Thursday, March 23, 2006

Bila laaa.....????

Lama dah aku tak tulis entry kat blog ni, bukan tak nak malah idea dan cerita berkepuk-kepuk menunggu masa untuk dicurahkan. Apakan daya, mataku masih kabur lagi.

Sedar la aku bahawa nikmat penglihatan ni amat la besar bila jadi musibah ni. Bila penglihatan kabur ni, nak baca buku tak bole, nak tenguk tv tak bole, nak mengadap pc pun tak bole...huhuhuhu...bukan tak bole langsung, paling lama pun setengah jam, pastu start la pemandangan jadi kabur. Kalau aku paksa juga membaca atau mengadap pc ni, lama-lama kepala aku pening, pastu bole muntah dibuatnya. Dah tu, kena la rest, pejamkan mata, silap-silap tertido terus!

Lama tak melawat blog kengkawan, nak tulis entry untuk diri sendiri pun payah. Baru menaip 2,3 baris mata dah pedih-pedih. Ni pun masa aku taip entry ni, aku bukannya nampak apa yg aku taip. bantai je, kalau ada kesalahn ejaan ke, terkurang perkataan ke, abaikan je la yek. Segala komen pun tak sempat lagi aku nak membalasnya.

Walau macam mana pun, pada kengkawan yang sudi hadir ke blog ni dan yang mendoakan kesihatan aku, terima kasih yang tak terhingga, cuma Allah jua yang mampu membalasnya.

Cepat la mata aku ni sembuh, banyak cerita dan pengalaman yang aku nak share dengan korang. Tunggu ye!??