Thursday, July 27, 2006

Aduuhhhhh....

Masa sibuk dengan segala appointment dan kerja ni la, ada je musibah yang berlaku. Macam mana pun Alhamdulillah, bukan la musibah yang dasat-dasat tuh. Aku anggap macam kifarah, banyak dosa aku nihhh agaknya kot, sebab tu dugaannya banyak sangat. Ehh.... kalau aku ada buat salah ngan korang, aku minta maaf le bebanyak ek? Musibah yang kecik-kecik ni pun tak tertanggung rasa, kelam kabut jab hidup aku.

Ahad lepas, lepas mandi, aku perasan cam ada jerawat kat bont*t, aku ignored je, alahhh esok-esok hilang la. Isnin, Selasa dan Rabu asik berjalan je, tetiba kelmarin aku rasa cam jerawat tu makin besor. Eh, ni cam bisul je nih. Nak duduk pun tak selesa, nak jalan macam tertonggek, nak tak nak, aku pergi la farmasi beli ubat bisul sebab segan nak pergi klinik nak tunjuk kat mana bisul tu dengan doktor..heheh... Dengan harapan, surut la bisul tu. Sekali tu malam tadi, sakit berdenyut-denyut, mengiring salah, telentang pun salah.

Iiiskk..takleh jadi nih, esok kena pergi klinik juga nampaknya. Jadinya pepagi tadi sebelum subuh aku dah bangun, sampai kat klinik pepagi pun dah ramai orang. Nasib baik la turn aku cepat, risau gak sebab aku dah ada appointment. Dengan 'kemalu-maluan' aku tunjuk la bisul tu kat mana bila doktor nak tenguk...iisskk...memang sungguh kurang sopan bisul ni, tumbuh lak kat tempat tak senonoh. Nak baik punya pasal, aku buang la segala kemaluan.

Doktor kata, tak 'masak' lagi bisul tu, kecik je, jadi dia bagi ubat bagi surut dan kasi pil tahan sakit kalau sakit sangat. Hmmm...lega la jugak, takut aku kena 'dressing'. Harap-harap surut le cepat bisul ni, banyak keje aku minggu nihh.

Selain dari tu yang buat aku tension sket ni (eerr sikit ke, byk rasanya kot...) handset aku hilang. Semalam masa nak pergi farmasi, aku dapat sms dari Sany, aku sempat baca sekali lalu je sms dia tu, pastu bila masuk dalam farmasi, aku terus pi kaunter ubat. Sedar-sedar bila dalam kereta handset dah takde. Aku rasa aku letak kat kaunter dalam farmasi tu, tapi bila try call farmasi tu balik, owner tu kata takde la pulak dia nampak handset. Aku ingat kat kaunter tu cuma ada sorang staff ngan sorang pakcik tengah check blood pressure dia. Pelanggan tak ramai masa tu, suspek cuma staff dan pakcik tu je la.

Apa pun aku dah block line phone tu dan Alhamdulillah aku dah dapat balik sim card asal baru je sejam tadi. InsyaAllah, satu jam dari sekarang, bole la aku dapat line aku balik. Yang aku risau, banyak nombor dalam tu, ada kengkawan, client dan sedara mara. Ye la, semuanya main save pastu bila nak call tekan je. So kengkawan, sila sms kan nombor korang kat aku yek, aku nyer nombor sama macam yang lama. Btw, sesape yang ambil handset aku tuh, insap la, aku takleh nak buat apa-apa kat ko, tapi Tuhan tu Maha Adil, tak kat dunia, kat akhirat sana ko jawab le nanti.

----------------------------------------------------

Pesanan untuk Sany,

Hujung minggu ni 29 dan 30 hb aku sibuk dengan kaunter dan appointment. 5 dan 6hb pulak aku nak balik BP, business trip. Kalau ko nak jumpa Kak Nina, pegi la dulu, tapi tang makan-makan tu, tunggu aku ek? Aku rindu dah dengan Siela dan Auny, tapi buat masa sekarang ni sibuk la. 12 dan 13hb aku belum ada apa-apa plan lagi.

3 Comments:

At Thursday, July 27, 2006 5:40:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

dia nk suruh ko beli hp baru la tu... ;)

 
At Friday, July 28, 2006 10:02:00 AM , Blogger mommamia said...

bisul kat 'toot'?adoii sakitnya,mesti ko duduk pun terkepot2 kan noha nak mengcover takut terkena bisul hihi-moga ko sembuh cpt n dpt beraktiviti spt biasa tanpa ada gangguan bisul di 'toot'!hihi-phone ilang tu mmg petanda nak suruh ko beli phone baru la tu,cam aku dulu dah terdesak phone masuk lubang jamban baru la menjamah pakai phone baru ,tp org yg ambik tu mmg la,skang ni dunia bls dunia,sendiri mua ingat la nnti..

 
At Saturday, March 03, 2007 5:15:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Very nice site! » »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home