu habis, lama pulak tu nak sambung balik, berlari Nurin ke arah aku sambil menangis...

" Mama.....nak lagu lagi...warrghhh..."

Laaaa....tak cukup-cukup lagi ke, dah 4 lagu nak oiiii!!!

At the end, bila dah penat tu, baru la dia duduk sesama ngan kitaorang, siap mintak air lagi...heheh...haus tau menari 4 lagu, siap berpeluh-peluh. Tak lama kemudian minta susu pulak. Kebetulan bila dia nampak lukisan gambar cicak, langsung tak berani bergerak, duduk je minum susu sebelah aku sampai tertidur. Lama betul tunggu Nek Wan, pukul 12.30 mlm baru la majlis dinner tu berakhir.

Kitaorang sampai rumah malam semalam pukul 1 lebih, mata pun tak larat nak buka. Nurin pulak pengsan habis, tukarkan pampers dan baju pun tak sedar apa. Jadi hari ni, hari melepak je kat rumah.

5 Comments:

At Monday, April 03, 2006 10:17:00 AM , Anonymous Anonymous said...

hmmm.. dulu mase aku kecik2, aku pun suke berangan jd cashier. rupanye dh bsr, ambik accounting course, tekan2 calculator! ;)

eeiii.. mesti cute nurin menari kan???... bdk2 ni, kalo bab menari, x yah ajar, pandai sendiri!.. lps ni nurin blh pi ujibakat AF lah pulak! heheh..

 
At Monday, April 03, 2006 5:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

anak aku masuk AF??...Na'uzubillah!!!!...joget kat umah takpe, nak nyanyi, melalak sekalipun aku tak kisah, but not for competition! Period!

Tapi aku penah berangan dulu, kalau settle down kat Johor, aku nak masukkan anak aku kelas zapin, just for mengisi masa lapang je la...but since dah kat kl, masuk kelas lain la pulak...

 
At Tuesday, April 04, 2006 3:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

hi ailin,

sorry about the lagu, i kena cari dulu, nanti dpt i email kat u, btw, apa email u ye?

conjunctivitis dah takde tapi masih kabur, takleh membaca dan ngadap pc lelama

noha

 
At Wednesday, April 05, 2006 10:56:00 AM , Blogger mommamia said...

ko kat s.pyramid ari sabtu ke noha?aku pun kat sana gak dr ptg smpi mlm kul 8 lebih,saje jln2 ng member,kalu tau boleh jumpa kan?nurin menari kat lobby hotel?heheh gi suruh dia masuk rancangan 'mcm2 aznil' ada part budak menari beramai2, mesti comel!

 
At Friday, April 07, 2006 1:19:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : aku pun tak sangka nak kena anto mak aku tuh, alang2 dah anto dia, kitaorg berjalan la sekali

julia : tempat jatuh lagikan dikenang ju, ini pula tempat beronggeng, apa lagi, meh la turun kl, lama aku tak tgk jasmin, dah pandai apa dia agaknya ye..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home